Lunch Feast Di The Wok, OASIS Ara Damansara

Monday, 9 September 2019

Bulan lepas punya cerita bila my boss decide untuk buat jamuan makan-makan untuk raikan beberapa kejayaan our company had achieved in this year. Ikutkan plan asal nak makan dekat hotel tapi minimum pax untuk book private room mesti 40 orang and jemputan kami just 20 orang so pilih je lah mana yang ada. 


Lagi satu hal bila waktu plan berubah dari dinner anjak ke lunch time sebab ramai yang ada meeting dan urusan lain afterwards. Untuk make sure semua dapat hadir, we have to reschedule lah. Lucky for us restoran The Wok ada seafood and private room ngam untuk 20 orang. 


Lepas bayar deposit dan pilih menu bersesuaian dengan bajet, we ordered jenahak sweet sour sebab siakap dah habis, soft shell crab, sizzling tofu, buttered milk prawn, egg salt squid, yam cake, forest heaven, claypot brinjal and hot tea untuk 2 meja. 



Lepas some rant and speech from my boss, we celebrate company success with our delicious food. My expectation untuk The Wok ni tak la tinggi mana tapi bila makan semua menu dia fuhhhh I'm impressed! Tak payah dah nak craving pergi South Sea lepasni sebab dekat sini pun dah berbaloi dan murah. 


Sweet sour dia sedap but next time nak pilih ikan siakap sebab ikan ni banyak tulang. Memang kena hati-hati makan bila tulang dia agak besar untuk tersangkut di tekak. 


Sepatutnya dah tak payah order Forest Heaven ni walaupun sedap sebab Claypot Brinjal dah cukup dah untuk sayur since every dish pun ada sayur. Claypot Brinjal dia sedap! 


This one is worth to spend on for! Kalau you guys nak makan nasi putih dengan Sizzling Tofu ni pun dah cukup dah sebab sedap, cukup rasa. I guess nak diet boleh makan ni tapi kalau bertambah nasi tu tak jadi menu diet lah. 


Butter Milk Prawn dia quite nice for me, must repeat again for sure. Walaupun tak berapa pedas but still nice. 


Yum cake dia pun sedap, rangup dekat luar dengan inti ayam pedas tapi sebab dah terlampau banyak lauk, memang tak mampu nak habiskan sebab penuh sangat. 


Didn't manage to capture the soft shell crab tapi recommended sangat menu tu sebab blend well dengan gravy. 

Puas hati sangat makan dekat sini walaupun restoran ni agak sempit dan bising sebenarnya tapi bila dah lapar, dapat makanan sedap bukannya fikir sangat bab bising tu. Service quite nice, assistant manager memang ramah and banyak tolong customer pilih menu yang sedap. 

Definitely will come again and have lunch in here tapi kalau nak datang masa peak hour kena buat reservation untuk mengelakkan kempunan di siang hari. 

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.