Movie Review : Crawl

Sunday, 22 December 2019


Director : Alexandre Aja
Writer : Michael Rasmussen & Shawn Rasmussen
Cast : Kaya Scodelario, Barry Pepper
Production Company : Raimi Productions & Fire Axe Pictures
Distributor : Paramount Pictures
Genre : Horror / Thriller
Running Time : 87 minutes
Release Date : July 12, 2019
Trailer :


Movie Crawl mengisahkan tentang anak-beranak bersama anjing terperangkap dalam ribut taufan dan dalam masa yang sama dikelilingi sekawan buaya yang ganas dan lapar. Walaupun jalan cerita mungkin repetitive dan scene suspen agak predictable tapi tetap mampu buat kita kecut perut bila menonton. 


At first agak doubtful untuk layan movie ni sebab dah jelak dengan lambakan movie saspen yang berunsurkan binatang ganas dan terperangkap dalam bencana alam ni. Dan mostly agak hambar but this one is a must watch. 


Thanks to Kaya Scodelario’s acting as Haley Keller, seorang perenang yang pernah dilatih dari kecil oleh ayah dia sendiri. Movie start dengan kekalahan Haley dekat kolej then terima panggilan telefon dari kakak dia yang risaukan ayah dia bila banyak kali tak jawab call. Nak pula bila amaran rebut taufan dah keluar. 


Haley bagitau yang dia akan cari di kawasan rumah lama diorang since ayah dia, Dave Keller (Barry Pepper) sayang sangat dengan rumah tu. Haley dengan anjing kesayangan ayah dia, Sugar sama-sama cari di rumah lama walaupun dihalang oleh pihak polis. 


Rumah lama nampak kosong tapi bila Sugar boleh bau Dave di basement, Haley turun untuk check. Good news, dia jumpa ayah dia. Bad news, ayah dia cedera teruk digigit buaya di bahagian bahu dan kaki patah. Sementara Haley cuba bawa Dave naik ke tingkat atas, seekor buaya datang serang but they got lucky sebab Haley berjaya masuk ke bahagian yang dihadang dengan paip air. 


Malangnya handphone dia tercicir. Bila dia cuba ambil untuk minta bantuan, datang lagi seekor buaya. Both of them kena fikir cara untuk survive dari dua ekor buaya dan terpaksa bertindak dengan cepat sebelum diorang mati lemas dek kerana banjir. 

Haley cuba minta tolong dengan stranger di luar rumah tapi malangnya semua mati dimakan buaya. Tengok keadaan macam buaya tu dah lama ada dekat bahagian basement bila Haley jumpa telur-telur buaya dan half of them dah menetas dah pun. 


Suka sangat tengok scene Haley sembang dengan ayah dia pasal kenapa both of them jadi renggang. Walaupun akan ada drama but both of them deliver the emotion convincingly onscreen. Bila Dave motivates Haley yang dia sama level degil je dengan ayah dia tapi disebabkan kedegilan tu lah survival skill dalam hidup diorang. No one can take that. 


Scene Haley berenang laju untuk dapatkan bot tu paling berdebar sekali. Memang kecut perut lah tengok dia kena berenang laju gila sebelum buaya-buaya dari pelbagai arah baham dia. Boleh kata kecut perut dari awal sampai habis tengok movie ni. Kudos to the Crawl team sebab berjaya kekalkan momentum penceritaan walaupun penceritaan agak predictable.


Another brownie points kenapa movie ni best bila both of them takut tapi still stay calm dan fikir cara terbaik untuk keluar. Best teamwork ever. Boleh nampak kenapa Dave jadi coach sebab cara dia berfikir dan ketegasan dia tu memang terbaik. 

Dalam movie ni bila Dave keluarkan fakta tentang buaya, agak contradict dengan situasi sebenar sebab buaya boleh je bergerak di tempat yang ada percikan air. 


Dua fakta yang tepat bila Dave kata buaya sensitive dengan bunyi. Yes they are. Some of them akan stress dan makan kawan sendiri and some of them akan serang yang buat bunyi tu. Buaya tak boleh serang dan makan mangsa dalam deep water so dalam movie ni kebanyakannya buaya akan naik ke permukaan air untuk serang dan makan. 

Anyway me and my family totally enjoy watching this movie. Recommended!

p/s : I still terkejut tengok movie ni kali kedua bila screenshot T.T

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 8.8/10

2 comments

  1. Adoi.. boleh keras jantung asyik terkejut je..

    ReplyDelete
  2. da tgk.
    ok ok la bagi aida.
    besar ekk buaya nyer :( seram!

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.