Movie Review | Student Of The Year 2 (2019)

Saturday, 7 September 2019


Director: Punit Malhotra
Writer: Arshad Sayed
Cast : Tiger Shroff, Tara Sutaria, Ananya Pandey, Aditya Seal, Samir Soni 
Production Companies: Dharma Production, Fox Star Studios, Nokia Studios
Distributors: Nokia Studios, Fox Star Studios (worldwide)
Genre : Romance / Action / Drama
Running Time: 145 minutes
Release Date: 10 May 2019
Trailer :


Sequel movie hit Student Of The Year (2012), movie debut trio Sid Malhotra, Alia Bhatt dan Varun Dhawan kali ni jadi platform debut kepada generasi seterusnya di mana Ananya Panday dan Tara Sutaria menagih perhatian dan cinta dari male lead, Tiger Shroff juga merebut gelaran Student Of The Year di St. Teresa College.


Kalau dalam SOTY 1, pelajar lelaki atau perempuan kena compete dalam study, dance competition dan triathlon untuk menang trofi Student Of The Year tapi berbeza sikit template kali ni bila perlu bertanding antara sekolah dalam acara sukan terutamanya sukan Kabaddi dan star student akan menang trofi Student Of The Year.


Dance competition ada jugak dalam movie ni tapi dijadikan acara asing. Menambahkan lagi sengit bila ada pertandingan menari di peringkat daerah. Cuma bab study, jawab exam je tak ada sebab masa dah banyak habis dengan sukan dan menari. St Teressa College ni dah macam talent school dan bukannya sekolah elit yang lain. Dalam SOTY 1 nampak juga pengarah masukkan scene study group, preparation untuk final exam bagai.


Bab cinta of course lah jadi main focus dan sama macam SOTY 1 ada kes love triangle, bezanya dalam SOTY 2, Shreya (Ananya Pandey) dengan Mia (Tara Sutaria) berebut nakkan Rohan (Tiger Shroff). First half director dah tayang kisah cinta Rohan dengan Mia sebab bercinta dari kecil lagi tapi bila masuk St. Teresa, Mia syok dengan Manav (Aditya Seal) sebab handsome dan jauh lebih kaya dari Rohan. Student Of The Year dua tahun berturut pulak tu.


Bila Manav sengaja kacau Mia untuk distract Rohan, Shreya datang berbaik dengan Rohan sebab kesian tengok Rohan dipergunakan Mia dan Manav sampai kena buang dari St Teresa. Lagipun Shreya nak dance partner untuk menang dalam dance competition supaya dia boleh pergi London sepertimana yang keluarga dia harapkan.


Kalau dalam SOTY 1, kita boleh tengok Rahul Nanda (Varun Dhawan) selalu diabaikan oleh ayah dia sebab pilih bidang muzik dan bukannya business untuk sambung legasi keluarga. Dalam naskhah Student of the Year 2 pula ada watak Shreya yang diabaikan oleh ayah dan abang dia bila menjadi  punca ibunya meninggal dunia selepas melahirkan Shreya. 

Sentimental mode tu kuat tapi Varun did it better lah dengan bakat lakonan yang lebih bagus dan mendalam berbanding Ananya. Tambahan pula plot dalam SOTY 1 nampak lebih relevan dan teratur daripada SOTY 2 supaya babak drama memberikan impak yang kuat hingga wujudnya krisis antara trio tersebut.


Nak sembang pasal scene kelakar, I can say hambar compared to previous installment tapi ada juga beberapa scene Shreya yang menghiburkan macam scene Mia datang minta maaf dekat Rohan. Quite impressed on how Ananya play her character well in this selain dari Aditya Seal yang menyerlah sebagai watak antagonis. Tak pasti kenapa pengarah tak jual juga Aditya Seal sebagai barisan pelakon utama sebab watak dia strong juga. Tak ada masalah pun nak keluar dari format 2 vs 1 sebab dah banyak perubahan yang dibuat. 

Kalau dalam SOTY 1 ada pengetua (Rishi Kapoor) sekolah yang menghiburkan dengan perangai dia, dalam SOTY 2 pula ada watak pengetua (Samir Soni) yang try hard being funny. 


Music album Student of the Year 2 boleh tahan juga menghiburkan dengan beat yang catchy dan groovy bila produser masih lagi menggunakan khidmat music director yang sama, Vishal–Shekhar. Sayangnya, music album SOTY 1 sampai boleh menang award Album Of The Year tapi music album SOTY 2 dapat sambutan biasa je, mungkin juga sebab saingan sengit dari beberapa filem lain yang diterbitkan untuk tahun 2019. Personally love Mumbai Dilli Di Kudiyaan, Fakira dengan Hook Up Song. The Jawaani Song dan Jatt Ludhiyane Da juga mnencuri perhatian. 


Walaupun SOTY 1 nampak lagi menarik jalan cerita, cast dan soundtrack album tapi SOTY 2 punya kekuatan pada visual. Lighting, color grading, transition, effects, cinematography buat cerita nampak lebih menarik dan sesuai dengan tema teen movie. Cuma kelakar part camera suka zoom dekat muka Rohan bila mention pasal trofi Student Of The Year dengan part tangan Manav buat circle masa game Kabaddi.





Overall untuk layan secara santai, okay lah nak  hilangkan bosan. Not bad for Ananya tapi sayang lah Tara cuma dapat watak lemau sedangkan Aladdin can do much better for her acting and singing career. Hopefully dia menyerlah dalam movie Marjaavan nanti.

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 5.9/10

5 comments

  1. nanti try tengok filem ni hihihi

    ReplyDelete
  2. Jemput join segmen sy 😃
    https://ciknurul23.blogspot.com/2019/09/segmen-bloglist-sii-nurul.html?m=1

    ReplyDelete
  3. bila tengok cerita hindustan..berkobar kobar nak diet sebab teruja tengok body dorang...lawa lawaaaa

    ReplyDelete
  4. Suka tengok makeup bila tengok cite hindustan. Natural tapi lawa sangat. Tajuk cite dah gempak. Boleh la layan santai movie ni nanti.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.