Movie Review : Dhuruvangal Pathinaaru

Sunday, 10 November 2019


Director : Karthick Naren
Writer : Karthick Naren
Cast : Rahman, Prakash Vijayaraghavan, Anjana Jayaprakash, Pradheep, Yashika Aannand, Santhosh Krishna, Praveen, Bala Hasan
Production Company : Knight Nostalgia Filmotainment
Distributor : Dream Factory, Venus Infotainment
Genre : Crime/Mystery/Thriller
Running Time : 105 minutes
Release Date : 29 December 2016
Trailer :


Dhuruvangal Pathinaaru dinamakan bersempena 16 watak yang terlibat dalam movie bertemakan pembunuhan psycho di daerah Chennai, India dalam masa 16 jam bila seorang lelaki ditembak mati di kepala dan mayat dibiarkan di tepi jalan dan seorang lagi dilanggar mati oleh 3 orang remaja lelaki.

Insp Deepak (Rahman) dapat satu aduan dari penjual surat khabar bila dia call police lepas nampak mayat lelaki di sebelah kereta putih di luar apartmen. Lepas soal siasat, Insp Deepak dan Konstabel Ranjan (Pradheep) pergi ke tempat kejadian untuk mulakan siasatan.


Dekat sana mereka berjumpa dengan polis baru, Gautam (Prakash Vijayaraghavan) yang banyak membantu Inspektor Deepak untuk siasatan kes. Disebabkan efisyen buat kerja Insp Deepak minta Gautam bekerja dengan dia untuk kes tersebut.


Gautam syak 3 lelaki – Fabian (Santhosh Krishna), Mano (Praveen) dan Prem (Bala Hasan) ada hubungkait dengan kes ni nak pula bila Insp Deepak soal siasat, diorang bertiga nampak tak keruan. Mayat yang diorang sembunyikan dalam boot kereta lepas dilanggar dah hilang tanpa sedar.


Lepas post-mortem, mangsa tembakan tu merupakan Krish – boyfriend Shruti (Yashika Aannand) yang dilaporkan hilang sejak semalam. Housemate Shruti, Vashnavi (Anjana Jayaprakash) datang ke Chennai jam 6 pagi untuk celebrate birthday Shruti tapi malangnya bilik Shruti penuh dengan darah Krish dan Shruti diculik. 

Makin complicated untuk Insp Deepak siasat kes ni disebabkan tiada bukti, klu ataupun saksi. Even Vashnavi hilang dari kawasan tu bila kantoi dia sebenarnya datang ke Chennai jam 11 malam. Macam mana Insp Deepak rungkai misteri kes ni, kena tengok sendiri lah movie ni.


Penceritaan movie ni agak slow sampai terpaksa ubah speed video kepada 1.6x tapi plot twist dekat hujung cerita memang berbaloi sebab tak dapat teka langsung siapa pembunuh sebenar. Cuma pembunuh dan Vashnavi je yang ada jawapan apa sebenarnya yang jadi pada malam kejadian tu.


Visual movie ni tak la berapa cantik sangat sebab movie dengan baket kecil tapi penceritaan dari perspektif Insp Deepak memang cantik tersusun sampai rasa tak tahu nak berpihak dekat Gautam ataupun Insp Deepak. Takdir memang ada cara dia tersendiri I guess. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

3 comments

  1. Wah, nampak macam best. Kalau tengok ramai-ramai lagi best ni :)

    ReplyDelete
  2. Cerita tamil terlampau banyak aksi, tengok sorg macam sendu je. Haha

    ReplyDelete
  3. Ala.. Saja je tau.. Lepas baca review dan tengok trailer tu rasa macam nak tonton je filem ini.. huhuhu..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.