Jackie dan Ayesha Shroff antara salah satu contoh pasangan open marriage di Bollywood. Nampak macam happy family tapi balik rumah masing-masing buat hal masing-masing.
Ayesha Shroff seorang model dan berkahwin dengan Jackie pada 5 Jun 1987 kemudian dikurniakan dua cahayamata – Tiger & Krishna Shroff.
Lepas berkahwin Ayesha jadi produser untuk Jackie Shroff Entertainment Limited dan memiliki 10% saham Sony TV.
Tahun 2009, Sahil Khan bercerai dengan isteri dia, Negar Khan dan join production company sebagai partnership dan mula rapat dengan Ayesha. Kadang keluar berdua, kadang bertiga dengan Jackie Shroff. Pertemuan Ayesha dan Sahil bermula di FB melalui kakak Sahil, Shahista Khan.
November 2014, Ayesha failkan satu laporan polis bila dia tuduh Sahil curi duit company bersama, Karma Production sebanyak Rs8 crore. Tak cukup dengan tu, Jackie pun buat police report kata Sahil burukkan nama baik keluarga dia menerusi media.
Sahil Khan mengaku tak bersalah dalam kes ni sebab duit Rs8crore tu sebenarnya jumlah duit yang diorang belanjakan masa pergi bercuti bersama, duit sewa apartmen untuk diorang berjumpa secara sembunyi dan hadiah kereta mewah dari Ayesha. Bila dah putus, Ayesha minta balik duit tu.
Sahil balas kenyataan Ayesha dengan bagitahu media yang Ayesha sebenarnya wujudkan company Karma Production untuk guna kekayaan keluarga dia untuk sara kehidupan mewah dan berlindung di sebalik business company.
Februari 2015, peguam Sahil tunjukkan bukti gambar ‘mesra’ Sahil dengan Ayesha sebagai pasangan bercinta kepada mahkamah. Sahil bagitahu Ayesha paksa dia berhenti kerja di company IT supaya Sahil boleh luangkan masa bersama dan mengongkong hidup Sahil.
Bila movie debut Tiger, Heropanti hit di box office, Ayesha nak putuskan hubungan dengan Sahil dan jual imej keluarga bahagia depan media walhal Sahil yang bagi moral support dan teman Ayesha bila dia stress dengan perkahwinan tanpa cinta bersama Jackie.
Sahil yang tolong Ayesha keluar dari fasa murung sampai tahap nak bunuh diri. Sahil dengan Ayesha selalu keluar bersama pergi makan di restoran ataupun tengok wayang sampai dua-dua jatuh cinta. Kata Sahil orang dalam industry, rakan-rakan media dah sedia maklum yang diorang berdua bercinta.
While Jackie Shroff pernah confessed depan journalist yang dia suka lelaki daripada perempuan. Zaman 80an dengan 90an rasa tu ada datang tapi tak kuat. Jackie harap dia boleh tinggalkan family dan pindah keluar dari India sebab society tak boleh terima dia sebagai gay. But later on bila movie Tiger hit di BO, dia deny pasal gay ni.
Sahil bagitahu court Ayesha yang paksa dia pindah dari flat Versova ke apartmen mewah Oberoi Sky Heights dengan sewa puluh ribu sebulan. Awalnya owner apartmen taknak sewakan kepada Sahil tapi bila Ayesha masuk campur dan yakinkan yang diorang akan tinggal sekali, baru owner proceed untuk sign tenancy agreement.
Ikutkan plan Ayesha nak jadi producer untuk sequel movie Rama dan bagi watak lead actor kepada Sahil & sebuah kereta BMW tapi plan tu shelved. Kereta BMW pula Ayesha jual buat bayar hutang.
Ayesha balas balik statement Sahil bila dia tuduh Sahil sebenarnya gay so agak mustahil untuk diorang berdua bercinta. Sahil pernah berkahwin tahun 2004 dan bercerai bila nampak Sahil dengan pekerja lelaki dalam situasi tak senonoh dengan pekerja lelaki di shooting set.
Untuk tuduhan ambil duit company, Ayesha bagitahu court yang Sahil demand duit untuk personal use. Tak mungkin Ayesha boleh ambil duit yang banyak tanpa pengetahuan family bila dia dan Jackie berkongsi satu akaun bank yang sama untuk urusan Karma Productions. Dia tak pernah transfer duit untuk hadiahkan segala barang mewah kepada Sahil dan semua tempat diorang travel bersama cuma disebabkan urusan kerja.
Mac 2015, mahkamah arahkan Sahil untuk minta maaf disebabkan kerugian company & memalukan keluarga Shroff. Ayesha withdraw fraud case di mahkamah. April 2015, Sahil pindah ke Spain dan mulakan hidup baru dengan perkahwinan baru hasil duit dari partnership dalam Karma Productions
Tak lama lepas tu Jackie Shroff bagitahu media
"There was a time when I didn't behave what was expected of me. I cheated too. So, when I went wrong, I have no intention of saying that what my wife did was wrong.”
Ni bukan pertama kali pun Jackie Shroff menipu. Tahun 1986 Tabu accused Jackie atas percubaan merogol di shooting set di Mauritius disebabkan pengaruh arak dan dadah. Nasib Tabu baik bila Danny Denzongpa selamatkan dia. Kakak Tabu, Farah Naaz jadi saksi tapi Tabu pilih untuk move on dan lupakan hal tersebut bila tak ada bukti kukuh untuk dibawa ke mahkamah.
24 Januari 2018, Ayesha didakwa dengan tuduhan urusan jual beli bahan bukti secara illegal dengan bantuan dari private investigator. Ayesha disaman oleh pihak polis disebabkan peroleh bukti CDR (Call Data Records) Sahil Khan dan serahkan kepada lawyer Rizwan Siddique.
Lawyer yang sama juga terlibat dengan bukti CDR bekas isteri Nawazuddin Siddique, Kangana dan beberapa selebriti yang lain. Ayesha mengaku tak bersalah dan bagitahu pihak polis dia tak tahu urusan jual beli CDR tu illegal.
Meanwhile Sahil upload video di IGstory dengan caption "People Who Create Their Own DRAMA Deserve Their own KARMA"
"I have moved on, I had forgiven her for whatever happened. I do not know what her intentions were; we'll know when the police find out. Karma is a bitch, what goes around comes around, I had forgotten about this but maybe karma had other plans." - Sahil Khan
ayo menangkan uang setiap harinya di agen365*com
ReplyDeleteWA : +85587781483