Stranger From Hell ataupun Hell Is Other People diadaptasikan dari webtoon dengan tajuk yang sama dan drama ni merupakan series terbitan kedua OCN yang menggabungkan konsep film-series.
Drama psikologi thriller ni mengisahkan tentang Yoon Jong-woo (Im Si-wan), seorang penulis yang mencari duit simpanan dengan bekerja sebagai intern di company senior dia, Shin Jae-ho (Cha Rae-hyung). Nak jimat punya pasal, dia menyewa di Eden Studio yang agak jauh dari bandar. Keadaan bilik pun agak tenat.
Bilik kecil, berhabuk, bekas penghuni bunuh diri, dinding tak kalis bunyi, penghuni lain bising, banyak lah kelemahan tempat ni tapi Jong-woo ni stay sebab murah je. Dalam drama ni dia mungkin terdesak sangat tapi melampau sangat lah untuk stay. [I might sound privilege but ughhhh it just absurd to accept this kind of place to stay]
Nampak la kelemahan watak Jong-woo ni sebab dia tak buat research dulu sebelum datang bandar. Dah la geram dengan dia letak laptop dekat dalam luggage. Perishable goods macam tu kena pegang la. Dah satu hal dia kena bazirkan duit pergi repair. Kalau betul dia jenis miskin terdesak, dia jaga elok-elok kot barang dia.
Bila dia sampai dekat Eden Studio tu pun, dia tetap nak stay padahal banyak kelemahan. Episod awal dah tunjuk yang tempat tu creepy sebab tingkat atas terbakar so tak ada orang yang stay. Tapi selalu dengar bunyi kuat. Owner studio, Eom Bok-soon (Lee Jung-eun) tu dah pesan jangan naik sebab bahaya.
Episod awal you guys akan berteka-teki lah siapa yang selalu mengintip Jong-woo. Kehidupan Jong-woo dekat bandar memang sangat stress and you guys akan nampak lah kehidupan dekat Korea ni memang stressful. Rumah cuma tempat singgahan untuk tidur je. Bukan dekat Eden Studio je yang stress, dekat tempat kerja pun Jong-woo stress dengan ketua dia.
Drama ni jadi menyakitkan hati bila ada polis So Jung-hwa (Ahn Eun-jin) yang nak bantu Jong-woo tapi dia ignore lepastu dia meluah dekat teman wanita dia, Min Ji-eun (Kim Ji-eun) yang busy dengan kerja. Sudahnya semua yang Jong-woo mengadu kena label buang masa padahal dia ada proper channel yang beria nak bantu dia. Lepastu stress level dia makin naik.
Jalan cerita awal episod nampak cantik lah tapi bila dah tengah, dah mula merepek. Fortune teller tak mampu tilik nasib sendiri, polis Jung-hwa lupa terus pasal suami perempuan yang hilang tu dan beberapa scene lain yang terserlah cacat cela. Paling geram bila Ketua Detektif hilang tapi colleague dia buat tak endah je padahal dia hilang waktu bertugas.
Director nak buat watak Seo Moon-jo (Lee Dong-wook) nampak strong padahal watak authority yang sengaja dilemahkan sampai nampak merepek. Drama ni banyak watak tapi ada yang masuk cuma nak lengahkan cerita je tapi tak membantu plot nampak cantik pun. Hujung episod tiba-tiba je muncul penyewa tingkat bawah padahal dah lama geng psiko ni buat kerja bising gila. Merepek.
For those yang tengok drama ni sebab Lee Dong-wook memang berbaloi lah sebab lakonan dia sebagai psiko memang menjadi. Everytime dia pandang Jong-woo terasa meremang bulu roma sebab creepy habis. Selama ni tengok dia berlakon drama romance je, tak sangka dia mampu keluar dari bubble romeo dan deliver watak intense macam ni dengan cantik.
Visual dengan music score membantu drama ni jadi creepy. Intro music dia memang seram okay, ditambah dengan muka pelakon semuanya creepy. Great job from the team.
I don't recommend you guys to watch this drama sebab gore and disturbing and kalau tengah stress lagi lah tak digalakkan sebab you guys akan stress dengan tindakan Jong-woo dan keadaan Eden Studio tu sendiri.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 7.6/10
Tengok smapai second episod je.. sampai sekarang stuck tak move on lagi.. Lepas baca review Farhana nie, tak tahulah mampu nak sambung tengok ke tak.. hahaha..
Attractive, post. I just stumbled upon your weblog and wanted to say that I have liked browsing your blog posts. After all, I will surely subscribe to your feed, and I hope you will write again soon! jalshamoviez
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
hahaha memang tensen gila dengan ending dia. nasib baik boleh move on :P
ReplyDeletealamak baru nak tengok, tapi bertambah stress pulak jadinya :(
ReplyDeletethanks sharing
ReplyDeletetengok juga first episode tapi nampak macam bosan je, malas nak tengok..hehe
ReplyDeleteTengok smapai second episod je.. sampai sekarang stuck tak move on lagi.. Lepas baca review Farhana nie, tak tahulah mampu nak sambung tengok ke tak.. hahaha..
ReplyDeleteAttractive, post. I just stumbled upon your weblog and wanted to say that I have liked browsing your blog posts. After all, I will surely subscribe to your feed, and I hope you will write again soon! jalshamoviez
ReplyDeleteAger Aap Ek Behtrin Video Banane Wala Apps ki talsh Kar Rhe Hai Tho Ye Post Read Kar Shkte Hai Saath Mai Tiktok Se Paise Kaise Kamaye Or Ager Paise Kamane Wala Apps ki talash Kar Rhe Hai Tho Ye Best Hai
ReplyDelete