Distributor : AA Films & Yash Raj Films (International)
Genre : Romantic / Comedy / Drama
Running Time : 143 minutes
Release Date : 17 May 2019
Trailer :
Bercinta dengan lelaki jauh lebih tua dengan harta yang banyak mungkin akan dilabel pisau cukur walaupun memang betul-betul jatuh cinta tapi masalah yang sebenar datang bila Ayesha Khurana (Rakul Preet Singh) baru nak explore dunia tapi Ashish Kumar (Ajay Devgn) dah merasa semua tu.
Ashish menetap di London lepas tinggalkan Manju (Tabu) dan dua orang anak dia di India bersama parents dia. Awalnya dia cuma tertarik dengan Ayesha dan nak luangkan masa hilangkan bosan tapi makin lama dia mula jatuh cinta tapi dia belum ready nak berkahwin dan ada anak macam Ayesha nak. Doktor psikologi dia, (Javed Jaffrey) dah larang yang dia akan menangis kalau dia teruskan hubungan ni.
Bila Ashish ragu-ragu dengan hubungan diorang, Ayesha ambil keputusan untuk putus sebab dia tahu dia tak akan ada masa depan macam pasangan normal. Tapi bila berjauhan baru Ashish sedar yang dia sayangkan Ayesha dan ajak Ayesha jumpa keluarga dia di India.
Things gone bad bila anak perempuan dia, Ishika (Inayat Sood) nak berkahwin dan bagitahu keluarga bakal suami dia yang ayah dia dah lama mati. Anak lelaki Ashish, Ishaan (Bhavin Bhanushali) pula suka dengan Ayesha bila Ashish terpaksa kenalkan kepada keluarga dia yang Ayesha cuma secretary dia.
Ayesha perasan yang Manju sengaja nak sakitkan hati dia dengan bagitahu secara halus yang Ashish tu milik dia. Ashish tersepit antara Ayesha, Manju dan Ishika. VK (Jimmy Shergill) pula cuba untuk mengurat Manju dan bersaing dengan Ashish. Balik ke India untuk kongsi berita gembira tapi huru-hara pula jadinya.
Jalan cerita De De Pyaar De best untuk first half tapi jadi serabut bila director buat Manju masih simpan perasaan dengan Ashish walaupun dah 15 tahun tinggal berasingan. Kesian dekat Ayesha bila rasa tersisih dalam keluarga tu. Lagi kesian bila dia tahu yang Ashish dengan Manju tidur sekali tapi Ashish cuba yakinkan dia semua tu tak ada makna apa-apa dan dia masih sayangkan Ayesha.
It just plain stupid and unnecessary. I know human life and relationships are quite complicated tapi apa motif dah berpisah dan cintakan orang lain but still nak tidur sekali? It’s better kalau director just tambahkan scene VK mengurat Manju atau VK dan Ashish bersaing untuk jadi ayah kepada Ishika dan Ishaan.
Merepek sangat part tidur tu. Lagi merepek bila Manju kata Ayesha takkan faham. Bukan setakat Ayesha je, I pun tak still tak faham lagi kenapa diorang tidur sekali. Sayang lah tambah pelakon bagus macam Jimmy tapi biar talent dia tersia dengan watak macam tu.
Scene komedi dia memang menghiburkan ditambah dengan dialog yang tinggalkan kesan dalam beberapa scene especially scene Manju perli Ashish bila dia tinggalkan keluarga dan lupakan anak-anak sendiri.
Visual movie ni memang cantik since its rom-com kan tapi paling suka tengok shooting location dekat India sebab guesthouse Manju memang cantik sangat diorang setup especially sungai dengan farm market dia. Geram je tengok VK bawa sebakul laici fresh dari kebun dia.
Soundtrack album dia average je bila tak banyak lagu yang best dan naikkan mood tapi harus bagi credit kepada Amaal Mallik, Rochak Kohli, Tanishk Bagchi, Vipin Patwa and Manj Musik untuk lagu "Mukhda Vekh Ke", “Chale Aana” dengan “Dil Royi Jaye”.
Overall movie ni fun untuk dilayan dengan menonjolkan mesej live-in relationship, divorce dan age gap relationship yang diketengahkan walaupun ada plot dia agak miserable dekat second half. Not bad for a debutante director.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.9, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.7/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Macam dah lama tak nampak Tabu berlakon. Macam best bila retro artis bergabung dengan orng baru. ^^
ReplyDeletedah lama tak tengok hindustan. asyik kdrama dengan english series je. so dah tak tau mane nak start.
ReplyDeletesama, kita serupa. haha
Delete