Jalan Panggung, KL

Saturday, 21 December 2019


Lepas lepak breakfast dekat Luckin Kopi, kitorang decide untuk jalan-jalan dekat Jalan Panggung. Actually tak plan pun tapi bila keluar dari Luckin Kopi ternampak pejabat pos lama yang dibina pada tahun 50-an/60-an dekat sini terus rasa nak berjalan-jalan. 


Bangunan dekat sini memang cantik seni bina dia sebab kawasan ni kawasan kaum Cina started since tahun 1960-an. Dulu Jalan Panggung ni tak cantik macam sekarang tapi disebabkan idea dari usahawan Bai Chuan Management yang taknak sejarah kawasan ni musnah ditelan arus kemodenan, diorang hidupkan balik dan jadikan salah satu tourism spot di KL.

 

Ni keadaan Jalan Panggung yang dulu but now, tadaaaa...


Sesak dengan orang Selangor sebab haritu Selangor cuti hahaha

Transformation ni launched pada April 2019 lepas. Kalau tak silap belum siap lagi projek transformation ni. Kenapa ramai yang beratur dekat situ? Sebab ada port cantik nak ambil gambar dekat lorong Kwai Chai Hong. 


Lorong Kwai Chai Hong ni kalau dalam bahasa Hokkien, maknanya hantu budak kecil. Katanya dulu masa hujan rama budak-budak kecil suka lari dekat lorong ni. Hantu budak ataupun budak bernyawa tu tak pasti. Tapi Kwai kan maksudnya hantu so.... 


Hantu ataupun tak, spot ni memang Instagram-worthy! Nak ambik gambar memang susah la kalau tengah ramai sebab tempat dia kecil je tapi I dapat la sikit yeayyy

Use Photoshop Express filters for this kind of effect yaaa


Dah settle dekat situ bergambar pulak dekat Pandan Republic ni sebab gabungan warna terang ni cantik sangat bila guna filter. 




Dekat sini kalau nak ambil gambar, kena pandang belakang jugak sebab ada kenderaan yang keluar masuk walaupun tak banyak. Patutnya diorang tutup lah sebab ramai orang. Patutnya ada tempat yang penuh dengan mural tapi tak jumpa pulak masa pergi tu. 

Dekat situ yang bestnya boleh tengok mural cantik-cantik siap boleh dengar suara karikatur dekat situ lepas scan QR code dengan smartphone. Nice lah so next time lah singgah lagi. Jalan Panggung ni dibuka secara percuma dari jam 9 pagi sampai 6 petang setiap hari. 

2 comments

  1. Cantik sangat.. memang best berposing nie..

    ReplyDelete
  2. Cantiknya. Boleh imbau kenangan lalu. Saya pun suka tempat2 klasik macam ni.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.