Negara Buku, Karangkraf Shah Alam

Sunday, 8 December 2019


Dah hujung tahun ni memang banyak sales kan, so untuk buku ada diskaun murah sangat dari pelbagai publisher di Negara Buku ni. Lagi best bila sales ni non-stop. Boleh datang pukul berapa pun tak kisah. 



Bestnya kalau buat dekat Karangkraf ni, bab parkir tu tak ada masalah langsung sebab luas sangat. Cuma kecewa lah sebab nama je gempak, Negara Buku tapi buku dia sikit sangat. Dekat dalam dewan ni je lah yang ada pun.


Mostly buku yang dah lama dah pun. And yes mostly yang dah tak laku sebab rating rendah.


Beria datang ke sini sebab nak mencari buku fixi especially tulisan Kak Neddo tapi hampa sebab sebuah buku pun tak ada langsung. Banyak ni je buku terbitan FIXI. 


Mostly buku dekat sini berharga RM10. Okay la kalau dah lama cari certain books tapi kalau nak shopping sakan, di sini bukan tempatnya. Tak banyak pun yang I beli, dalam 10 buku je. Lama bertapak dekat sini pun sebab check rating buku tu dekat Google. 


Dekat dewan belakang ada lagi buku dijual tapi untuk kanak-kanak lah. Dekat sini yang bagusnya ada ruang menunggu yang selesa. Siap ada video games lagi. 


Supposedly minggu ni nak pergi Big Bad Wolf dekat The Mines tapi terima kasih lah kepada yang buat review BBW sebab dah tunjuk section buku FIXI tak banyak mana. Jimat duit minyak tak payah pergi sana. Kumpul duit tunggu Pesta Buku antarabangsa je nanti walaupun tak best buat dekat MAEPS. 

4 comments

  1. Saya pernah pergi BBW di Melaka tapi tak banyak pilihan novel Melayu. Harga memang betul2 murah berbanding pesta buku Popular tapi banyak buku lama.

    ReplyDelete
  2. Eh.. Tak best eh.. Tak rugilah tak pergi..
    Cuma BBW tu asyik salah timing je.. Huhuhu..

    ReplyDelete
  3. baru semlm aida jalan2 kat pesta buku popular mitc.
    sgt suka pesta buku :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.