Dah bangun tidur dari September ke belum tu? Dah masuk bulan Tragedi Oktober ni kena hati-hati banyak sebab bulan ni hari pertama pun dah banyak drama.
Busy sangat dengan kerja sampai tak sempat nak update report card tapi biarkan ada entri lain masuk dulu sebab takut nanti makin bertambah pulak pending post.
So for September ada yang capai target, ada yang tak but I did my best for this so let's see...
1. Post
Unlike
August, graf September tak berapa cantik lah. Dari mendatar, mencanak lepastu merudum untuk sambut bulan Oktober. Kalau bulan Ogos boleh dapat 1k setiap hari, bulan September tak tentu. Yang mencanak tu pun sebab Israel datang terjah.
So aim untuk cecah 602k tu harapan je lah sebab tak mampu lagi keluar dari kepompong 500k.
Hopefully bulan Oktober mampu cecah 610k. Harapn je lah cuti bulan September nak blogwalking lebih sikit padahal walking dekat luar lagi laju. Tiap kali cuti ada je agenda sampai kena susun schedule macam mana nak spend time untuk blog hshshs
2. Post
Tak banyak beza dengan Ogos, entri yang sama je ada dalam Popular Post Monthly dan Weekly cuma Daily je berubah depends on post yang ditempek dekat FB ataupun socmed lain.
Bosan pulak guna Popular Post Weekly ni macam nak tukar kepada Daily pulak dekat sidebar tu tapi mana wujud daily punya haihhhh. Quite happy jugak sebab entri pasal
Super 30 Anand Kumar naik sekejap sebab movie Super 30 dah keluar dekat netflix.
All Time Popular Post tak ada new entry cuma berubah position je. Bila entah yang betul-betul deserves masuk dalam list akan masuk. Geram pulak tengok ada entri tak boleh masuk.
3. Keywords
Keyword bulan ni meriah sikit sebab nampak variasi daripada bulan Ogos walaupun benda yang sama kebanyakannya pasal tampal gigi. Pasal amazon tu entah relate dengan apa.
Daily keywords agak bahagia lah sebab ada yang cari pasal movie
Raincoat which movie Hindustan. Not sure sebab keluar dekat TV atau reference lain but thanks!
Haritu rasa macam tak yakin je nak buat entri pasal magnum espresso dark choc tu tapi tak sangka muncul jugak dekat keywords. So guys, kalau makan benda baru share je dekat blog. Ni pun up entri sebab Kak Sha suka up apa produk makanan baru dia try. Since ternampak several post masuk dekat Popular Post dia, and Kak Awa pun cakap blog ni isi kepada Google, I said why not I try up entri macam tu jugak so thanks Kak Sha & Kak Awa!
4. Audience
Bulan September ada pengunung baru dari Sweeden. Entah apa yang membawa audience dari sana dan Brunei masih lagi hilang dari radar.
5. Bilangan Entri
Berhempas pulas jugak lah capai target 60 entri sebab nak beat jumlah entri tahun lepas. Alhamdulillah capai walaupun entah apa benda dikorek untuk clearkan storage hp dan juga tambah entri.
Entri yang sekarang ni mungkin tak naik sekarang tapi akan datang nanti muncul la tu pembaca dia. Tinggal lagi 134 entri je lagi untuk beat performance tahun lepas. Nampak macam sikit tapi kalau datang penyakit malas, mula la nampak menggunung.
Hopefully cecah target before 2020, movie review pun dah banyak dah buat gara-gara nak cecah target entri. Untuk Oktober nothing much lah just maintain update movie review walaupun takde yang baca hahaha kbai.
tahniah boleh buat 60 entri sebulan
ReplyDeleteTahniah
ReplyDeleteSemoga terus sukses dan maju jaya dalam bidang blogger ini
ReplyDeleteTahniah tahniah. Jelesnya tgok pv org beribu riban huhu. Blogwalking weekend sini :D
ReplyDeleteYeah!! Tahniah Farhana.. Semoga Oktober akan lebih ohsem untuk Farhana..
ReplyDelete🙈 Your welcome..