Pagalpanti Promotion Fashion File : Urvashi Rautela

Sunday, 24 November 2019

Tbh tak berapa suka dengan style bekas Miss Universe, Urvashi Rautela ni sebab mostly agak tacky and revealing. Even character dia dalam most movies pun banyak guna fizikal dari talent.

Anyway, jom tengok wardrobe dia untuk Pagalpanti promotion ni

1. Trailer Launch


Mencuri perhatian dengan blazer dan shirt neon hijau dari koleksi Narendra Kumar yang dipadankan bersama belt hitam untuk serlahkan body curve Urvashi. Makeup and hairstyle on point but a bit turn off dengan plump heels hitam sebab ada transparents strap di bahagian atas. Gaya Urvashi dilengkapkan dengan aksesori dari Arvino dan anting-anting dari Mirakin

2. Retro Vibe


Looking cute and pretty with lip printed mini dress but nfortunately tak jumpa dari designer mana. Tho it looks cute on Urvashi with high waist belt but a bit over the top with pink pump heels and a bit mismatch with neon nails. Loved her hairstyle!

3. Recreating Princess Jasmine


Bahang movie Aladdin belum hilang lagi so team Urvashi decide untuk guna tema Disney ni semasa promotion Pagalpanti dengan padanan top off-shoulder aqua dan skirt berwarna baby blue dari Pretty Little Thing. 


Tak tahu kenapa Urvashi tak pakai je heels neon Anny Nord macam dalam gambar studio and prefer heels berwarna oren sedangkan tak match dengan main outfit. Gaya rambut half ponytail dan fringe serlahkan bentuk muka Urvashi dan anting-anting berbentuk love dari Radhika Agrawal Studio dengan beberapa bracelet dari Fifi Jewels, Cartier dan Octavia Elizabeth Jewelry melengkapkan gaya Disney Urvashi. 

4. Hula Hula 


Like I said earlier yang gaya Urvashi agak tacky so this one antara contoh wardrobe dia yang rengsa dipandang. Masih mengekalkan gaya rambut yang sama, Urvashi padankan top pink dengan potongan di bahagian atas dada dari Pankh Clothing dan mini skirt dari KOOV Fashion. Gambar studio mungkin nampak cantik tapi bila keluar memang turn off habis.

Image result for urvashi pagalpanti prmotions"

Not a fan of transparent strap heels from FENDI and she really need to drop that neon nail colour. I love her hairstyle and flower earrings from Knick Knack Knock. Comel!

5. Casual Wear


Promotion events di Juhu agak santai so team Urvashi decide untuk go easy with her looks but quite a no no for me for bottom part. Padanan white top dengan leopard printed mini skirt nampak cantik cumanya skirt terlampau pendek dan ketat. 

Revealing too much isn't always the best option ya know. Since skirt tu dah agak sarat, agak turn off bila Urvashi pakai heels dengan strap heels pelbagai warna. 

6. Go Green


This outfit screaming help! Walaupun dress hijau dari Madison Peddar ni serlahkan bentuk badan Urvashi tapi terlampau ketat and looks unnecessary. Jimmy Choo pale pink strap heels pun tak mampu nak selamatkan gaya Urvashi kali ni. 

7. Being Chic


Gaya Urvashi agak santai dan simple dengan padanan top putih dan baby blue dungarees dari koleksi Nayantaraa. Melengkapkan gaya Urvashi dengan transparent strappy heels dari koleksi Shoes That Fits You.

Love her ponytail hairstyle yang dipadankan dengan anting-anting segi empat berwarna emas dari Aquamarine Jewelry dan hiasan aksesori dari Alexander Wang, Courreges dan Wandler.

8. Lady Boss


Sama dengan outfit sebelum ni, Urvashi pilih blazer merah hati yang beropol besar di bahagian lengan dari koleksi Nayantaraa. Yet again, another shady transparent strap heels from Shoes That Fits You. 

Urvashi tampil dengan hairstle berbeza dengan ponytail kemas dan juntaian rambut lurus. Suka earrings dia dari koleksi Minerali yang direka khas oleh Radhika Aggarwal dan makeup dia nampak cantik dengan outfit. 

9. The Kapil Sharma Show


Mini dress sequin berwarna biru dari Zara India nampak cantik untuk bentuk badan langsing Urvashi dengan solekan nipis dan gaya rambut half ponytail dan fringe. Since dress Urvashi dah sarat, love how she opted for simple diamond necklace and bracelet from Anmol Jewellers

10. Nach Baliye


Dress sequin hitam dari koleksi L'Mane ni agak confusing for me. Dengan belahan panjang di bahagian dada dan belahan tinggi di bahagian peha buat gaya Urvashi nampak tacky. Quite unnecessary lebihan kain di bahagian tangan. Should use that to cover that slit though. 


Makeup dengan gaya rambut looks on point dengan anting-anting dan cincin berlian dari koleksi Minerali. Dah masuk gaya ke-10 tapi Urvashi tetap dengan strap heels dan kali ni dia berjaya buang transparent heels dan pilih strap heels hitam dari koleksi Eridani. Her nails looks ugly with that colour uffff

11. Big Boss 13

Image result for urvashi pagalpanti big boss"

Walaupun Urvashi asyik ulang dress dari material yang sama tapi outfit kali ni nampak simple dan cantik terletak di badan Urvashi. Heels bertutup warna hitam nampak agak mismatch and prefer if she goes with gold or brown. Play safe with hairstyle ponytail and puffy bang yang sama macam sebelum ni. Thank God her nail colour dah berubah and goes along with the dress.  

I guess that's all for now and I would rate her fashion files as the worst. Seriously she need to change her stylist team. Bak kata Tapsee, Urvashi ada bentuk badan yang cantik tapi pilihan gaya buatkan dia nampak tenggelam. 

2 comments


  1. menang berapapun di bayar
    ayo segera bergabung bersama kami di bandar365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.