Lirik Lagu Kejam - Siti Nordiana

Monday, 21 October 2019

OST filem seram berjudul Pusaka dinyanyikan oleh Nana dengan genre balada hasil gubahan dan lirik dikarang oleh Datuk Wah Idris.


Nothing much to say for this song though the lyrics berbentuk penceritaan, sesuai dengan movie yang bertemakan sihir dan dendam. Nana kata dia nyanyi dengan perasaan balas dendam tapi lagu ni kurang emosi dan penghayatan thus feel flat. 

Yang tak dengar lagi boleh klik dekat sini



LIRIK LAGU KEJAM
Artis : Siti Nordiana
Komposer : Datuk Wah
Lirik : Joe Zainol dan Datuk Wah
Studio : Rocketfuel Network

Tak kusangka
Kau musnahkan hidupku ini begitu saja

Hanya kerana
Kau dibutakan dengan kemewahan 
Di dunia fana

Oh kejamnya
Kerakusanmu itu mengatasi segala
Bergelumang dengan dosa
Tak kau hiraukan pembalasan pedih Maha Esa

Dendam yang tersemat 
Di jiwa
Takkan hilang selagiku bernyawa

Sanggup kau lukai diriku 
Tanpa rasa bersalah di sudut hatimu
Kini janganlah kau merayu 
Terimalah balasan perbuatanmu dulu

Inilah padahnya 
Tamak halobamu hanya memakan dirimu saja
Dendam di hatimu 
Hingga kau anggap aku ini racun dalam hidupmu

Oh...

Sanggup kau lukai diriku 
Tanpa rasa bersalah di sudut hatimu
Kini janganlah kau merayu
Terimalah balasan perbuatanmu dulu

Akhirnya kuhanya mampu berserah 
Kebenaran penyelamat semua

5 comments

  1. Belum mampu lawan aura lagu cerita 'Dukun' yang Umi Aida nyanyi. Tajuk Merana Jiwa, tu laagi seram

    ReplyDelete
  2. Rasanya belum dengar lagi lagu ni.

    ReplyDelete
  3. hurmmm..apsal macam xde efek apa pun kat telinga ammi lagu ni. mcm x sampai je

    ReplyDelete
  4. Tak macam lagu dendam.. huhuhu
    First time dengar lagu nie..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.