Movie Review : Section 375

Wednesday, 25 December 2019


Director : Ajay Bahl
Writer : Manish Gupta
Cast : Akshaye Khanna, Richa Chadda, Meera Chopra, Rahul Bhat
Production Company : Panorama Studios, T-Series
Distributor : Panorama Studios, PVR Pictures, Anand Pandit Motion Pictures
Genre : Drama
Running Time : 124 minutes
Release Date : September 12, 2019
Trailer :


‘Law is not equal to Justice. Justice is an ideal, Law is the medium to get there. Sometimes’

Starting movie pun dah dengar speech padu dari lawyer Tarun Saluja (Akshaye Khanna) dalam seminar dia. Thanks to his speech, we get to know where to draw the line between law and justice. Going with that theme, team Section 375 berjaya deliver mesej utama melalui movie ni dengan lakonan mantap dari pelakon utama – Akshaye dan Richa.
Pengarah terkenal, Rohan Khurana (Rahul Bhat)dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun kerana merogol Anjali Dangre (Meera Chopra) pada pagi 8 Julai jam 11 tapi Rohan minta isteri dia carikan defense lawyer dengan defense statement dia tak sentuh Anjali walhal medical report buktikan air mani dan bulu kemaluan dia ada dalam vagina Anjali.


Asalnya Tarun taknak ambil kes ni tambah pula isteri dia larang taknak dia dimalukan depan media tapi Tarun jumpa beberapa loopholes dalam cerita Anjali dan dapat agak yang Anjali tak dirogol atau dicabul oleh Rohan tapi cuma nak balas dendam bila hubungan sulit ni berakhir.


Hiral Gandhi (Richa Chaddha) menentang sekerasnya andaian Tarun kerana rogol tetap rogol walaupun jika mereka berdua pernah ada hubungan sulit sebab mengikut akta, persetujuan kedua-dua belah pihak perlu ada setiap kali bersama. Tambah pula bila Rohan pernah ugut Anjali untuk musnahkan masa depan dia bila hubungan mereka berakhir.


Kedua hakim taknak panjangkan perbicaraan bila alibi kukuh ada depan mata tapi dalam undang-undang semua ada hak untuk bersuara dan makin banyak bukti yang menimbulkan tanda tanya sampai terpaksa lanjutkan untuk tahu hal yang sebenar.


Tak ada ruang untuk rasa bosan walaupun genre movie ni drama dan banyak berbalas hujah antara dua peguam handal disebabkan ada banyak input dan dialog yang hebat. Susah nak teka apa yang jadi pada 8 Julai tu sebab tak banyak bukti untuk Tarun dapat bagitahu mahkamah yang Anjali menipu.


Sama macam movie Article 15, movie Section 375 pun membincangkan dan mengupas akta yang sama. For me both movie berjaya menjadi medium hebahan untuk social awareness berkenaan dua akta ni. It’s great to watch Akshaye Khanna buat comeback dalam dunia lakonan dengan mutu lakonan hebat.


Walaupun bergandingan dengan Richa tapi dua-dua menyerlah dalam satu screntime nak pula bila watak Tarun sebagai master Hiral masa chambering dulu. Dalam court nampak menyerang satu sama lain tapi dekat luar mesra sembang hal personal dan progress life masing-masing. 


Ada beberapa benda yang buat cerita Anjali tak masuk akal bila polis ambil bukti bunga kering bawah katil Rohan. Macam mana bunga tu ada bawah katil sedangkan Rohan ada maid untuk kemas rumah? Macam mana pihak polis tahu yang bunga tu kepunyaan Anjali dan dijadikan bukti kes sedangkan hari kejadian Anjali tak pakai bunga pun. Pakai jeggings satu hal. 22 minit yang disebut dalam court tak pasti tempoh masa intercourse sahaja ataupun termasuk violence act dekat tangga.


Tbh I don't like the ending sebab court nampak mengadili kes dengan fakta tapi hasilnya terpengaruh dengan aktivis dekat luar. Though ada loopholes but still recommended to watch because every case have different story to tell.  

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.4/10

2 comments

  1. Baru tngk dkt astro hari tu...
    Memang best. Dr awal tau laki tu "x salah" sepenuhnya.
    Die punya plot twist hujung2 tu....

    ReplyDelete
  2. Adoi.. yang nie pun nampak menarik untuk ditonton..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.