Warung Bakso Mengancam, Subang Bestari

Saturday, 5 October 2019

Hujung bulan lepas ada FB user yang post tentang kedai makanan dekat area Subang 2 jual bakso, mee celup dengan nasi ayam penyet. 


Since tengah craving bakso, memang petang tu jugak pergi kedai tu sebab dekat je dengan rumah. Tak sempat pulak nak fikir yang bila dah viral dalam page Community subang Bestari tu mestilah akan ramai macam kes dekat Kampung Jawa dulu. 



Alhamdulillah tak ramai orang sebab kedai tu buka dari 11 pagi dan disebabkan post FB tu, pukul 10 dah ada yang terpacak depan kedai sebab nak rasa bakso dia. 

Dekat sini ada banyak jenis bakso tau. Ada bakso biasa, bakso special, bakso mercun dengan bakso beranak. Mi dia ada satu jenis je, guna suhoon warna biru. 

Kitorang order bakso biasa je sebab nak try lagipun menu tu je ada dengan bakso mercun sebab banyak dah habis gara-gara viral. 


Lagi satu bakso dia ada tauhu which is sedap! Sambal dia jangan gedik letak banyak kalau tak tahan pedas. Satu sudu pun dah cukup lepastu taruk kicap ABC dari Indonesia fuhhhh masyuk! 

Second time datang kitorang cuba bakso beranak pulak. 


Kenapa bakso beranak sebab dalam dia ada isi. Patutnya letak nama bakso mengandung. Dalam bebola bakso besar ni ada tauhu, ada telur dengan bebola bakso yang kecik. 


Bakso ni besar tau, tak mampu nak habiskan pun sebab kenyang dah. Berbaloi lah RM10 untuk bakso beranak ni. Sup dia dah la sedap, tambah pulak bumbu dari Indonesia memang terbaik lah! 


Set nasi ayam penyet dia macam biasa je tapi suka dengan sambal dia sebab tak banyak tomato dan tak pedas pijar, just nice je dia buat. Ayam dia best sebab jenis garih rapuh dekat luar tapi juicy dekat dalam. Just my taste! 

Lepas ni memang datang lagi lah sebab semua sedap lagipun tak cuba lagi mee celup dia. Maggi bakso pun nampak macam sedap. 


Warung dia kecik je so kalau datang peak hour macam lunch tu kena tanggung sendiri lah kalau tak cukup tempat. Ada je tempat lagi dekat bawah pokok tapi kalau tak hujan boleh la lepak situ makan sambil kena angin. Bab parking tu takde masalah sebab tempat ni luas. Kawasan ni memang kawasan mati. 


Service dekat warung ni memang bagus lah sebab owner memang ramah walaupun penat dari pagi melayan customer tapi service tip-top. Masa awal datang dulu dia siap tanya ada apa-apa perlu dia improve tak. For me, nothing pun sebab dah memang sedap. Enjoy gila makan. 

4 comments

  1. Tetiba teringat bakso di pulau indah

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaaa. dah la fav! Lama tak makan bakso dgn ayam penyet. Nak nangis hahaha

    ReplyDelete
  3. Lamanya tak pekena bakso. Rasanya last makan masa mengandung dulu haha. Aduiii ni yang teringin ni.

    ReplyDelete
  4. Lawa pula dia pakai mee warna biru tu..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.