Movie Review : Saaho

Saturday, 28 December 2019


Director : Sujeeth
Writer : Sujeeth (story, screenplay, and Telugu dialogue), K. G. R. Ashok (Tamil dialogue),  Abbas Dalal & Hussain Dalal (Hindi dialogue)
Cast : Prabhas, Shraddha Kapoor, Chunky Pandey, Neil Nitin Mukesh, Murali Sharma, Arun Vijay, Evelyn Sharma, Mandira Bedi, Prakash Belawadi, Jackie Shroff
Production Company : UV Creations & T-Series
Distributor : AA Films (India), Yash Raj Films, Phars Film (International)
Genre : Action / Thriller
Running Time : 170 minutes
Release Date : 30 August 2019
Trailer :


Saaho antara movie yang paling dinanti-nantikan untuk tahun 2019 dengan budget berjumlah Rs3 billion dan juga pelakon-pelakon terkenal di industry Bollywood dan juga Tamil. Saaho ditayangkan di 4 industri perfileman – Bollywood, Tamil, Telugu dan juga Malayalam.


Cerita bermula bila Roy (Jackie Shroff) dibunuh dengan dilanggar treler selepas habis meeting bersama board director. Perebutan kuasa berlaku bila Devraj (Chunky Pandey) cuba untuk rampas takhta Roy tapi terhalang bila anak Roy, Iqbal (Arun Vijay) yang disembunyikan selama 25 tahun datang untuk mewarisi harta ayah dia dan ambil alih tampuk pemerintahan Roy Group.


Sementara itu, polis tubuhkan satu team khas dengan diketuai oleh Ashok Chakravarthy (Prabha), polis dari unit khas dan dibantu oleh Amritha Nair (Shraddha Kapoor) untuk menjejaki si pencuri, Jai (Neil Nitin Mukesh) yang telah merompak 3 tempat di Mumbai dan bakal mencuri Black Box milik Roy Group untuk bolot 2 billion di Waaji City.


Tanpa mereka sedar, pakar IT, David (Murali Sharma) dalam diam membantu Jai dan maklumat yang pihak polis ada dijual kepada pencuri tersebut. Ketua polis, Shinde (Prakash Belawadi) pula bocorkan maklumat kepada Devraj. 


Untuk pastikan Black Box selamat, Iqbal hantar Kalki (Mahira Bedi) ke Mumbai untuk bawa ke Waaji City tapi malangnya Jai dah buat persiapan rapi untuk curi Black Box dari tangan Kalki. Dengan bantuan dari pihak polis, Kalki berjaya sorok di Royal Bank. Devraj, team Ashok dan anak buah dia dan juga Jai akan curi Black Box pada malam yang sama, tapi siapa yang akan dapat, tu kena tengok sendiri lah. 


Jalan cerita Saaho agak panjang dan draggy bila terlampau banyak pihak yang terlibat. Untuk first half, cerita nampak menarik dengan twist yang agak mengejutkan tapi bila masuk second half dah penat dah nak tengok sampai ada part yang sengaja dimatikan supaya tak terlampau crowded di penghujung cerita.


Selalunya movie action ni jarang lah nak beratkan jalan cerita so scene macam terjun gaung untuk show off sisi maskulin si hero, kereta kebal entah dari mana, kereta boleh slide naik atas jambatan, hero dengan heroin lari dengan selamat walaupun dihujani peluru tu kita boleh layan as entertainment je lah.


Saaho dengan WAR sama-sama compete untuk jadi movie action terbaik 2019 tapi nampaknya Saaho gagal disebabkan jalan cerita yang lemah dan action stunt yang nampak tak real walaupun guna khidmat martial arts choreographer antarabangsa sama seperti WAR.


Music soundtrack pun antara kelemahan dalam movie Saaho bila team production lebih fokus dengan keindahan lokasi daripada lagu. Memang indah sangat tapi untuk audio they failed to impress. Even music score untuk certain scenes tak mampu untuk hidupkan mood tak seperti WAR. Patutnya lagu Bad Boy tu untuk promo je dan buang lagu Baby Won't You Tell Me sebab dari awal cerita pun kita dah tahu tahap mana Ashok cintakan Amritha.


Bab visual memang cantik dengan keindahan Austria, Hyderabad, Mumbai, Abu Dhabi, Dubai, Romania, dan beberapa tempat di Europe tapi bila masuk babak yang menggunakan VFX, kita boleh nampak some scenes yang gagal nampak cantik onscreen especially scene gaung dengan scene Saaho dikejar Waaji Federal Police dan lain-lain.





It seems like team production Saaho lebih mementingkan keindahan visual dari jalan cerita. Sayang bila Saaho ada barisan pelakon yang bagus dalam bidang lakonan dari dua industry besar India. Kalau director Sujeeth kembangkan lagi beberapa scene dan buat Saaho jadi 2 part, mungkin lagi best rather than compressed sampai berterabur. Sudahnya movie ni dapat rating rendah walaupun collection mencecah Rs4 billion.


I was expecting better sebab fan base Prabha agak besar dan pulangan sepatutnya lebih besar bila ditayangkan di 4 industry dan juga international. But what done is done and welcome to Bollywood for Prabha. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.6 = 6.4/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.