Misi Mencari Belut

Sunday, 17 November 2019

Dah lama sebenarnya mencari belut dekat Sabak ni sebab dekat Subest dah habis stok. Dulu kalau lemau je mesti cari sup belut dekat kedai makan tapi sekarang ni asyik habis stok je. 

Dekat Sabak pun lebih kurang je, bila tanya pasal belut mesti banyak menggeleng je jawapannya. Semalam pergi pasar ada yang jual tapi sekilo RM30. 

Alang-alang dah menyinggah ke sungai Besar semalam, lajak sikit ke Sungai Haji Dorani sebab dekat sana ada jual belut RM20 sekilo.
 

Dah la murah, fresh pulak tu sebab jual hidup-hidup tapi part nak siang tu la pakcik tu taknak buat. Kena la siang sendiri. Nak makan punya pasal kan, hadap la walaupun geli. K tipu, my mom yang siang belut ni hshshs



Dekat pasar Sungai Haji Dorani ni best sebab ikan fresh baru naik dari laut. Murah tu boleh lah, ikut time jugak sebenarnya. 


Semalam pergi tak ramai sangat la sebab kalau ramai orang memang sesak sangat jalan ni. Nak masuk kereta pun susah.


Balik rumah terus siang belut tu sebab nak makan untuk dinner. Puas hati dapat makan belut sebab dah lama sangat cari.


Setengah buat goreng biasa je, setengah lagi buat masak paprik. Bab sedap tu tak payah cakap la sebab fresh kan. Tidur lena malam tadi sebab happy dapat makan belut. Lepas ni nak singgah beli lagi. Nak buat masak lemak cili padi pulak. 

9 comments

  1. Dulu masa kecik-kecik, pernah pegang belut. Licin je, geli pegang. Tapi time tu tak rasa geli pun, bila dah besar baru rasa geli. Sekarang tengok belut pun dah lari, pikir benda lain. Takut! Hahahah :p

    ReplyDelete
  2. alamakkk..udang n sotong tu fav gila..
    tapi sy tak makan belut hehe

    ReplyDelete
  3. bestnya, lembut je kan isi belut ni... pernah la makan dulu tapi sekarang ni memang takde lah nk beli...laki akak tak makan belut jadi memang tkala dia nk beli hehehe...
    bestnya tengok pasar haji dorani tu, segala macam seafood, rasa nak beli sume

    ReplyDelete
  4. Bestnya.. Lama tak makan belut.. Sini pun macam susah nak jumpa.. Akak suka goreng garing..

    ReplyDelete
  5. ala tekak xleh terima belut..
    xtau la ngape.. huhuuuu

    ReplyDelete
  6. sedap ke belut ni? belum pernah try lagi seumur hidup ni..huhu

    ReplyDelete
  7. Pana makan belut? My sister pun suka makan belut tapi tapi not me hahaha tekak tak boleh terima plus geli hurm

    ReplyDelete
  8. sedap nyer, fana.
    masak x reti, tapi aida reti makan.
    first time makan dulu kat KB. belut paprik.
    sedap nyer :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.