Movie Review : Mard Ko Dard Nahi Hota

Saturday, 25 January 2020


Director : Vasan Bala
Writer : Jagdeep Sidhu
Cast : Abhimanyu Dassani, Radhika Madan, Gulshan Devaiah, Mahesh Manjrekar, Jimit Trivedi, Satyajit Ganu
Production Company : RSVP Movies
Distributor : RSVP Movies
Genre : Comedy/Action
Running Time : 138 minutes
Release Date : 10 September 2018 (TIFF)
21 March 2019 (India)
Trailer :


Selalu nampak movie critics mention tentang filem Mard Ko Dard Nahi Hota ni sebagai salah satu movie terbaik di Bollywood tahun 2018 and due to that, I pun tergerak hati nak tengok sebab movie ni menang Popular Choice Award di Film Festival. Plus, heroin movie ni Radhika Madan and I love her work in Patakha so nak tengok lah lagi talent dia.


Mengisahkan tentang Surya (Abhimanyu Dassani) yang mempunyai masalah kesihatan Congenital insensitivity to pain bilamana dia tidak boleh merasa sakit jika badan dia berlaku sebarang kecederaan. Sounds so cool tapi bahaya kalau anggota badan dia cedera tapi dia tak perasan dan boleh menyebabkan kematian. Doktor kata Surya bertuah sebab dapat hidup lebih dari umur 4 tahun.

Disebabkan hal ni datuk Surya, Ajoba (Mahesh Manjrekar) ajar tentang semua nerve system, muscles and organs supaya dia faham semua cause and effects kepada badan dia. Dan sebab masalah kesihatan dia yang unik ni, ayah dia terpaksa homeschool supaya dia selamat dari bahaya.


Gara-gara suka dengan Supri (Radhika Madan), Surya pernah tolak ayah Supri dari tingkat atas untuk selamatkan Supri dari dipukul. Ayah Supri kaki mabuk dan abusive. Habis semua barang kemas isteri dia rampas dan jual untuk pergi berjoli. Anak pula terabai.


Disebabkan insiden tu, ayah Surya bawa mereka sekeluarga pindah jauh dari orang ramai bila jiran-jiran rasa terancam dengan kehadiran Surya walhal dia cuma nak selamatkan Supri je. Bukan perkara yang menyedihkan untuk Surya bila kena homeschool sebab dia dapat fokus untuk jadi seperti idola dia, Karate Man (Gulshan Devaiah).

Lepas habis sekolah menengah, Surya bagitahu Ajoba yang dia nak join kelas Karate Man tapi bila dia sampai Karate Man dibelasah oleh sekumpulan samseng yang diketuai oleh Jimmy (Gulshan Devaiah), abang kepada Karate Man.


Nasib menyebelahi Surya bila dekat kelas tu juga dia berjumpa balik dengan si cantik Supri. Masih lagi sama dengan waktu kecil dulu bila Supri akan selamatkan dia dari dibuli tapi tak mampu selamatkan diri sendiri bila dipukul oleh family.

Supri sekeluarga akan berpindah ke Kanada tapi mak Supri nak anak perempuan dia hidup bebas, keluar dari kepompong lelaki yang abusive macam ayah dan tunang dia. Supri takut bila dia lari nanti, tunang dia akan stop bayar kos perubatan ayah dia. Surya pula pujuk Supri untuk stay dan selamatkan Karate Man. Jalan mana yang Supri akan pilih, kena tengok la movie ni.


Penyakit watak utama sama dengan penyakit watak utama dalam novel Aku Lelakimu so disebabkan dah baca lebih mendalam pasal penyakit ni so dah tahu dan faham kerisauan ahli keluarga untuk pesakit Congenital Insensitivity Pain ni. Dan both of them memang suka action walhal activity tu agak high risk untuk diorang but that's where the excitement holds. Dalam movie ni tak diterangkan sebab Surya suruh audience Google je untuk faham.


No wonder lah critics suka sangat dengan movie ni sebab bukan sahaja kekuatan lakonan walaupun leading actor keduanya baru sahaja debut tapi jalan cerita untuk genre komedi memang menjadi tanpa lawak slapstick dan repetitious. Visual movie ni memang terbaik especially bila director gunakan teknik slo-mo ditambah pula music score yang catchy dan menghiburkan. Entertaining and engaging. Dari awal sampai habis berdekah dengan semua watak dalam movie ni.


Dialog movie ni antara brownie points movie MKDNH menghiburkan especially bila metafora yang digunapakai memang kena sangat dengan situasi kita in real life.

'People always get caught farting when everything goes silent. No matter how hard you try to cover it with ambient noise. at that precise moment the entire universe becomes silent.' - Jimmy

In every mind-blowing story there are some pretty bad decision made - Surya


Movie ni tribute kepada filem action tahun 80-an so boleh nampak banyak scene dari filem-filem aksi zaman tu which most film masih lagi guna VHS tape. Suka tengok Supri berlawan guna dupatta dia, tak payah gigih bawa senjata pun dia berjaya conquer screentime dengan kelincahan badan dan facial expression. Nak compare lakonan Radhika dengan Fatima dalam Dangal, I would say Radhika deliver her character greater than Fatima.


Ada certain scene yang macam tak logik but due to its genre, comedy and action so boleh ignore je logik sebab tak lah teruk mana sampai mencacatkan cerita. With the miracle lead actor have had in his life, what else need to be questioned kan?

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.8 = 9.6/10

2 comments

  1. bila mention novel aku lelakimu tetiba rasa nak baca balik novel tu..hehe
    btw movie ni nampak sangat menarik :)

    ReplyDelete

  2. ayo daftar di agen365*com :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.