Buana, Subang Bestari

Friday, 31 January 2020


Restoran baru di Subest, Buana dengan slogan Santapan Mahligai bila restoran ni berkonsepkan wedding hall. Deko restoran ni bertemakan white, castle and trendy. During weekend akan ada tempahan untuk majlis kahwin. Entri ni taknak cerita pasal wedding hall sebab tak pernah lagi pergi so kita sembang bab restoran je lah. 



Bahagian dalam restoran boleh tengok la susun atur dia macam mana. Meja pun ada alas cantik.  Bahagian dinding memang sarat dengan hiasan lampu ataupun layer curtain. Dekat bahagian belakang ada stage/pelamin untuk event atau majlis kahwin ikut tempahan customer. 


Since restoran ni baru je dibuka so menu dia tak la banyak sangat and mostly menu western. Ada juga goreng-goreng tapi yang tak heavy kalau tak silap macam nasi goreng biasa ataupun nasi goreng kampung. 



Kalau datang sini mesti order Dulang Girls sebab dalam satu dulang tu ada spaghetti carbonara, lamb chop, chicken chop dengan fries. Portion untuk 2 orang makan, harga RM27.00. For me berbaloi lah sebab makanan dia sedap. Chicken chop pun bukan jenis yang banyak tepung. 


Nasi goreng biasa dia pun sedap. Sesuai sangat makan dengan chicken chop or makan kosong. Either way tetap sedap.


And same goes to bihun sup utagha. Cukup rasa, cukup rencah. 


Cuma teh ais dia tak begitu menggembirakan. Biasa je. Lebih susu dari teh. 


Disebabkan restoran ni mostly makanan western, memang tak boleh datang waktu lapar lah sebab ambil masa yang lama untuk siap even untuk nasi goreng dengan bihun sup. The ambiance pun tak macam restoran sangat, more to wedding hall. 

For me, not bad lah experience makan dekat sini sebab murah, sedap, service pun okay, pisau pun bukan pisau sapu mentega. Hopefully makin bertambah la menu ala carte and reduce waiting time. Restoran Buana ni buka dari jam 5 petang sampai 12 malam, setiap hari except public holiday lah kot. Anyway, check their IG for more updates okay. 

7 comments

  1. cantik tempat tu.. makanan pun nampak sedap

    ReplyDelete
  2. konsep dulang tu.. lama tak pergi cuba.
    dulu rajin juga pegi 1 kedai ni sbb boleh share dengan kawan..

    ReplyDelete
  3. Okay yang ni serious kena ajak member pegi sebab dia suka sangat makan tempat tema macam ni.
    I have no idea that this place existed. Makanan pun affordable so okay lah.
    Teringin nak rasa dia punya dulang lamb chop and chicken chop tu. Nampak sedap

    ReplyDelete
  4. Hello I am so delighted I located your blog, I really located you by mistake, while I was watching on google for something else, Anyways I am here now and could just like to say thank for a tremendous post and a all round entertaining website. Please do keep up the great work. Knives Out 2019

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.