Little Mermaid Basketball, Star Avenue

Saturday, 30 November 2019

Last week singgah ke Star Avenue nak pickup parcel dekat Pos Laju hasil shopping 11.11 haritu but since pejabat pos buka jam 10 pada hari Sabtu biasa, kitorang jalan-jalan dulu sekejap dekat situ. 

Star Avenue dah tambah section Little Mermaid dekat Level 2. Ngam la tempat tu sebab kalau bosan tunggu kawan shopping dekat Mr. DIY, boleh la lepas geram main game dekat sini. 


Kitorang tak pernah main basketball game selama ni so saja la nak try power tak power kitorang shoot.


Nak main satu game kena bayar 2 token. Nasib baik token sini murah je. 1 token = RM2. Patutnya habiskan token dekat sini je daripada masuk fun fair Belanda tu. 


First round haruslah nervous nak pulak masa dia sekejap je dia bagi. Memang kelaut lah kitorang shoot. Asal boleh je bila shoot takde fikir skills ke apa. 


Sudahnya dapat 13 kali je masuk itupun bahagi 2 lah sebab main 2 orang haha

Sebab tak puas hati dengan score awal, kitorang topup lagi token lepastu main lagi sekali. Benda ni bahaya kot kalau tak ada self control pffttt


Second time shoot ni berseni la sikit tangan tu lepastu shoot laju gila sebab nak kejar masa walaupun banyak ke laut.


Habis 42 saat tu dapat la 37 point untuk kali kedua bersusah payah shoot. Tak tahu la siapa yang power sangat sampai boleh shoot 250 kali tu. Lepas ni kalau bosan dekat Star Avenue, dah tahu dah mana nak pergi hahaha thanks for existing

2 comments


  1. ayo tes keberuntungan kamu di agen365*com :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  2. Wah.. teror juga Farhana walaupun pertama kali..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.