Disebabkan tak pernah lagi sambut Hari Kemerdekaan dekat Putrajaya, tahun ni decide untuk pergi sebab nak join kemeriahan dengan YDPA baru dan kerajaan baru.
Dekat Nasional FM dah dengar penganjur pesan supaya datang awal around 7am sebab ramai yang akan join so lepas solat Subuh kitorang dah gerak since Subang-Putrajaya agak jauh dalam sejam lebih perjalanan.
Arrived at Putrajaya memang tepat jam 7 as expected lah tapi masa tu pun dah sesak. Since buat dekat Dataran Putrajaya Precint 2, nak park kereta tak ada masalah pun sebab pihak penganjur dah sediakan kawasan yang agak luas lah. Polis trafik pun sangat membantu pagi tu so everything involving traffic went well.
Dah settle park kereta, berjalan ke dataran nak cari spot cantik nak layan perarakan nanti. Baca dekat news penganjur sediakan 10,000 seats untuk pengunjung tapi hampa bila seats tu dekat hujung dan tak banyak macam diorang kata pun.
Lagi syahdu bila ada satu je skrin untuk pengunjung tengok apa yang jadi dekat pentas. Mana muat nak bersesak dengan orang ramai. Ingat menteri je ke nak tengok performance? Rakyat nak tengok apa?
Tak tahu la yang datang sampai dapat tempat depan sekali ni datang pukul berapa sebab muka memasing pun dah lemau menunggu. Nampak lengang masa ni sementara menunggu ketibaan semua menteri. I spot DSWA that morning.
Pagi tu dah ramai yang start berniaga dengan makanan dan minuman so tak susah pun nak cari benda nak makan. Antara penat nak tunggu dengan tak je. Ramai juga yang jual sticker muka, bendera, topi, mafla, t-shirt, vevezuela, bubbles and so on. Coway tak pernahnya tak ada.
Penat jugak lah berjalan ke depan, ke belakang, panjat sana sini, menyelit sehabis boleh untuk tengok bahagian pentas sebab dekat situ ada banyak juga persembahan cantik dari budak-budak sekolah. Ada yang sampai panjat kerusi, meja, tembok dengan pondok dekat situ untuk tengok. But if anything bad happens, that's okay I guess since they have prepared with medical tent and team to help. Pffttt
Ni view dekat bahagian pentas untuk manusia kenamaan. Seat tinggi dekat sini cuma untuk yang buat persembahan sahaja. Mungkin penganjur masukkan sekali jumlah seat 10,000 tu dengan yang ini. Masa tu ingat nak stay dekat area sini dengan harapan dapat tengok tapi langsung tak nampak apa.
Lama jugak melangut tak tahu nak buat apa sebab tak nampak apa langsung dekat bahagian pentas. Belek Twitter penuh la tweet Permaisuri enjoy tengok performance. Lagi rasa bitter sebab kitorang berpanas dekat bawah tak nampak apa langsung.
Bila dah start perarakan baru rasa happy sikit itupun struggle cari spot sebab pendek kan, mana la nak nampak sangat. Mulut kena rajin jerit la pakcik yang datang letak anak kat kepala supaya jangan halang.
Perarakan start dengan kontinjen bendera Malaysia lepastu badan-badan unit beruniform kemudian badan-badan swasta. Suka tengok bila kontinjen tu ada yang baling tombak. Beria bersorak bila dia baling tombak tu tinggi ke atas.
Dah habis perarakan berkawad, sambung dengan perarakan kereta berhias. Tahun ni special sebab SPRM join sekali dan jadi perasmi untuk kereta berhias. Sesuai dengan tema 'Malaysia Bersih' dengan misi hapuskan rasuah especially penjarakan Najib sekeluarga hshshshs
Bijak jugak lah kontinjen SPRM sebab letak pegawai handsome atas kereta. Lepas habis SPRM, disambung dengan skuad BOMBA. Masa ni ramai yang bersorak sebab ramai sangat abam sado tunjuk muscle dekat atas kereta. I'm not a fan of Syafiq Farhain so jangan tanya dia ada ke tak.
Masa turn perarakan TUDM, ada persembahan jet dekat ruang udara. Ni je la yang sempat snap sebab laju. Best sangat masa ni sebab formation dia cantik. Dulu masa kerja dekat TUDM Subang hari-hari dengar diorang practice tapi nampaknya tidak padahal dekat je haha nak kena datang yang jauh baru nampak.
Sakit leher juling mata jugak nak tengok yang mana satu sebab perarakan kereta berhias berjalan serentak dengan persembahan udara ni. Nasib la perarakan kereta berhias ni berjalan lambat so boleh take turn haha
Lepas tengok movie PASKAL awal tahun ni rasa semangat benor nampak skuad PASKAL dekat Dataran Putrajaya. They've sacrificed so much to our country.
Masa perarakan kontinjen ATM, ada satu kereta kebal ni buat hal tapi tak tau lah kereta kebal meragam ataupun gimik je tapi cuak jugak lah sebab penembak dia tu menghala ke arah kitorang. Tak dapat nak ambik gambar sebab penuh dengan asap. Habis je kontinjen ATM, habis lah event ni.
Bila dah habis tu diorang buka barricade untuk masuk ke bahagian tengah. Masa ni dapat la bergambar dengan mana-mana maskot yang join perarakan tadi. Ada yang bergambar dengan belon gergasi Ejen Ali, Yaya Boboiboy, Didi dan yang lain.
Tak ingat habis pukul berapa tapi awal jugak lah dalam jam 11 macam tu so tak la panas terik sangat. Cuaca just nice la haritu cuma kecewa dengan tempat duduk dan skrin tu la. Nak datang awal untuk rebut tempat memang tak mampu la wei. Bukannya dekat Putrajaya ni. Dalam setahun ada la sekali dua je pergi sebab jauh. Tol dekat Puchong pun boleh tahan jugak.
Hopefully tahun akan datang penganjur prioritize lah keselesaan pengunjung. Tak tahu lah tahun nak datang lagi ke tak. Tengok lah mood masa tu macam mana.