Writer : Jung Yoo-Jung (novel),
Choo Chang-Min, Kim Yoo-Pyung, Lee Yong-Yeon
Cast : Ryu Seung-ryong, Jang
Dong-gun, Song Sae-byeok, Go Kyung-pyo
Production Company : CJ E&M
Corp
Distributor : CJ Entertainment
Genre : Thriller/Drama
Running Time : 123 minutes
Release Date : 28 March, 2018
Trailer :
Adaptasi novel “7Nyeonui
Bam" karya Jung Yoo-Jung yang diterbitkan pada April 6, 2011 mengisahkan
tentang Young-Je (Jang Dong-Gun) yang mencari pembunuh anak perempuan dia, Oh
Se-Ryung (Lee Re) bila lari dari rumah dan dicampak ke dalam tasik.
Hyun-Soo (Ryoo Seung-Ryong) yang
stress dengan masalah family dia pergi ke kawasan empangan dalam keadaan mabuk.
Disebabkan kabus tebal dia terlanggar Se-Ryung sehingga cedera parah. Takut
dipenjara disebabkan memandu dalam keadaan mabuk, dia tutup saluran pernafasan
sehingga mati dan campak ke dalam tasik.
Lepas kejadian tu, Hyun Soo
ditangkap melalui bukti yang Young-Je bagi. Anak lelaki Hyun Soo, Seo-Won (Ko
Gyung-Pyo) terpaksa berhenti sekolah akibat dibuli kawan sekelas bila digelar sebagai
anak pembunuh. Dia jadi diver atas dorongan dari anak buah ayah dia, Seung-Hwan
(Song Sae-byok).
Hyun Soo dijatuhkan hukuman
penjara selama 7 tahun bukan sahaja atas kesalahan membunuh budak perempuan tapi
disebabkan membuka pintu empangan sehingga satu kampung tenggelam.
Jalan cerita movie ni agak complicated
bila Young-je suka dera anak perempuan dia setiap malam sampai Se-Ryung ambil
keputusan untuk lari dari rumah dan minta bantuan dari Seung-Hwan dan Seo-won
tapi semua ignore dia malam tu sampai dia takut sangat dan lari turun dari
bukit dan secara tak sengaja dilanggar Hyun Soo.
Ni bukan spoiler tapi ada dalam
first half movie, yang jadi kunci misteri untuk kejadian malam tu ialah punca
Hyun Soo buka pintu empangan sampai tenggelamkan satu kampung tanpa rasa belas
lepas bunuh Se-Ryung. Walaupun dia ada solid reason but still cara dia berfikir
agak bermasalah dari awal cerita.
Yang tanggung sengsara ni
Seo-won, hidup tak tenang sampai kena berhenti belajar. Tak ada study
background, tak ada kawan, tak dapat hidup dalam keluarga yang harmoni &
mental health dia terganggu.
Not recommended to watch this
movie apart from the gory scenes, physical abuse, sangat slow pace and jalan cerita dia adalah
flashback lepastu flashback lagi then tiba-tiba some flash out of nowhere yang
tak relate pun masuk. Character perempuan dapat mimpi mistik tu lagi lah entah
apa benda.
Movie ni tak ada moral compass
thus no social message cuma kita boleh tahu yang character macam ni wujud.
Sakit hati sangat part Young-Je sebab tak ada apa-apa balasan pun sebab dera
anak bini dia. Bahagia betul hidup dengan perangai saiko dia. Kalau setakat
merasa kehilangan tu tak payah lah kot.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4.
Storyline +0.2, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9.
Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 5.5/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
sekarang ni pun dah start layan filem korea. best juga. mungkin yang ni boleh cuba selepas ni
ReplyDeletewah..beratnya movie ni. tak sanggup nak tengok..hehe
ReplyDelete