Galeri Kuala Lumpur

Saturday, 28 December 2019


Berjalan di Kuala Lumpur kalau tak singgah ke Galeri Kuala Lumpur ni memang tak lengkap lah perjalanan tu sebab dekat sini penuh dengan sejarah dan maklumat tentang Kuala Lumpur dari awal tertubuhnya bandaraya ni, tarikan Kuala Lumpur di zaman sekarang dan apa yang dirancang di masa hadapan nanti. 


Galeri Kuala Lumpur ni asalnya Pusat Percetakan Kerajaan Lama yang ditubuhkan pada tahun 1899 berukuran 30,000 kaki persegi yang mana menggantikan bangunan kerajaan di Taiping, Perak untuk cetak buku rasmi kerajaan, log urusan rasmi, dan tiket keretapi. 

Image result for printing office kl 1899

Rekaan bangunan ni dibina mengikut senibina Renaissance bila ada unsur-unsur seperti batu-bata yang sengaja dibiarkan terdedah, rekaan tingkap semi-circular dan binaan ni dikukuhkan lagi dengan besi. 

Tahun 1961 Menteri Buruh ambil bangunan ni kemudian tahun 1977 bangunan ni ditukar menjadi Metropolitan Postal Security Office. 9 tahun kemudian DBKL beli bangunan ni sebanyak RM3 juta dan renovate untuk jadikan bangunan ni sebuah perpustakaan awam dan juga sebagai pusat penyelidikan. 

Tahun 2016 baru dijadikan Galeri Kuala Lumpur macam yang you guys tengok sekarang ni. 


Sebelum masuk dalam bergambar dulu dekat I Love KL ni sebab masa tu tak ramai orang, cuaca pun just nice je. 






Bahagian depan dah sarat dengan pelbagai info. Paling besar dekat sini ialah peta lokasi Kuala Lumpur lah. Masuk sini percuma je dan dibuka setiap hari dari jam 9 pagi sampai jam 6.30 petang. 

Ada banyak stage tau dekat dalam galeri ni. Untuk first stage -Memories Of Kuala Lumpur di tingkat bawah you guys boleh tengok sejarah penubuhan Kuala Lumpur dengan gambar-gambar lama dan juga ada video disediakan untuk yang lebih suka penerangan secara visual. 










Belah luar ada tandas untuk kegunaan pengunjung but what really catch my eyes ialah koleksi batik dekat luar. Cuma sayangnya dah banyak yang lusuh la but but but still pretty okay!






Naik ke tingkat atas, ada bahagian  untuk lihat bandaraya Kuala Lumpur dengan beberapa replika bangunan terkenal di Kuala Lumpur dan juga certain place untuk bergambar. 



Ni replika Little India yang penuh dengan tiang berwarna-warni di Bangsar, KL berhampiran Menara Bank Rakyat dan juga KL Sentral.



 Dekat replika bangunan Sultan Abdul Samad ni lighting cantik untuk bergambar  and since bahagian lantai ada karpet, you guys boleh duduk atau meniarap masa bergambar ikut kreativiti masing-masing. Ada tapak kaki sebagai tanda supaya bangunan ni nampak cantik dalam gambar. 


Kalau dekat luar ada I Love KL berwarna merah, dekat bahagian atas ni ada I Love KL berwarna hijau yang melambangkan projek hijau alam sekitar di bandaraya ni. 


Yang ni pula replika bandaraya Kuala Lumpur di masa akan datang bila Menara PNB, menara yang paling tinggi di Malaysia siap pada tahun hadapan. Tak sabar nak melawat nanti dan naik tingkat paling atas. (Padahal Menara KL pun belum sampai lagi)


Model mini pelari "Torch Runners" ni dicipta oleh Andrew Lee tapi tak tahu bersempena dengan apa tapi kalau you guys perasan dekat Kuala Lumpur memang banyak acara larian di hujung minggu. Makin lama makin ramai yang join setiap tahun. Dalam masa yang sama memeriahkan kempen #FitMalaysia dari kementerian.


Dekat tingkat atas ni ada bilik visual untuk para pengunjung tahu apa misi kerajaan untuk menaikkan Kuala Lumpur dari segi ekonomi, pusat pelancongan, prasarana, projek alam sekitar dan banyak lagi. Sambil layan video, sambil tengok replika bandar Kuala Lumpur dengan effect lampu di bahagian tepi. Video tu tak lama mana pun, around 5-10 minutes I guess.


Di sebelah tepi tangga ada bandaraya Kuala Lumpur dan juga dua tempat untuk bergambar.


Kalau manusia tak kreatif macam Iolls ni susah sikit la nak buat gaya walaupun ada contoh gaya terbaik bila bergambar dekat sayap KL ni. Staff dekat situ pun bagus kot tolong ajar macam mana nak ambil gambar bagi nampak cantik. 


Turun dari atas dan bergerak menuju ke bahagian lain, akan jumpa diorama model  kawasan Dataran Merdeka which some of them was made from glass tapi yang tak bestnya banyak lampu yang terbakar. 




Habis melawat semua bahagian, di penghujung nanti akan jumpa kedai cenderamata galeri ni. Ada pelbagai jenis cenderamata dijual di sini macam baju, scarf, potret, lukisan, fridge magnet, pinggan, keychain dan banyak lagi sampai ada yang mencecah ratusan ringgit so kena berhati-hati sikit lah terutama yang jenis clumsy tu. 













Dalam kedai cenderamata ni ada disediakan cafe untuk pengunjung berhenti rehat atau pekena kek di sini dengan harga rata-ratanya RM10 sepotong. Tak la mahal sangat sebab sepotong kek dekat bakery ataupun Secret Recipe pun RM7 ke atas. Durian Imperial Cake la mahal sikit dengan harga RM20 sebab dia guna durian Musang King.





So that's all for my short tour at Kuala Lumpur City Gallery. Kalau ada tarikan baru dekat galeri ni nanti, boleh la datang lagi. 

6 comments

  1. eh eh bukan ashe ashe ye galeri KL ni..tak sangak banyak pulak tempat bole ootd dalam tu...hahahah..nak pergi la next timeee

    ReplyDelete
  2. Galeri yang best.. Berbaloi ini kalau bawa anak-anak.. Banyak yang diorang boleh tengok dekat sini..

    ReplyDelete
  3. AJOQQ agen jud! poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    ReplyDelete
  4. I am come here first time, i find the perfect article. Thanks for posting interesting and informative post. The official Celebrity birthdays Android app features all of today's popular celebrities including actors, singers, and social media stars.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Wr Wb

    Adakah anda mempunyai masalah kewangan dan anda sedang mencari bantuan dengan pinjaman tulen, kami di sini untuk membantu anda dengan pinjaman untuk memudahkan perniagaan anda dan menyelesaikan semua hutang anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman, besar atau kecil, ini adalah peluang anda untuk kebebasan kewangan. tawarkan perkara berikut.

    √ Pinjaman Perniagaan Besar

    √ Pinjaman Perniagaan Kecil

    √ Pinjaman Rumah Baru

    √ Pinjaman kereta

    √ Pinjaman Ladang Besar atau kecil

    √ Pinjaman untuk projek jangka panjang atau jangka pendek

    √ Memulakan pinjaman perniagaan

    √ Koperasi Pinjaman

    √ Pinjaman untuk Projek sedia ada

    Mengapa anda perlu memilih kami.

    + Kami memberi pinjaman pada kadar faedah yang sangat rendah

    + Tidak peduli di mana negara anda berasal, kami akan meminjamkan anda.

    + Proses kami sangat mudah dan mudah. sangat orang boleh memahaminya.

    + Kami adalah syarikat yang sangat jujur dan boleh dipercayai.

    + Kami tidak memberikan maklumat peribadi anda kepada sesiapa sahaja,

    Maklumat anda selamat dengan kami.

    Matlamat utama kami adalah untuk memberi pinjaman seberapa banyak yang anda mahu dan bersedia untuk mendapatkan pinjaman, anda perlu mengatakan kepada diri anda cukup, anda tidak boleh terus membiarkan kekurangan wang menghadkan pertumbuhan perniagaan anda. hubungi kami dengan maklumat hubungan kami di bawah dan marilah kita bersatu dengan memberikan pinjaman yang akan membantu mengembangkan perniagaan anda. Anda tidak perlu bimbang, kami sangat boleh dipercayai dan bersedia memberi pinjaman kepada anda.

    Hubungi kami dengan:
    Syarikat: Firma Pinjaman Femi Otedola
    E-mel: femiotedolaloanfirm@gmail.com
    E-mel: femiotedolaloanfirm1@outlook.com
    WA: +1 (469) 464-5833 (Chat Only)
    WA: +1 (806) 395-2203 (Chat Only)

    atau lawati Laman Web kami dan gunakan Hubungi Kami dan kami akan membalas anda.

    Laman web: https://femiotedolaloanfirm.blogspot.com

    Hubungi kami hari ini dan mari membantu mengembangkan perniagaan anda.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.