Movie Review : Pusaka

Sunday, 5 January 2020


Pengarah : Razaisyam Rashid
Penulis Skrip : Anwari Ashraf, Alfie Palermo, Zulaikha Zakaria, Natasha Azlan, Luqman Ghazali
Pelakon : Syafiq Kyle, Mimi Lana, Hafidz Roshdi, Farhanna Qismina, Ogy Ahmad Daud, Faizal Hussein
Genre : Seram
Durasi Tayangan : 94 minit
Tarikh Tayangan : 31 October 2019 (Malaysia, Singapore, Brunei)
Syarikat Produksi : Astro Shaw, Director's Think Tank, Alpha 47
Pengedar : Astro Shaw
Trailer :


Baru ditukarkan bertugas di bahagian kawasan utara Malaysia, Inspektor Nuar (Syafiq Kyle) ambil adik dia, Nur (Mimi Lana) yang lari dari pusat serenti Az-Zahra di sebuah kilang lama. Sebab utama Insp Nuar mohon untuk transfer adalah kerana nak jaga adik dia. 

Nur satu-satunya yang Insp Nuar ada dalam dunia ni. Sama juga dengan Nur, pada Nuar saja dia bergantung harap untuk buang masalah ketagihan dadah yang berpunca dari ibu dia. Nur dan Insp Nuar kembar tak seiras yang berbeza kelahiran selama 7 minit. Bond mereka agak kuat, sampaikan Nur boleh rasa something tak kena dengan Insp Nuar. 

Lepas hantar Nur, Insp Nuar dapat panggilan untuk check mayat di rumah usang yang penuh dengan lukisan aneh. Di bahagian pintu pun terdapat banyak garam yang ditabur. Insp Nuar terjumpa mayat yang sudah mereput dan juga remaja perempuan bernama Balqis (Farhanna Qismina).


Doktor forensik (Aloy Paradox) melaporkan yang mayat mereput tu dah mati selama 7 hari disebabkan kebuluran yang amat sangat. Mayat tu ialah kembar kepada Balqis, Qistina sementara Balqis pula koma terkawal. Di tapak tangan Balqis, ada tanda lahir berwarna hitam.


Sejak Insp Nuar menyiasat kes ni, dia tak henti diganggu dengan roh Qistina. Setiap kali berlaku kematian, Balqis akan menggelupur dan keluarkan gambar yang terendam di dalam darah dari perut dia. Pembunuhan pertama ialah pakcik dia kemudian isterinya, Puan Faizah (Aleza Shadan) dan seterusnya.


Insp Nuar makin tak terurus bila tak cukup tidur dan selalu diganggu. Dari balai polis ke rumah nenek Balqis/Qistina (Ogy Ahmad Daud), ke hospital dan juga melawat Nur sampai dia mula mengamuk bila Pn Faizah mati disebabkan hilang klu untuk kes ni. 

Akhirnya Balqis sedar dan buat confession kepada Insp Nuar terhadap apa sebenarnya yang terjadi dalam keluarga dia. Walaupun awalnya kita jangka yang jahatnya ialah keluarga Balqis dan Qistina disebabkan tamak tapi plot twist di penghujung cerita memang mengejutkan.


Momentum cerita ni tak jatuh dengan gangguan tanpa henti baik dari keluarga Balqis ataupun keluarga Insp Nuar sendiri. Dari awal movie sampai habis memang banyak sangat jumpscare sampai lemah jantung dibuatnya. Dah tahu dah hantu akan keluar dekat situ tapi tetap jugak terkejut. Dah la tengok masa makan, memang tersedak dibuatnya. 

Pesanan khidmat masyarakat, jangan lah tengok masa makan sebab scene dalam movie ni memang real habis. Mayat dia tunjuk memang nampak real, boleh kembang tekak bila tengok. Hantu buat surprise lagi. 

Banyak scene dalam movie ni agak cliché but that’s okay sebab diolah dengan baik. Susah nak jumpa movie dengan jalan cerita menarik, lakonan mantap dari para pelakon, teknik kamera yang bagus dan visual yang cantik. I can say this movie is wayyyyy better than Munafik franchise. Kena dengan slogan 'Dia Dah Datang', memang cuak sangat bila dengar bunyi guli.

Selama ni tengok Mimi Lana dengan Hafidz Roshdi dalam drama Maghrib but this time dapat tengok diorang ke layar perak dan tahniah untuk team Pusaka dapat collect RM13 juta dengan bajet sebanyak RM2 juta.  Lakonan Hafidz sebagai Insp Luqman memang bagus tambah pula watak dia selalu jadi penguat semangat Insp Nuar untuk terus percaya dengan keesaan Allah. Part dia recite ayat suci tu fuhhh tajwid dia.


Gandingan Mimi Lana dengan Syafiq Kyle memang menjadi either sebagai pasangan kekasih ataupun pasangan kembar. Walaupun kembar tapi feeling dia tu ada vibe macam pasangan kekasih sebenarnya. Emosi part Insp Nuar nak selamatkan Nur dari kekejaman setan dengan part dekat hutan tu sebab Syafiq Kyle memang all out sampai kita pun rasa meremang dan berdoa bantuan cepat sampai.


Baik pelakon utama mahupun pelakon sampingan, semuanya bagi yang terbaik dalam menjayakan movie ni cuma sayang lah Faizal Hussein dapat screentime sikit je dan tak mampu menyerlah sangat dengan watak Insp Mansor. Skrip dia pun agak terhad. Boleh diolah lagi sebagai Ketua Inspektor balai tu. Sayang la bila 5 penulis cuba tenggelamkan watak dia untuk highlight Syafiq Kyle sebagai watak utama. Tak faham kenapa dia nak rasa tergugat dengan kehadiran Insp Nuar.


All in all I do have fun watching this movie dan agak menyesal juga tak tengok dekat wayang sebab visual lagi cantik dengan audio system yang power. Masa tu kalau hantu keluar mesti menjerit kaw-kaw. Thanks to Razaisyam Rashid and his team for Pusaka. OST je tak best. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.9, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.6/10

14 comments

  1. My sis tengok dekat wayang..takut nak balik rumah. Bila baca review ni rasa patut tengok ini cerita.
    https://yamanaimy.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Rasa nak tengok pulak after baca review ni. Tapi takuttt.

    ReplyDelete
  3. Adooo,, bestnya kalau dapat tengok. *_* kita takut.

    ReplyDelete
  4. saya takutla tengok cerita hantu ni. huhu

    ReplyDelete
  5. Teringin nak tengok tapi tak berapa nak berani.. hehehe

    ReplyDelete
  6. seram tak.. mama takut nak tgk kat wayang

    ReplyDelete
  7. Ok sebab dah baca eeview FJ boleh lah kak ana beli dkt astro first this week. Ingat tak best citer dia.

    ReplyDelete
  8. tak mampu nk tengok walaupun sekadar iklan..sisyat penakut :-)

    ReplyDelete
  9. akak memang tak berani la tengok movie seram nih, berani betul farhana dok tengok sorang-sorang movie nih...

    ReplyDelete
  10. dah download di Telegram. Nak gi tengok kat cinema x leh sbb di Kelate x de. Huhuhu. Tapi akan tgok sampai abis nanti.

    ReplyDelete
  11. tengok kat wayang ri tu, tapi tak review lak, nape tah..lupo...hahahha

    tapi betul memang tak banyak scene yg ada faizal hussein..sayang kan...

    ReplyDelete
  12. Nur (Mimi Lana) yang lari dari pusat serenti Az-Zahra di sebuah kilang lama.Pembetulan, Nur bukan lari ke kilang, tapi Kapal Korek Tanjung Tualang yang terletak di Batu Gajah, Perak

    ReplyDelete
  13. ramai yg cakap Pusaka ni best & puas hati tengok tapi alahaiiii sy tak berani nak tengok hehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.