Royal Floria Putrajaya 2019

Thursday, 12 September 2019

Sehari selepas YDPA dan Permaisuri rasmikan Royal Floria, terus dah plan nak datang ke sini sebab dah lama skip since well Putrajaya is quite far from me. Tahun ni pesta Floria diadakan di Taman Botani Putrajaya - Mother of All Gardens bertemakan Orkid.


Kawasan taman botani ni agak luas, tak mampu pun nak berjalan di musim jerebu ni. Lagi syahdu bila tak banyak gerai yang dijual di bahagian dalam untuk beli minuman ataupun perkhidmatan buggy or bus ride. 


Lain hari lain ye aktiviti dia, so tak semua boleh merasa pengalaman yang sama dengan pengunjung pada hari-hari lain. Untuk yang dekat dengan Putrajaya mungkin bahagia lah sebab boleh datang setiap hari. Kalau yang jauh memang redho lah tak mampu nak join semua. 


Bab parking memang susah dekat siniEven parking yang disediakan pun agak jauh dari pesta Floria. Boleh tu memang boleh nak berjalan. Dari tempat parking kau dah penat berjalan, bila masuk dalam lagi lah penat. Panas pulak tu. 


Belum sampai kaunter tiket masuk pun dah bersepah gambar sebab wall flower penuh dekat bahagian tepi jalan. Waktu pagi nampak cantik lah bunga tu tapi masuk petang dah nak layu dah semua. Yang kes patah sebab kena penyek dengan orang bergambar tak payah cakap lah. 







Tak cukup cantik dekat bahagian depan? Datang la bergambar dekat pintu masuk dia pulak. Tak tahu idea siapa buat bed of flowers macam ni. Bahagia betul tengok, dah la warna fav pulak tu. 


Since kaunter tiket jauh ke bawah sana dan kitorang dah malas nak berjalan, luckily ada option untuk purchase ticket online. No worries dekat sini line telco agak kuat so tak ada masalah internet slow tapi dekat pintu masuk je lah. Masuk dalam zahabedah jugak pergi dia. 


Masa pergi ni tak ramai orang so situation quite under control lah kot. Not sure masa ramai macam mana. Tak tahu dan taknak tahu because this entry baru permulaan cerita. 


Bahagian dalam satu kawasan ni je lah yang ada aircond. Dekat sini ada stage dengan meja makan. I guess untuk talk, forum and agro classes dekat sini la diadakan sepanjang pesta floria berlangsung. 

Bahagian belakang dan atas ada exhibition gubahan bunga orkid dari pelbagai negara Asia. Tak banyak sangat negara yang join dan Malaysia tak ada dalam list. 


This one is from Thailand

















Di tingkat atas ada galeri untuk gubahan orkid dalam fesyen, meja makan dengan hiasan dinding tapi tak banyak mana pun around 6 or 7 gubahan macam tu je. 
















Habis dekat bahagian dalam, kita pergi dekat belah luar pulak starting from this canopy bridge. Panjang jugak jambatan ni and dekat bahagian depan dengan hujung sebelah sana ada hiasan gelung bunga macam ni.


Dekat bahagian tengah je kosong and quite exposed dengan cahaya matahari. 


Dekat bahagian bawah boleh jumpa mini outdoor sports macam flying fox tapi untuk kanak-kanak je rasanya. Lepastu ada la sikit dia buka booth jual baja dan racun untuk tanaman. Tapi tak banyak pun tanaman pokok bunga for display. Nursery Sungai Buloh lagi banyak. 






Dekat sebelah kiri, ada hiasan rumah dengan taman mini lah. Idk for sure sebab tak ada tag. Mungkin dekat belah atas tapi malas wei nak naik. Ikut kaki nak melangkah ke mana je. Panas campur penat nak berjalan sebab pagi tu dah berjalan dekat Dataran Putrajaya dah. 



Dekat taman mini ni penuh dengan hiasan bunga ni. Idk for sure apa nama dia tapi comel lah bila disusun banyak macam tu. Rasanya dekat Secret Garden pun ada bunga ni.



Jalan depan sikit ada exhibition pokok bonsai. Tak mampu nak lama pun dekat sini sebab tempat dia panas kemain. Kagum jugak lah tengok pokok bonsai ratusan usia, entah berapa generasi dah jaga pokok-pokok tu. 






Dekat Floria ni mungkin tak ada kes sesat lah sebab maps dengan info board dia kerap jugak jumpa. Jalan depan sikit ada tasik tapi tak meriah mana pun. Biasa je deco dia. Tak sure ada aktiviti kayak ataupun tak sebab nampak macam kosong je. 







Lepas dah pusing yang atas, perut pun dah lapar so menyinggah makan dulu dekat bahagian atas. 


Tempat makan dia agak sesak dan panas. Ada jugak dekat area food truck tapi malas nak bersesak dekat sana. Cari mana yang ada je sebab nak cepat. 


Dekat food court ni ada jugak booth lain yang berjual. Ada tempat foot reflexology, jual baju, rumah, perfume tapi yang paling menarik booth batik ni. Tak sempat pun nak approach tanya harga sebab malas nak usung batik tu kehulu-kehilir. Dekat booth ni boleh warna batik yang uncle ni lukis. 



Dah settle lunch pergi area Taman Motac ni pulak, jalan-jalan belah sini tapi tak banyak sangat pun deco ataupun aktiviti dekat sini. 
 

Gerbang orkid ni cantik sebab guna bunga orkid warna purple. Dekat bahagian atas dia letak orkid putih, bahagian tepi orkid warna purple dengan warna putih, bahagian bawah dia campur macam-macam jenis orkid. 






Cantik memang cantik tapi kalau nak bergambar hazab lah tunggu turn sebab ramai dan panas. Habis je gerbang tu ada open space tempat untuk rehat atau main congkak. Nak rest tempat teduh layan angin tasik ada bean bag disediakan tapi muka yang sama la tidur berjam dekat situ.



Bahagian kiri tasik ni dan taman ni ada galeri hiasan landskap dan mural dari pelbagai universiti antaranya UIA, UITM, UPM and others. Masing-masing ada tema masing-masing. 









Dekat bahagian tengah ada hiasan juga tapi belum buka lagi. Cuma sepanjang susur gajah tu boleh la nampak apa yang diorang tengah hias tu. 


Dekat taman ni penuh dengan bunga ni di bahagian bawah. Tak banyak sangat bunga orkid, mungkin sebab cuaca tak sesuai kot. Ataupun stok bunga orkid dah habis. 




Jalan dekat sini rasa mcam nak ambik je satu dua pasu bawak balik rumah sebab bunga cantik-cantik sangat. Kalau tanam dekat rumah tunggu la seminggu dua, mesti layu tak pun mati. 

Sebelum keluar dari Floria ni, ada pameran dari sekolah rendah di Putrajaya. Teliti kot budak-budak ni hias kotak kaca masing-masing. Amazed tengok hasil karya diorang satu team. 





Yang dalam gambar ni bukan yang the best, ni just randomly take picture je. Dari jam 11 sampai jam 4 petang jalan-jalan dekat Floria ni tapi malas nak membeli sebab nursery dekat Sungai Buloh banyak haha. 

Quite disappointed lah sebab bunga biasa je selain dari orkid yang ada dekat sini. Deco pun biasa je, tak ada parade ataupun hiasan gergasi. Kalau ada mungkin bukan hari yang I pergi lah. Tengok post kawan-kawan yang pergi belah malam pun quite happening dan cantik jugak. 

Idk bout this year tapi tak berbaloi lah nak pergi and maybe next year pun dah taknak datang dah sebab jauh. 

5 comments

  1. waaa, mesti seronok jalan-jalan.. Kalau cuaca baik mesti lagi best.. teringin nak pergi tapi saya lagi jauh hahahahah

    ReplyDelete
  2. wah heaven betul rasa dikelilingi dengan kecantik flora..hehe

    ReplyDelete
  3. ehh sini yang ade jual pokok2 kaktus kecik tu kan.. cantik nye gambar2 pemandangan.

    ReplyDelete
  4. besaqnyaaa kawasan diaaa.... nangis jugak la kalau nak masuk musim2 jerebu ni, Tpi bilanmpk bung2 tu mesti hilang penat kan.

    ReplyDelete
  5. waaa..bestnya..macam-macam bunga ada.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.