Drama Review : When The Camellia Blooms

Sunday, 8 December 2019


Director : Cha Yeong-hoon
Writer : Lim Sang-choon
Cast :  Gong Hyo-jin, Kang Ha-neul, Kim Ji-seok, Ji Yi-su, Oh Jung-se, Yeom Hye-ran, Son Dam-bi, Kim Kang-hoon, Go Doo-shim, Lee Jung-eun, Jun Bae-soo
Genre : Romantic / Comedy‎ / ‎Thriller‎
Running Episodes : 40 episodes
Release Date : September 18 – November 21, 2019
Production Company : Pan Entertainment
Distributor : KBS, Netflix


Sebelum ni dah cakap taknak tengok drama atau movie lakonan Gong Hyo-jin sebab dia suka bawak watak lepu tapi drama ni terpaksa jugak tengok sebab jalan cerita best dan character dia walaupun lepu tapi improved lah. Lagipun watak Kang Ha-neul tu hyper so tak bosan la tengok. Lagipun drama ni under production company Pan Entertainment yang famous dengan drama Kill Me, Heal Me & Fight For My Way.

Mengisahkan tentang kehidupan malang Dong baek (Gong Hyo-jin) yang ditinggalkan oleh ibu dia di tepi jalan pada umur 7 tahun dan membesar di rumah anak yatim. Bila dah besar, dia bercinta dengan pemain baseball terkenal Kang Jong-ryul (Kim Ji-seok) tapi lepas 6 tahun Jong-ryul tetap taknak dedahkan hubungan diorang in public. 

baek ambil keputusan untuk tinggalkan Jong-ryul bila dapat tahu dia mengandung sebab Jong-ryul tak mampu nak commit. Dong-baek pindah ke Ongsan dan buka bar dengan nama Camellia untuk sara diri dan anak dia, Pil-Gu (Kim Kang-Hoon).

Dekat pekan tu walaupun ramai yang bergosip pasal Dong-baek disebabkan status diri dia, pegawai polis Hwang Yong-Sik (Kang Ha-Neul) simpan perasaan dekat Dong-baek. Sebab sayang dengan Dong-baek, Yong-sik berjaya selesaikan kes pembunuh bersiri yang dikenali dengan nama Joker. Joker dah lama aim Dong-baek disebabkan dia saksi pembunuhan 5 tahun lepas di Ongsan.


Tak cukup dengan jirang yang suka bergosip, Joker yang selalu cari peluang untuk bunuh Dong-baek, kekasih lama datang balik untuk ambil Pil-Gu, mak Dong-baek pun muncul balik untuk minta Dong-baek, Jo Jung-sook (Lee Jung-eun) derma buah pinggang supaya dapat hidup.


Drama ni tak terhad dengan kisah percintaan Dongbaek dan Yong-sik je tapi strong dengan kisah pembunuhan bersiri Joker, friendship, family, kesusahan parents untuk sara anak dan ambil dari sudut si anak jugak. Walaupun panjang drama ni tapi best nak layan sebab jalan cerita dia cantik je dikarang.


Even the actors excel in their acting. Watak utama ataupun pembantu memang menyerlah dalam screentime masing-masing. Chemistry Hyo-jin dengan Ha-Neul nampak cantik dalam drama ni walaupun percintaan antara lelaki muda dengan wanita lebih berusia. Sebab karakter Yong-sik dalam drama ni rasa nak cari lelaki supportive macam dia walaupun muda lagi. Duit mungkin boleh beli semua benda dekat dunia ni tapi kasih sayang pun sama pentingnya jugak untuk hidup bahagia.


Suka dengan watak Hyang-Mi (Son Dam-bi) sebab dekat awal drama nampak dia pulun cari duit lepastu transfer ke luar negara. At first ingatkan dia berhutang dengan ahlong ataupun something worst dia pernah involved dulu rupanya ada twist dekat hujung drama. Sebak lah tengok kisah sebenar Hyang-Mi ni sebab dia antara watak yang hidup sengsara disebabkan keluarga selain Dong-baek.

Image result for when the camellia blooms

Since pekan Ongsan ni dekat dengan laut, banyak la makanan yang boleh buat kita terliur nak pulak Dong-baek dengan jiran-jiran dia buka restoran. Visual dalam drama ni dah la cantik, bila ada scene makanan lagi lah craving dibuatnya. Since drama ni genre rom-com, visual effects dia comel lah. Pandai team editing touch up guna props dalam scene tu. Even the posters looks great!


Bukan setakat jalan cerita, pelakon dan visual je cantik, even the dialogues pun padu. Emosi bila scene mak Yong-sik, Kwak Deok-Sun (Ko Du-Shim) dengan mak Dong-baek keluar sebab masing-masing ada sebab kenapa diorang buat apa yang diorang buat. Bukan senang nak jaga anak bila jadi ibu tunggal ni. 

“Regardless of how hard life can be, just you still existing, still living one day at a time, is a small miracle within itself”

Don’t worry. She was born to be a hippo. And when the hippopotamus gets pissed, it’ll take over Ongsan. People are idiots for looking down on a hippopotamus. Hippos don’t even roar. They don’t even bite. All they need to do is ram into their enemy.

Drama ni antara drama Korea dengan rating tinggi untuk tahun 2019, recommended to watch! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.9 = 9.2 /10

8 comments

  1. Aien nak tengok cerita ni la. haa, k dah boleh download laa. hee~ Hyo Jin berlakon best laa. ^^

    ReplyDelete
  2. Baru je start tengok cerita nie , part yang pegawai tu mula datang ke bar . Dan ada sorang laki tua nie tiap hari datang ke bar , wife dye peguam tu . Haaa , sampai situ baru tengok . Starting agak slow dan boring , lepas baca review sis quite interesting bila dah masuk part climax.

    ReplyDelete
  3. Wah, macam best la review ni.
    Kak pip tak minat hyo jin sangat,
    Tapi kalau jalan cerita menarik,
    Worth watching kan.

    ReplyDelete
  4. Wah.. terus teruja nak tengok.. sebelum ini macam berbelah bagi je.. nak tengok ke tak.. TQ Farhana..

    ReplyDelete
  5. nak tengok!!! cam best je ni.

    ReplyDelete
  6. yes memang masterpiece. puas hati tengok. sama macam drama sky castle jugak. thumbs up ^_^

    ReplyDelete
  7. gong hyo ji ni bila berlakon mesti ada chemistry yg bagus dengan partner dia :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.