Movie Review : Marjaavaan

Sunday, 12 January 2020


Director : Milap Zaveri
Writer : Milap Zaveri
Cast : Sidharth Malhotra, Riteish Deshmukh, Tara Sutaria, Rakul Preet Singh, Nassar, Ravi Kishan
Production Company : T-Series, Emmay Entertainment
Distributor : PEN Marudhar Cine Entertainment
Genre : Romantic / Thriller
Running Time : 135 minutes
Release Date : 15 November 2019
Trailer :


Milap Zaveri, Sidharth Malhotra dan Riteish Deshmukh pernah bekerja dalam movie Ek Villain pada tahun 2015 dan movie EV antara movie romantic  thriller terbaik di Bollywood dengan keampuhan jalan cerita, visual dan music score. Dan sekali lagi team ni cuba untuk recreate magic tu dalam movie Marjaavaan selepas 4 tahun.

Image result for marjaavaan"

Masih kekal dengan watak yang sama, Raghu (Sidharth Malhotra) merupakan orang kanan Anna (Nassar), samseng kawasan Mumbai yang provide bekalan air di satu negeri. Awal cerita lagi director dah tunjuk kekuatan Raghu bunuh anak Gaitonde, musuh kepada Anna.


ACP Yadav (Ravi Kishan) datang untuk tangkap Anna tapi Anna dah bagi amaran yang setiap kali dia turun satu tingkat, satu daerah akan hilang bekalan air. ACP Yadav cuba untuk endahkan amaran Anna tapi bila sampai bawah, dia dapat call dari Ketua Polis supaya lepaskan Anna untuk elakkan kemarahan orang awam bila bekalan air terputus.

ACP Yadav cuba nasihat Raghu untuk jadi saksi kegiatan haram Anna kepada pihak polis tapi setianya Raghu sampai tak mampu digoyahkan oleh sesiapa kecuali Zoya (Tara Sutaria), si gadis Kashmir yang bisu tapi suka pada musik.


Sementara tu Vishnu (Riteish Deshmukh) cuba untuk cari pasal dengan Raghu gara-gara sakit hati dengan kepercayaan yang ayah dia bagi pada Raghu. Vishnu culik salah seorang budak di bawah didikan Zoya dan arahkan untuk budak tu tembak keluarga Gaitonde. Zoya secara tak sengaja jadi saksi pembunuhan Vishnu. Peluang untuk Vishnu lenyapkan Raghu bila Anna suruh Raghu bunuh Zoya gara-gara Zoya bagitahu ACP Yadav.


Geram sangat dengan ACP Yadav bila Zoya contact dia minta tolong tapi dia tak datang dari siang sampai ke malam sudahnya Raghu yang selamatkan Zoya. Sampai scene Anna datang sendiri ke tempat tu pun ACP Yadav dan anak buah dia tak datang lagi. Sepatutnya dia letak keutamaan pada kes Zoya sebab dia in charge kes anak Gaitonde tapi dia paling tak boleh harap.


Macam mana la Raghu nak jadi berubah jadi baik kalau pihak berkuasa pun lemah? Dah ada saksi utama pun tak mampu nak jaga. Setiap kali muncul je dia keluarkan quote dari kampung dia. Lagi marah bila polis bagi balik baju yang Raghu pakai malam Zoya kena tembak tu. Darah pun melekat cantik elok je warna merah padahal dah 6 bulan. 


Jalan cerita memang longgar gila tak macam Ek Villain dulu. Vishnu nampak pengecut sangat bila dia attack Raghu hanya semata dia sakit hati. Dia geram Raghu jauh lebih bagus dari dia tapi dia tak pernah nak buktikan dekat ayah dia yang dia boleh diharap. Raghu dah nak keluar dari group tu dan mulakan hidup baru dengan Zoya tapi dia cari pasal dengan bunuh Zoya. Ni bukan spoiler sebab ada dalam trailer.


Basically movie Marjaavaan ni sama je dengan Ek Villain tapi dengan jalan cerita yang merepek dan music score yang average. Nasib baik lepas modal. Nora Fatehi buat cameo dalam movie ni untuk lagu Ek Toh Kum Zindagani and that song is a hit! Lagi satu lagu best lagu Tum Hi Aana nyanyian Jubin Nautiyal.


Lepas movie student Of The Year 2, Marjaavaan movie kedua Tara tapi dari awal sampai habis Tara cuma jadi cantik, sama macam watak dia dalam SOTY2. Such a waste of talent sebab dia tolak offer dari Disney movie Aladdin tapi berlakon dalam movie yang tak serlahkan bakat lakonan dia. Even chemistry dia dengan Sid tak menyerlah untuk kuatkan lagi drama percintaan mereka berdua.


Watak Vishnu mungkin nampak kejam tapi lebih kepada kejam yang sia-sia sebab pointless dengan dialog sinis yang merepek. Kalau first half dah merepek, masuk second half lagi rasa penat nak layan sampai ending.


Since movie ni ada special mention credit to Salman Khan, Alvira dan Being Human Foundation, gaya action scene pun sama macam movie-movie Salman. Bakhwaas. All in all I kecewa dengan pembikinan movie ni.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0 = 5.7/10

1 comment

  1. Mujurlah ada juga lagu best walaupun satu.. kalau tak memang ke laut dalam lah cerita nie ye Farhana..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.