Teh Tarik Place

Tuesday, 10 September 2019


Jarang makan dekat Teh Tarik Place ni bila keluar walaupun dah banyak kali jumpa sebab nampak macam biasa je. Sudahnya masa clueless nak makan apa, try jugak dekat sini. Dalam entri ni gabung dua tempat terus - CITTA Mall dengan eCurve. 

First time try masa dekat CITTA Mall, ada promo menu baru - Green Curry Fried Rice. Nama dia macam agak pelik sebab tak pernah lagi makan kari hijau Thai walaupun dah banyak kali nampak ramai yang post menu ni. 


Taste quite nyummy for me sebab kuah kari dia pekat. Hopefully diorang buat menu ni permanent sebab sedap. Masa pergi eCurve tadi nak order lagi menu ni tapi tak ada. 


Nampak macam kuey tiaw goreng simple je kan but wait until you taste it. Memang sedap, udang pun fresh and juicy. Kawan bagitau dia suka makan kuey tiaw goreng dekat TTP Setapak Central sebab sedap. 


Since dekat eCurve tak ada menu nasi goreng kari hijau tu, try lah Nasi Goreng Kampung Special tapi tak kena dengan tekak sebab dah terbiasa dengan NGK yang pedas but this one quite bland. Tak tahu apa yang special sebab sama je dengan yang biasa. 


One of the reason kenapa nak makan TTP sebab nak rasa Nasi Kerabu Sotong Percik dia and tadaaaa


Saiz sotong dia boleh lah tahan untuk portion seorang makan sbab ada lauk lain - telur masin dengan keropok ikan. But for me agak mehhh sebab kuah percik dia sikit je pastu nasi agak kering. Same goes to French Toast dia macam roti telur je. Disappointed.



Since haritu minum 3 layer tea tak berapa menjadi, rasa gula melaka dengan susu je lebih sampai hilang rasa teh, dah tak berani dah nak order menu ni. So I order Cham instead. Pilihan tepat and totally loved it.


So far both franchise restaurants ada service yang bagus dengan deco cantik dan kemas. Really don't have any complaint on those even cutlery pun bersih dan jenis tebal. Makan pun tak risau bengkok sana sini. Dekat eCurve dia bagi straw kertas, eco-friendly sangat.


Lepas ni dah tahu nak lepak dekat mana, menu sedap tu depends on places lah but for price, service and variety menu boleh pilih siniiiii.

13 comments

  1. Selalu jugak nampak restoran ni..tapi tak pernah masuk cuba makanan dia..maybe one day nanti bole try..macam sedap pulak nasi goreng kari hijau thai tu..kalo makan kat amphawa boat noodle, mesti sesekali nak order yg tu..

    ReplyDelete
  2. pagi2 dh nmpk gmbr makanan..
    perut pon menyanyi riang.. hihi

    ReplyDelete
  3. TTP tak pernah nampak kat Seremban ni ke Mrs. A yang tak jumpa huhuhuu...
    Nampak macam resto dak-dak hipster je nih!
    Kuey-tiaw tu nampak sedap macam basah-basah sket

    ReplyDelete
  4. akak tak berapa nak "gi" sangat ngan TTP ni. Penah try 2-3 food kat TTP Evolve Concept Mall, Ara Damansara.. rasanya macam hermmmm je.

    ReplyDelete
  5. Kak Ain pun tak berapa serasi dengan TTP ni.. beberapa menu dia tak seperti yang di harapkan.. KECUALI dia punya Teh Tarik gelas besar la.. memang sedap..! Kalau masuk TTP ni memang sebab nak minum teh tarik je.. hahahaha.. sesuai la dgn namanya.. :)

    ...

    ReplyDelete
  6. itulah macam pelik tengok kari hijau thai, kena cuba tengok sedap ke tak..hehe

    ReplyDelete
  7. frech toast tu mmg nampak tak menggiurkan.... kari hijau akak sebelum ni suka yg kt secret recepy,sbb pekat n isi banyak..

    ReplyDelete
  8. Aduhh.. Dah la tengah diet ni.. Nampak pulak menu ni... Kueytiaw goreng tu fav sangat okehhhh... Huwaaa

    ReplyDelete
  9. Kak ana kalau ke sini order mee goreng mamak dia je. So far kena ngan selera kak ana sekeluarga.

    ReplyDelete
  10. Laparlah bila baca tengah2 malam ni😂.

    ReplyDelete
  11. tengok gambar makanan tengahari camni terus rasa lapaq. haha

    ReplyDelete
  12. Dulu masa kawan2 still single, TTP eCurve memang tempat lepak hari2. My favourite menu has to be the Capati Maggi Goreng, ala2 Quesadilla tapi inti dia Maggi Goreng. It was really good and berbaloi. Rindu nak lepak sini lagi.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.