Pelakon : Aeril Zafrel,
Lisa Surihani, Tony Eusoff, Sangeeta Krishnasamy, Bernie Chan, Fezrol Khan, Amar Asyraf, Nadia
Aqilah, Rusdi Ramli, Richard Gardner, Laswadi, Sukania Venugopal, Jasmine Suraya Chin, Aisya Hasnaa
Genre : Misteri/Thriller/Aksi
Jumlah Episod : 10 Episod
Tarikh Tayangan : 22
Oktober 2018
Tempoh Siaran: Isnin & Selasa, 10:00 malam
Syarikat Produksi : Playground
Productions Sdn Bhd
Penerbit : Konda
Kondi Studios
Penyiaran : NTV7
Trailer :
Drama Jibril yang diadaptasikan
dari Mock Trial UiTM ditayangkan di NTV7 dan juga Viu tahun 2017. Dah lama nak
tengok tapi asyik tangguh sebab tak jumpa English subtitles. Bukan sebab tak
faham tapi dialogue delivery Aeril tak bagus so bila watak utama fail to
deliver, nak layan pun tak best lah sebab dia yang banyak analisa kes dalam
drama Jibril ni.
Jibril Azym (Aeril Zafrel) merupakan
peguam genius yang mampu selesaikan kes-kes besar dengan cara yang tersendiri
sampai Captain John (Tony Eusoff) minta bantuan Jibril untuk kes pembunuhan
Dato’ Nasir Fatah (Rusdi Ramli) yang ditembak di pejabatnya sendiri.
Uniknya kes pembunuhan ni bila
sniper Yasin (Laswadi) mampu buat peluru lencongan lepas menonton kartun. Episod kedua
director dah reveal yang pembunuhan Dato’ Nasir yang mencipta AI hebat dengan
nama SAFA rupanya dibunuh oleh organisasi rahsia, ZERKALA.
Zerkala ni diketuai oleh Hamdra
di mana hanya dia sahaja yang tahu semua ejen Zerkala tapi ejen yang lain hanya
berhubung melalui telefon dan tak kenal satu sama lain. Jamal Bana yang
dahulunya merupakan ejen Zerkala di Mesir bertemu dengan Dr. Scott (Richard Gardner) dan keluar
dari Zerkala yang lebih tepat dikenali sebagai terrorist.
Morshidi (Fezrol Khan) merupakan
peguam yang panas baran dan tak suka dengan Jamal sebab dia benci dengan
ekstremis. Morshidi pernah jadi peguam pendakwaraya untuk kes Zulfikar (Amar
Asyraf) yang terlibat dengan Zerkala tapi disebabkan maklumat Zerkala tak
sempat didedahkan kepada Morsyidi, dia anggap Zerkala cuma kisah dongeng.
Tapi tidak bagi kekasih dia,
Jackie (Sangeeta Krishnasamy) yang bekerja sebagai pembantu sementara Jibril
sebagai syarat untuk Jibril bersetuju jadi consultant di KGL lawfirm. Lepas
beberapa kebetulan dan source yang dia terima dari Puan Aisya, isteri Jamal,
dia yakin Zerkala wujud dan bantu Aunty Kim (Bernie Chan) & Captain John serta team PASTEK
yang lain untuk settlekan kes pembunuhan Dato’ Nasir Fatah dan Jamal Bana.
Lagi parah bila Morsyidi dituduh
membunuh Jamal Bana dalam book launch Dr. Scott lepas Cik Mona (Lisa Surihani),
event organiser tinggalkan mereka berdua di balkoni untuk berbincang secara
rahsia. Jackie yakin Morsyidi tak bersalah sebab dia nampak Morsyidi cuba bantu
Jamal dengan buat CPR. Jibril pula setuju untuk bantu Jackie selamatkan
Morsyidi dan dalam masa mencari siapa musuh yang buat serangan tanpa henti
terhadap dia.
Kes pembunuhan Dato’ Nasir dengan
Jamal Bana memang menarik lah, jalan cerita pun nampak menarik dan buat kita
curious nak tahu siapa yang membunuh sebab ada scene semua ejen Zerkala tak
mengaku upah sniper untuk bunuh Dato’ Nasir. Sampai ke sudah tak tahu apa plan
dan agenda Zerkala, nampak lost dan tak jelas. Mungkin ujian untuk tengok
kelayakan ejen dan tahu siapa ketua Zerkala sahaja sebab bila tengok twist di
hujung drama macam bagi jawapan kepada kemusykilan ni.
Director Megat berjaya simpan
rahsia ketua Zerkala, Hamdra ni sampai ke episod akhir cuma terlampau drag
ataupun terpesong jalan cerita untuk episod 7 hingga 10. Really frustrating and
disappointed with PASTEK. High intel unit tapi tak banyak pun kecanggihan
teknologi yang ditunjukkan. Even incoming call pun receptionist kena tanya
siapa yang call.
Dah episod 7 pun watak Morsyidi,
Puan Aisha (Aisya Hasnaa), Jackie, Jibril dan team PASTEK masih anggap Zerkala kisah dongeng
padahal pembunuhan Dato’ Nasir dan Jamal agak unik. I give credit to that. Cara
diorang ambil lewa macam Zerkala ni unit cap ayam zaman sekolah je sedangkan Rita (Jasmine Suraya Chin) kawan baik Jackie pun terlibat sama. Boleh kata ejen Zerkala ni dalam circle semua watak ni je tapi episod hujung boleh ada soalan siapa musuh Jibril. Duhhh?
Macam mana Morsyidi boleh anggap
Zerkala kisah dongeng sedangkan Zulfikar ejen Zerkala? Tak buat research ke
sebelum nak jatuhkan hukuman paling berat kepada Zulfikar? Sepatutnya watak dia
yang jadi kunci untuk Zerkala sebab dia watak pertama yang didedahkan dengan
Zerkala dan menyampah dengan Jamal yang pernah jadi ejen Zerkala di Mesir.
Lagi sakit hati bila mayat Yasin
hilang di rumah mayat tapi PASTEK dapat info lepas entah berapa hari padahal
Yasin tu terlibat dalam pembunuhan kes profil tinggi. Even kematian dia masih
misteri untuk PASTEK dan kunci kepada Zerkala yet PASTEK boleh buat lewa je.
Again, I really disappointed with PASTEK since I already watched numerous
Bollywood movie on terrorism so I feel this drama is the most ridiculous story ever
made. Sayang lah sebab negara kita hebat dalam mengatasi kes terrorism. Kalau
director tak masukkan hal terrorism, mungkin drama ni nampak cantik sikit.
Like I said earlier dialogue
delivery Aeril failed sebab dia terlampau nak tunjukkan sisi kerek dia. I didn’t
watch much his drama so I tak tahu dia try hard ataupun style dia memang macam
tu. Most of the time memang kena replay banyak kali nak fahamkan apa dia cakap.
Drama ni banyak guna English tapi okay lah sebab watak Aunty, Jackie dan
Captain John tak ada accent so senang nak faham conversation diorang. Audio dia
agak annoying lah bila ada gangguan untuk dengar apa yang diorang sembang macam
contoh scene Cik Mona dan Jibril sembang dekat pondok dalam hujan tu.
Though I kecewa dengan watak
Morsyidi, I suka dengan lakonan Fezrol sebab dia je yang nampak hidup dalam
drama ni. Same goes to Nadia Aqilah sebagai peguam pendakwaraya yang sarkastik.
Lisa pun nampak convincing sebagai Cik Mona especially when she use her body
language and facial expression. Scene Nenek (Sukania Venugopal) pun menarik for me since dia banyak membantu Jibril untuk keluar dari perangkap minda. Yang lain okay jugak tapi disebabkan skrip
quite bad, watak masing-masing pun nampak lemah.
Visual effects drama ni agak
hebat cuma untuk some episodes kena cepatkan speed sampai 1.6x sebab slow pace.
Walaupun banyak kelemahan tapi idea Megat dan team Jibril quite nice lah even
plot twist nampak cantik. Kalau ada yang kedua mungkin tengok lah kot sebab ada
plot dan watak yang keep me hooked and curious. Nak tahu siapa dan part mana?
Kena tengok lahhhh hshshs
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4.
Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5,
9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 5.9/10
Mungkin saya baru berminat dalam cerita nu... Saya x puas hati dngn ending yg gantung ...hmm... Xde penjelasan knpa yassin blh hidup balik.. Dan adakah Jibril Zerkala / Hamra.. Bnyk persoalan belum terjawap dalam cerita ni..
I also agree part Aeril punya dialogue delivery tu. Not only him. Sometimes pelakon lain pon mcm tu jgk. Tp mmg kalau sy tgk drama melayu itu lah.masalah nya. Selalu kurg jelas sebutan mereka or dorg ni suka ckp ttup mulut. So sebutan x jelas
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
First time tengok trailer dia dulu memang hooked gila tapi sampai sekarang belum sempat nak tengok. haha.
ReplyDeleteTengok dah hari tu.. Tapi sampai episod penulis kena bunuh je.. Lepas tu macam stuck.. hahaha.. nantilah try tengok balik..
ReplyDeleteplot twist dia memang cantik tapi nak tunggu sampai situ memang rasa nak tertidur je tengok drama ni sebab slow sangat..haha
ReplyDeleteperh layan mcam baca novel ...bila nk tunggu season 2
ReplyDeleteMungkin saya baru berminat dalam cerita nu... Saya x puas hati dngn ending yg gantung ...hmm... Xde penjelasan knpa yassin blh hidup balik.. Dan adakah Jibril Zerkala / Hamra.. Bnyk persoalan belum terjawap dalam cerita ni..
ReplyDeletedah habis tengok dan ulang lagi sampai habis lagi :)
ReplyDeleteyang paling penting, "inomine zerkala"
I also agree part Aeril punya dialogue delivery tu. Not only him. Sometimes pelakon lain pon mcm tu jgk. Tp mmg kalau sy tgk drama melayu itu lah.masalah nya. Selalu kurg jelas sebutan mereka or dorg ni suka ckp ttup mulut. So sebutan x jelas
ReplyDelete