Rabokki Myeongdong, One Utama

Sunday, 29 September 2019

Hajat asal nak pergi ke Tesco Mutiara Damansara tapi tersalah simpang lepastu termasuk pulak dekat carpark One Utama so kita lepak kejap lah dekat sini makan apa yang ada hshshs

Kebetulan ternampak topokki, rasanya dah lama tak makan topokki ni. Haritu buat sendiri tapi tak berapa kena dengan tekak rasa dia. 


So nak try pulak dekat sini kot dapat jadi tempat lepak fav bila craving pulak nanti kan..


As for now ada promo value sets so ternampak la set Rabokki, Ramen campur Topokki dengan beberapa slice kimbap dan side dishes. Macam menggoda je tengok so pilih nak makan yang tu. 

Banyak lagi pilihan menu yang lain tapi malas nak makan banyak sangat sebab tengah diet gittewww. Kalau nak tengok dengan lebih jelas boleh klik sini 



Dekat sebelah kaunter dah siap dah topokki dia tapi menunggu makanan sampai agak lama lah. Tak tahu pulak ramen ni sejenis susah dimasak.


Service dia quite teruk lah for me sebab nak buat order pun kena tunggu lama padahal tak ramai orang pun. Order lama, bayar pun lama, makanan sampai pun lama hmmmm


For drinks ambil Lemon Citron walaupun tekak dah meminta nak Milk Tea tapi nak avoid minuman bersusu punya pasal kita ambil lemon. Tapi air lemon dia you olls ada gas. I syak dia letak soda hmmmm dah la mahal.


Overall sambal rabokki dia tak sedap. Rasa dia macam bancuh serbuk cili, bila makan rasa tak sedap. Kitorang makan sapu sambal dekat tepi mangkuk supaya kurang rasa sambal tu. Lepas makan perut rasa pedih lah sebab guna serbuk cili. Topokki dia lembut lah tak chewy sangat. Ramen dia bolehlah. Kimbap dia pun okay lah.


Mungkin takkan datang dah kot sebab tak berapa sedap and bad service.

5 comments

  1. Besarnya topokki dia, sy lebih prefer topokki yg kecil sbb senang nak kunyah. tengok menu terliur lah doenjang jiggae. masa pergi korea haritu, sy selalu makan doenjang jiggae sbb paste dia dari soybean bukan dari meat.

    ReplyDelete
  2. Review jujur hahaha bagus2. Semoga kedai tu baca and boleh improve lah kan

    ReplyDelete
  3. Ala.. bab servis lambat ini memang tak berkenan.. Kalau ramai orang okay lagi.. Tapi kalau tak ada orang pun lambat memang buat customer lari lah..

    ReplyDelete
  4. Kalau service slow ni, banyak kali kena fikir untuk datang semula.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.