Penulis : Aiman Hazziq
Penerbit : Buku FIXI
Helaian : 268 mukasurat/ 40 bab
Genre : Misteri
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama –
Disember 2016
Cetakan Kedua – Januari 2017
Harga : RM 20
Sinopsis :
Review
Cerita yang menarik di antara
watak Hanafis dan Mikail walaupun tak pernah berjumpa tapi penulis bercerita
tentang pergelutan dan kekecewaan dua watak sampai masing-masing buat keputusan
untuk ubah hidup dengan cara yang agak kreatif? Idk how to describe exactly.
Dalam cerita ni, penulis
bermain dengan 3 kisah sebenarnya – Masa silam Hanafis, masa sekarang Hanafis
dan masa sekarang Mikail. Agak berat jugak lah kalau tak fokus sebab ada
certain bab di pertengahan cerita digabungkan dua latar masa yang berbeza.
Bila dah habis baca rasa macam
lost sekejap sebab nak cuba ingat balik certain part dan fikir dengan logik akal
tapi tak dapat sebab tak ada logik di situ. Lepastu rasa tak adil gila hidup ni
untuk watak Mikail. Sangat tak adil. Nasib cerita ni fiksyen je, kalau tak dah
frust dah dengan hidup haa gittew. I je kot yang emosi lebih pfft
Novel ni agak menarik lah untuk
dibaca sebab awal cerita banyak tergelak dengan gelagat Hanafis bila dia
berjaya lari dari balai polis walaupun ada certain part macam tak perlu je
untuk angkat diri sendiri dan menyampah dengan perbuatan jahat dia.
Paling suka watak Mikail sebab
dia watak yang baik, penyayang dan setia orangnya. Tak pernah ambil kesempatan
walaupun berharta dan rupawan. Happy bila baca part dia dengan Sally sebab
comel sangat. Since novel ni under publisher FIXI, tak wujudlah istilah
kehidupan comel macam novel under publisher Karangkraf atau Kaki Novel.
But again, hilang logiknya di sini
bila Sally yang awalnya boleh cari Mikail walaupun jauh berbatu hanya dengan
bau Mikail tapi tak mampu cari bila Mikail dah ubah kehidupan secara kreatif
sebab bau Mikail tak mungkin hilang dalam sehari.
Antara faktor novel ni habis dibaca sebab penulis guna penggunaan bahasa yang biasa. Tak ada berbunga sangat ataupun quote acah deep. Curious nak tahu bila Hanafis dengan Mikail akan berjumpa pun satu hal jugak. Pandai penulis simpan sampai habis cerita walaupun watak Zalea tu dah boleh teka dia sebenarnya siapa dan apa nawaitu dia dari awal kemunculan lagi. Tapi itulah lelaki ni pantang jumpa perempuan cantik, mesti jadi bodoh.
I seriously have my fun time
reading this novel tapi tu lah, plot twist dia buat keseluruhan cerita nampak
tak masuk akal langsung walaupun cerita ni fiksyen. Tak tahu lah nak recommend
ke tak hshshs kbai
1. Author +1, 2.Plot +0.4, 3.Genre +0.6, 4.Editing +0.4, 5.
Personal Thought +0.6= 3/5
Haha fiksyen biasa dah tak masuk akal. Yang penting enjoy baca kan
ReplyDeletenak tahu juga macam mana plot twist dia tu sampai tak masuk akal..hehe
ReplyDeleteKalau tak baca bebtul, memang pening kepala tapi nicelah jalan cerita dia..
ReplyDelete