Dah lama cari movie ni sebab trailer nampak macam best dan unik tambah pula bila ramai critics yang puji jalan cerita dan performance pelakon dalam movie Sonchiriya ni walaupun flop dekat box office.
Pergaduhan berlaku di antara puak pemberontak yang diketuai Maan Singh (Manoj Bajpayee) atau digelar Dadda oleh anak-anak buah dia. Rancangan asal untuk menuju ke Prochna tapi Lacchu datang bagitahu ada wedding di Brahmpuri dan bagi emas sebagai hantaran.
Disebabkan puak pemberontak perlukan dana untuk beli senapang baru, Dadda ubah plan di saat akhir. Lakhna (Sushant Singh Rajput) cuba untuk bantah tindakan Dadda sebab Special Task Force (STF) yang diketuai Inspektor Virendra Singh Gujjar (Ashutosh Rana) tengah buru mereka. Risiko sangat kalau pergi ke kawasan awam.
Dadda tetap dengan keputusan dia dan bagitahu siapa yang tak nak join boleh pergi dulu ke kuil di Prochna dan tunggu di sana. Sebagai orang kanan Dadda, Lakhna tak sampai hati nak tinggalkan Dadda berseorangan.
Sangkaan dia tepat bila mereka dikepung dengan STF dan Dadda terbunuh dalam serangan hendap tu. Selepas kematian Dadda, Vakil (Ranvir Shorey) diangkat sebagai ketua puak yang baru. Sekali lagi perpecahan berlaku bila Lakhna berkeras untuk tolong Indumati Tomar (Bhumi Pednekar) dan Khushi, budak perempuan yang dirogol oleh bapa mertua Indu.
Vakil taknak Indu dan Khushi melambatkan perjalanan tambah pula kasta mereka berdua diragui. Tepat sangkaan Vakil bila Khushi dari kasta rendah dan mereka diserang sekali lagi di rumah doktor. Vakil anggap serangan ni disebabkan Holy Mother murka dengan perbuatan mereka membantu kasta rendah.
Lakhna dan 2 lagi kawannya menganggap bantuan kepada Indu dan Khushi sebagai menebus dosa sebelum ditembak mati oleh STF. Tak mungkin mereka semua dapat lepaskan diri dari cengkaman STF bila ada dendam peribadi yang belum terlunas.
Diinspirasikan dari kisah sebenar kehidupan kasta Thakur dan puak pemberontak pada tahun 1975 di daerah Chambal bila kerajaan mengumumkan struktur sosial baru dalam negara, puak pemberontak mula tunjuk taring dan pertahankan kawasan mereka. Soalnya sampai bila mereka akan memberontak dan hidup di gaung dan makan roti kering?
Watak Lakhna dan rakan-rakan lebih kepada watak pemberontak yang dah penat dengan kehidupan dunia. Menyesal dengan dosa lampau dan mencari ketenangan. Watak Valik pula masih kuat perjuangkan pegangan mereka. Indu pula cuba cari keadilan dalam pergelutan kasta dan kuasa. Ketiga-tiga watak ni agak kuat dalam movie Sonchiriya ni.
Walaupun jalan cerita agak perlahan tapi twist dan serangan hendap dari pihak polis dan juga pihak lain buat jalan cerita Sonchiriya mendebarkan dan menarik. At some point, kita rasa tiga watak ni akan selamat disebabkan skills dan bijak mengatur langkah tapi ada masa kita rasa macam tak mungkin watak-watak ni akan selamat.
Sepanjang movie ni dialog banyak bagi hint dengan kehidupan macam undang-undang tak semestinya akan membentuk manusia yang baik. Tak semestinya manusia dari kasta atas akan menjadi baik seperti yang diagungkan. Tipu helah kerajaan untuk bolot harta rakyat dan banyak lagi.
Dialek Bundelkhand yang dituturkan agak pekat dan semua pelakon mampu deliver dengan baik. Antara sebab juga kenapa movie ni lebih banyak kepada scene tembak-menembak daripada bercakap sesame mereka sebab dialek ni susah.
Movie Sonchiriya bukan untuk mengetengahkan mesej sosial siapa yang baik atau siapa yang jahat tapi lebih kepada pergelutan, survival skills dan aturan kehidupan. Kitaran kehidupan, yang membunuh pasti akan dibunuh.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.3/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Filem yang menarik.. Yang membunuh pasti akan dibunuh..
ReplyDelete