Movie Review : Geran

Friday, 10 January 2020


Pengarah : Areel Abu Bakar
Penulis Skrip : Hafiz Derani
Pelakon : Namron, Khoharullah, Feiyna Tajudin, Fad Anuar, Azlan Komeng, Aeril Zafrel, Taiyuddin Bakar, Megat Shahrizal, Faizal Hussein
Genre : Aksi/Drama
Durasi Tayangan : 100 minit
Tarikh Tayangan : 10 Oktober 2019 (Malaysia, Brunei)
Syarikat Produksi : Layar Pictures & Tree of Hope Productions
Pengedar : Empire Film Solution
Trailer :


Masa tengok trailer movie ni tak tergerak hati nak tengok walaupun impressed dengan action stunt sebab sharp dan cantik cuma sayangnya visual dia agak kurang memuaskan. 

Bertemakan seni silat Melayu, filem Geran memaparkan kisah Mat Arip (Fad Anuar) si kaki judi yang sanggup mencuri geran tanah rumah ayah dia, Pak Nayan (Namron). Awal pagi lagi Timah (Feiyna Tajudin) dah bising bila geran tanah hilang dan salahkan ayah dia yang suka manjakan adik bongsu dia. 


Tengah menyembang hal Mat Arip, datang sekumpulan samseng kampung datang menuntut hutang gara-gara Mat Arip kalah judi sebanyak RM20,000. Disebabkan biadap, Timah halau menggunakan seni silatnya. Ali (Khoharullah) yang baru balik dari sawah padi kepunyaan Pak Nayan, cuba untuk lindungi Pak Nayan dan Timah. 

Sedang keluarga dia terkejut dengan berita rumah dan tanah akan digadaikan kepada ceti Haji Daud (Faizal Hussein), Mat Arip dengan Mi Piang (Taiyuddin Bakar) masih lagi relaks bermain snooker. Esoknya Mat Arip join lumba kereta anjuran Man Bangla (Megat Shahrizal) dan kalahkan anak saudara Haji Daud, si Dolah (Aeril Zafrel). 


Sakit hati dengan kekalahan kedua, Lah berkomplot dengan samseng Haji Daud untuk kalahkan Mat Arip supaya tanah dan rumah dia tergadai. Pak Nayan, Timah dan Ali pula tak sudah-sudah diganggu oleh samseng Haji Daud. Bukan disebabkan hutang Mat Arip tapi dendam lama Haji Daud dengan Pak Nayan sejak zaman muda lagi. 


Jalan cerita Geran not bad lah untuk genre aksi sebab tujuan sebenar pengarah bikin filem ni pun untuk mengangkat martabat silat ke layar perak. Bila tengok movie Geran ni dah boleh faham lah kenapa susah nak cari penaja sampai tertangguh selama 3 tahun. Ada beberapa scene yang agak questionable dan tak perlu ada pun sebab melemahkan jalan cerita. 


Salah satunya scene Mat Arip dengan Mi Piang dapat tahu samseng Haji Daud pergi rumah dan kacau keluarga dia sedangkan Mat Arip yang gatal tangan bagi geran tanah ayah dia kepada Haji Daud. While in second half, Kahar (Azlan Komeng) bagitau anak-anak buah dia yang Mat Arip boleh langsaikan hutang RM20,000 dalam masa sehari sebab pandai cari duit (dibaca lumba haram dan berjudi).


Scene yang agak draggy bila director tunjuk Namron solat di hujung cerita sementara Ali cari adik dia di semua tempat geng Haji Daud melepak. Dekat awal movie Pak Nayan digambarkan sebagai watak yang tenang tapi bila masuk second half, watak dia agak lemah bila dia cuma berdoa sedangkan awalnya dia kata dia ada ikhtiar sebagai orang tua bila Timah membentak dek perangai Mat Arip. 


Lagi cun kalau ada scene Pak Nayan berlawan silat dengan Haji Daud sementara Ali berlawan dengan Kahar. Quite disappointed bila Faizal Hussein cuma muncul sipi-sipi je dalam movie ni. Kalau setakat nak muncul macam tu baik bagi dekat pelakon extra. 

Visual antara kelemahan terbesar movie ni. Tak pasti bajet RM700 ribu tu dilaburkan di mana sebab tontonan terganggu bila camera shaky bila part berlawan. Kalau bergegar macam tu baik guna teknik long shot je. at least nampak jelas siapa tending siapa. Masalah movie Melayu dari dulu suka sangat zoom sampai tak jelas penceritaan visual. 


Scene flashback antara scene yang tak perlu diletakkan sebenarnya sebab dari awal pun dah boleh nampak apa geng Kahar ni akan plan dengan Man Bangla. Quite predictable plan mereka tu. Flashback tiba-tiba masuk dalam cerita. Nasib baik lah flashback boleh dibezakan dengan jelas disebabkan tona warna kelabu. 


Pengarah dah bagitahu media yang Geran 2 akan muncul walaupun kutipan Geran tak memberansangkan. I’m fine with the idea and theme sebab seni silat dan action stunt dalam movie ni memang terbaik cuma tolong perbaiki mutu visual supaya boleh nikmati seni silat yang ditayangkan oleh team Geran. Overall, it’s a fun watch dengan dialek pekat oghang Kedah. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought 0.7 = 7/10

6 comments

  1. Mrs.A pun mula macam tak nak layan bila anak Mrs. A order astro 1st tapi bila depa semua tengok Mrs. A pun join sekaki best jugak layan citer ni satu family tu pandai silat. Paling nak tahu siapa Hj Daud ghupernya Faizal Hussien.

    ReplyDelete
  2. cuma sayangnya visual dia agak kurang memuaskan - ya yg ini memang rasa sayang sangat :(

    ReplyDelete
  3. tengok trailer best sebab action scene dia mantap :)

    ReplyDelete
  4. Filem yang sangat best walhal produksi kurang kewangan . Akan tetapi ISI sangat best

    ReplyDelete
  5. filem malaysia punya masalah is "Shaky cam" ? ,tu global technique used for action film lol, bukan shaky cam yang menjadi masalah, sesetengah penonton sahaja yang tak berminat.. itu jer..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.