Drama Review : Kampung People

Friday, 17 January 2020


Pengarah : Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin (bersama) & Al Bakari Harith (bersama)
Penulis : Wan Hasliza Wan Zainuddin, Baizura Kahar
Pelakon : Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Hun Haqeem, Fizz Fairuz, Namron, Haeriyanto Hassan, Shahril Tajuldin, Razak Ahmad, Shah Kimin, Ustaz Nadzeri Md Isa
Genre : Komedi
Durasi Tayangan : 13 Episod
Tarikh Tayangan : 11 Disember 2019 – 8 Januari 2020
Syarikat Penerbit : KL Motion Pictures
Penyiaran : TV3
Trailer :


Bila nampak ramai yang recommend drama ni sebab kelakar, kelam kabut cari dekat Youtube TV3 sebab ada full episod cuma lambat sikit lahdari hari tayangan dekat slot Lestary. 

Razif (Rashidi Ishak) bekerja dengan Tuan Suhaimi aka Uncle Mimi (Namron) di sebuah pasaraya tapi ejen PACERAT (Pencegah Anti Rasuah Cawangan Asia Tenggara) berjaya serbu dengan bukti kukuh dalam pejabat, Ejen Shukri (Fizz Fairuz) sarankan Razif jadi saksi kepada jenayah haram Tuan Suhaimi.


Razif terpaksa bersetuju untuk mengelak dari masuk penjara maka dia dan keluarga terpaksa menyamar sebagai kampung people di Kampung Sinaran Baru bila Kumpulan Cengkih Manis datang serang mereka sekeluarga gara-gara taknak rahsia terbongkar.


Berbekalkan elaun sara hidup yang deiberikan PACERAT dan identiti baru, mereka sekeluarga terpaksa adapt dan adjust gaya hidup bandar yang mewah kepada kehidupan kampung yang serba sederhana selama 3 bulan sehingga kes dibicarakan di mahkamah.


Di kampung tu Razif/Abu terpaksa bekerja sebagai petani yang menanam jagung dibantu oleh jiran belakang rumah, Jaafar (Hun Haqiem) dan anak perempuannya Laila/Roziah (Riena Diana). Selain menjadi petani, Razif disarankan untuk selalu turun ke surau walaupun di KL dia tak pernah solat.


Isteri Razif, Mona/Minah (Elly Mazlein) pula struggle dengan kehidupan suri rumah tanpa pembantu rumah macam di KL. Nak tak nak dia terpaksa bersihkan rumah dan buat kerja-kerja rumah sendiri. Lagi stress bila anak-anak jenis berat tulang. Yummy/Imran (Kamarul Eqifshah) dipaksa bersukan dan bergaul dengan budak-budak kampung supaya tak nampak pelik. 




Kisah diorang struggle untuk adapt dekat kampung tu yang buat kelakar dengan dialog yang perli kehidupan seharian yang negatif dalam masyarakat kita. Banyak video yang viral pada episod awal pun video Elly Mazlein dan dia antara faktor kenapa drama ni menghiburkan. Kalau ikutkan ada scene yang macam tak logik sangat tapi disebabkan genre kelakar, scene macam tu boleh tutup mata je. 


Ada scene Reena Diana agak over dengan watak Lailer especially part ketawa ataupun reaction terkejut dia tapi bila scene dengan Elly Mazlein, nampak terlindung la reaction dia yang over tu. Strong point Lailer bila dia jumpa Jekfer so harapnya season 2 nanti ada banyak scene diorang bersama. 

“I ni seorang wanita yang lemah, tapi jiwa i ni so much kekuatan” - Laila


Kalau Mona dengan Lailer agak hyper, Razif dengan Yummy Nampak tenang, jenis cool je. Sama macam ayah dia, Yummy nampak bijak dalam selesaikan masalah walaupun selalu dipandang rendah dengan parents dia. Tapi panjang akal jugak bab nak kenakan orang lain. Lakonan Rashidi Ishak dalam watak komedi ni bukan benda baru sebab dia pernah famous dalam movie Mami Jarum dulu.


Bonding family ni nampak real lah. Suka tengok scene Razif pujuk Lailer bila anak dia patah hati sampai jadi monster. Cara Razif approach Mona, anak-anak dengan orang kampong jenis lembut je tak marah-marah bila diorang buat silap. Tenang betul dia layan Mona setiap malam sebelum tidur. Dari curang sebab dah meluat sampai jatuh cinta balik dekat isteri sendiri.


Wardrobe dalam drama ni memang terbaik lah sebab pakai memang macam orang kampung especially Mona dengan Lailer, bukan senang nak jumpa artis perempuan berlakon tak pakai makeup nak pulak waktu tidur. Elly Mazlein bukan setakat tak berdandan, gaya tudung dia pun kelakar dengan cermin mata dia atas hidung memang sebijik macam Mak Minah. Dia pakai style kampung, asal siap pun tetap cantik.


Terkejut tengok shooting location drama ni sebab dekat area rumah je tapi tak pernah sedar bila diorang shooting. Pasaraya tempat Razif kerja tu dekat Super Seven Subang Bestari. Café tempat Lailer gaduh dengan Amy sebab sailing Amry tu dekat Laundry Café Subang Bestari.


Café ni agak sendu lah tapi lepas ni famous lah kot sebab drama ni dah jadi kegilaan ramai. Rasanya Badrul Bisu (Shahril Tajuldin) yang recommend sebab dia selalu berniaga dekat Carboot Sales Subest. Famous lah dia lepas ni nak kena sign novel Laut I Miss You. 



Dalam drama ni tak ada OST langsung pun cuma ada suara narrator menceritakan kenapa satu keluarga ni stuck dekat Kampung Sinaran Baru. Cukup Lailer je yang nyanyi kat dalam drama tu pun dah menghiburkan dah.


Disebabkan drama Kampung People ni dah jadi favorite sampai ramai yang request Season 2, Reena pun dah buat ramai yang berharap bila dia tweet hint director akan buat season 2. For sequel nanti mungkin geng Tuan Suhaimi ataupun anak dia akan datang balas dendam kepada Razif sekeluarga. Macam mana team Kampung People nak olah, kita tunggu je lah. All the best and congrats team Kampung People!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.9, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.8/10

7 comments

  1. jom makan chendols nak tak? hihihi

    ReplyDelete
  2. Om tengok ep 1 je pastu tak tengok dah, dok focus habiskan drama korea. hehehehe

    ReplyDelete
  3. hahahah kita pun layan drama ni bila semua duk cakap2...lagi satu episod nak habis, baru marathon kat youtube...

    baru tau badrul tu penulis novel rupanya...ya Allah, masuk air semua...hahahha

    ReplyDelete
  4. Laut, I miss you tu Badrul yang tulis ke? aduh, kena ulang tengok lagi ni. ^^

    ReplyDelete
  5. rare citer ni haha.. sempot tengok. tapi akak tengok lambat sket.
    still x habis gi.. tngk online =P

    ReplyDelete
  6. best sbb suka watak si mona & lailer tu hahaha

    ReplyDelete
  7. Memang ohsem drama ini.. ada sindiran yang menarik..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.