Movie Made In China bertemakan struggle seorang entrepreneur dan keterbukaan masyarakat perihal seks yang disandang sepenuhnya oleh Rajkummar Rao sebagai pelakon utama. Raghuvir aka Raghu (Rajkummar Rao) jumpa jalan keluar dari kemiskinan hidup bila dia pergi ke China dan dapat business deal untuk jual ubat kuat lelaki. Dalam masa yang sama dapat bimbingan dari businessman terkenal, Tanmay Shah (Paresh Rawal)
Untuk jual produk ni, dia kena tahu dan faham apa yang dia jual. Lepas beberapa bulan belajar dan buat research, dia berjumpa dengan sexologist Dr. Hardik Vardhi (Boman Irani). Dia nak bekerjasama dengan Dr. Vadhi sebab ramai yang datang jumpa doktor dan dapatkan nasihat. So Raghu nak Dr. Vadhi promote product dia lepas nasihat patient.
Awalnya Dr. Vadhi tolak permintaan Raghu tapi lepas beberapa kali pujuk dan provokasi akhirnya Dr. Vadhi setuju bila Raghu kata dia akan realisasikan impian Dr. Vadhi untuk bina awareness centre tentang seks education di India.
Raghu bekerjasama dengan beberapa orang lagi yang memang rapat dengan dia termasuk Roopa (Amyra Dastur) selama dia berniaga kecil-kecilan sebelum ni. Tanpa pengetahuan isteri dia, Rukmini (Mouni Roy) dan ayah serta abang dia, Devraj (Sumeet Vyas), Raghu setup office di pejabat lama Dr. Vardhi dan simpan product dia di rumah nenek dia yang buta. Tak mungkin keluarga dia akan faham dan support dia jual produk seks yang dinamakan Magic Soup.
Awalnya semua berjalan dengan lancer tapi bila Rukmini dan keluarga dia dapat tahu, dia mula diasak dengan ancaman supaya stop jual Magic Soup sebab memalukan. Devraj pula cemburu dengan kejayaan adik dia tambah pula bila Raghu refuse untuk guna nama Abhay Chopra (Gajraj Rao) sebagai penasihat dia dalam marketing dan business walaupun Abhay idola sejak dia mula berniaga.
Jadi masalah besar bila seorang General China, General Zeng (Bijou Thaangjam) yang datang ke India disahkan meninggal dunia lepas consume Magic Soup. Polis dari China minta penjelasan dari polis India kandungan Magic Soup sampai boleh meragut nyawa. Nak pula bila produk ni illegal dan dijual secara senyap-senyap. Raghu dan Dr. Vardhi disoal siasat berjam lamanya dan diminta hadir ke perbicaraan untuk menentukan hukuman bagi kesalahan masing-masing.
Jalan cerita Made In China ni not bad lah untuk genre comedy cuma sayangnya first half agak panjang dan meleret. Movie ni start gain interest bila Raghu pergi ke China dan berjumpa dengan Tanmay Shah kemudiannya dapat idea untuk jual sex product. Scene Raghu dengan Xiu Lee have fun dekat night market tu tak perlu ada pun rasanya sebab lagu tak best even tak menambahkan apa-apa untuk jalan cerita.
Klimaks pun agak confusing bila Rukmini yang agak liberal beria beli Magic Soup untuk Raghu minum tapi dia yang beria menentang bila tahu Raghu owner Magic Soup. Lagi pelik bila hujung cerita Rukmini yang beria ambil award Raghu sebagai Businessman of The Year. Daripada director buang masa creat unnecessary drama, baik dia focus cara diorang jual produk ni. For sure banyak moment kelakar boleh terhasil dari situ.
Sekali lagi Mouni Roy gagal serlahkan bakat lakonan dia bila watak dia ambil cuma watak sampingan yang cuma gunakan kecantikan dan badan sahaja. Nothing much for the visual dan music score because both are average but thanks to the writers sebab dialogues agak kelakar especially masa seminar Dr Vardhi dan tips marketing dari Tanmay Shah.
Kedua-dua mesej sosial berjaya disampaikan dari team Made In China tapi sayangnya garapan cerita ni tak berapa kemas. Kalau bukan disebabkan kekuatan lakonan Rajkummar Rao dan Boman Irani, rasanya movie ni dah jatuh sebab overstretched dan jalan cerita yang agak longgar.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.2/10
Filem filem Infia memang terkenal dengan membuat penggambaran di luar negara sbb itulah mereka cepat dikenali. Dalam citer ni tak kenal sorang pun pelakonnya lagi.
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
lama dah tak tengok cerita hindustan..tp yang ni mcm menarik jer nak tengok sebab Made In China tu kan hihi..
ReplyDeleteOMG ada pelakon legend juga lah dalam movie ni. Lama sangat dah tak tengok industan, dah banyak muka-muka baru dah pelakonnya.
ReplyDeleteFilem filem Infia memang terkenal dengan membuat penggambaran di luar negara sbb itulah mereka cepat dikenali. Dalam citer ni tak kenal sorang pun pelakonnya lagi.
ReplyDeleteHmm...... jln cerita movie Ini bunyi menarik. Mesti byk pengajaran. Ok Nanti I’ll check it out. Thank you for your recommendation.
ReplyDeleteOwh... I jarang jarang tengok movie hisndustan.. Mungkin peminat citer hindustan lebih jelas kot dengan jalan citer ni
ReplyDeleteHohoho Sis ko kalau cite macam ni tak masuk kepala, susah nak fokus... boleh plak ye ko layan ya Farhana...chaiyokk laaaa
ReplyDeleteWah detailsnya movie review. Memang suka tengok movie ni. Tapi rasa nak tengok sendiri juga movie ni
ReplyDeletetajuk dah nampak menarik. tapi jalan ceritanya pulak macam biasa je. okay nnti nak try tengoklah pulak.mana tahu ada benda yg menarik :)
ReplyDelete