Director : Baek Seung-ryong
Writer : Kim Sol-ji
Cast : Kim Byung-chul, Lee Dong-hwi, Jung Hye-Sung, Kim Gyu-Ri, Jung Min-Sung, Kang Hong-Suk, Kim Ho-Young, Park Ho-san, Choi Kwang-Je, Bae Jae-won, Lee Gyu-Hyun, Lee Soon-Jae
Genre : Comedy
Running Episodes : 12 episodes
Release Date : September 20 – December 6, 2019
Production Company : Studio N, CJ ENM
Distributor : tvN
Teaser :
Director Jung Bok-dong (Kim Byung-chul) dipindahkan ke Pegasus Market selepas membantah cadangan President DM Corp, Kim Dae-Ma (Lee Soon-Jae) untuk menjual hair wax kereta. Awalnya bantahan dia menampakkan dia seorang yang relevan dan tak membodek presiden semata seperti Kwon Yeong-goo (Park Ho-san) dan yang lain.
Tapi bila pembantu Mr. Kwon, Mr. Park (Bae Jae-won) datang bagitahu yang syarikat pesaing dapat untung banyak bila idea untuk jual hair wax kereta dapat sambutan, Presiden Kim ambil keputusan untuk buang Director Jung.
Pegasus Market adalah neraka pada staff DM Corporation disebabkan lemah dalam pengurusan dan tak mampu untuk bersaing dengan supermarket di kawasan yang sama. Sesiapa yang dipindahkan ke Pegasus Market cuma mampu bertahan selama 3 bulan dan akan resign. Company tak akan pecat pekerja untuk elakkan membayar pampasan tapi memilih untuk transfer pekerja ke Pegasus Market.
Mr. Kwon dan cucu President, Mr Gap (Lee Gyu-Hyun) menggunakan Pegasus Market untuk buat transaksi palsu dan seleweng dana syarikat tanpa pengetahuan sesiapa. Setiap bulan, Pegasus Market akan terima inventori yang dah pun ditempah oleh HQ. Manager Moon Suk-Goo (Lee Dong-Hwi) sahaja yang bertahan lama dekat Pegasus Market sebab dia dah berjanji dengan mak dia yang dia akan bekerja di DM Corporation supaya mak dia bangga.
Terima nasib malang dan saingan dari Mr. Kwon, Bok-dong masuk ke Pegasus Market dengan pelbagai cara dan inisiatif untuk jatuhkan Pegasus Market supaya DM Corporation akan bankrap tapi semua usaha dia gagal malah naikkan pula nama baik dan saham Pegasus Market.
Semua pekerja diambil masuk tanpa resume dan kelayakan pun sebab Mr Jung nak financial merudum tapi bila kebanyakan pekerja semuanya betul-betul perlukan duit, masing-masing terhutang budi dengan Mr Jung dan perform lebih dari yang sepatutnya especially puak Bbaya yang diketuai oleh Bbayajok Jokjang Pielleggu (Choi Kwang-Je).
Mr Kwon pula dengan rancangan dia untuk curi dokumen rahsia di Pegasus Market supaya aktiviti haram dia tak dihidu oleh Mr Jung dan yang lain. Awalnya dia minta Seok-goo untuk intip Mr Jung tapi nampak gaya macam tak boleh diharap sudahnya dia hantar Ms Jo Mi-ran (Jung Hye-Sung) untuk pastikan sales Pegasus Market jatuh merudum.
Drama genre komedi ni diadaptasikan dari webcomic "Ssabnida Cheonrimamateu” karya Kim Kyu-Sam pada tahun 2013 so bila ada scene yang over tu faham lah sebab webcomic memang macam tu. For me macam over tapi disebabkan visual dan music score yang menarik, I enjoy jugak lah layan. Niat utama nak tengok drama ni pun sebab Kim Byung Chul je.
Part komedi memang menjadi lah bila bermacam ragam dan banyak hal yang terjadi dekat market tu. Walaupun ada scene yang tak logik dan nampak merepek tapi disebabkan genre komedi dan santai so I took it as entertainment je. Yang penting mesej dia sampai dan well-delivered.
Dalam Hotel De Luna lakonan Kang Hong-Suk sebagai Grim Reaper agak serious dan tegas tapi dalam drama ni dia jadi gangster yang nak mulakan hidup baru untuk jaga nenek dia. Muka je nampak gangster tapi perangai masuk air.
Sayangnya drama ni pendek je sebab ada 12 episod walaupun jalan cerita best. Mungkin sebab average rating cuma 2% hingga 3% compared to other drama yang ditayangkan pada waktu yang sama yang rata-rata cecah sampai 4%. Ada drama spin-off dekat Youtube tapi malas nak tengok sebab tak ada Kim Byung Chul.
Hopefully ada season 2 dan buat renovation atau beli bangunan baru sebab geram dengan Pegasus Market ni bila keceriaan diorang tu sampai rasa nak pergi melawat walaupun pintu dia mengundang.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10
oKay, pakcik setiausaha dalam cite Goblin tu ada dalam ni.. ^^
ReplyDeleteLee Dong Hwi?? I love him! He's so funny, especially dalam Reply 1988.
ReplyDeleteBoleh lah tengok drama ni pulak, just because of him.
eh.. 12 episod je eh.. Menarik juga jalan ceritanya bila baca review Farhana nie..
ReplyDeletetengok sekerat je cite ni, stop kejap tak ingat pasal apa lepas tu sampai sekarang malas nak sambung balik. tapi nak cakap drama ni lawak giler, part pintu masuk tu memang tak boleh blah..hahaha
ReplyDelete