Laman Zingiberales, Bukit Cerakah Shah Alam

Saturday, 21 September 2019


Kawasan Taman Botani Shah Alam ni memang besar, kalau pergi sekali memang tak habis explore so kali ni kitorang pergi explore tempat yang tak pernah jejak lagi belah hujung sana, sorry I'm bad with geography so Idk south, east, west or north lol

Laman Zingiberales ni terletak berdekatan dengan Taman Rempah Ratus dan Plot Penyelidikan Tumbuhan. Dekat area sini memang banyak tanaman sama ada pokok buah-buahan ataupun tanaman yang kita guna dalam masakan tapi malas nak pergi masuk belah dalam sebab tak ada gerai minuman so stok air tak cukup. 


Permandangan belah luar dari tepi jalan macam ni lah. Kosong je, tak ada something interesting pun. 



Kalau terus sampai ke hujung akan jumpa Perkampungan Budaya tapi jalan dah kena tutup like I said in previous post

So ada apa dekat Laman Zingiberales ni? Ada banyak info tentang tanaman herba. Dekat laman ni juga ada Menara Tinjau tapi you guys tak boleh naik pun sebab some parts dah rosak dan berlubang. Even tandas dekat sini pun dah hancur bumbung dia ditimpa pokok. 


Dekat laman ni banyak bunga putih ni. Tak ingat dah nama dia tapi bila ditanam banyak-banyak quite dreamy lah, cantik kalau ambil gambar. 


So this is the route to Menara Tinjau dan Taman Herba.


But first, ambil gambaq satttttt...


Dekat area ni ada tasik dan sebelah kanan Taman Herba ni ada taman rekreasi untuk jogging dekat sebelah sana. Cantik jugak tapi tak daya la nak berjalan. Air dah habis. Walaupun ada air tasik but nope, just don't..



Dekat bahagian bawah Menara Tinjau ni ada swing untuk berehat tapi budak-budak dah conquered, kita jalan terus je lah. 


Kalau naik atas Menara Tinjau ni mungkin boleh nampak taman rekreasi sebelah sana tapi boleh naik half je sebab kawasan ni je yang elok dan kukuh lagi. Tangga dia agak curam, bahaya naik waktu hujan especially kids. 


So here it is, Taman Koleksi Herba. Dekat sini memang banyak sangat tanaman herba yang disemai dan ditanam. Tak pasti dijual ke luar ataupun tak sebab tanaman dia tak la dijaga rapi sangat. Dekat setiap tanaman ada tag nama dan info untuk pengunjung.



Kalau nak rasa bahang neraka, makan la tanaman ni.

Dekat Taman Herba ni ada pusat informasi tapi dah kena lock. Rasanya dah jadi rumah untuk penjaga taman ni. Bukan penjaga mistik tu, penjaga yang jaga semua tanaman ni lah. Yang tukang belek, tukang siram, tukang baja bagai. 






Dekat Plot Konservasi ni ada rumah untuk semai tanaman herba especially lada hitam tak silap. Kawasan dia luas ke belakang tapi tak berani lah nak pergi sebab sunyi. 




Partner in crime
Dekat Taman Herba ni banyak ditanam bungan kuning ni. Tak tahu apa nama dia walaupun dia yang conquer satu taman ni. Sebelah sana ada playground but we just skipped it. 


Dah habis berjalan dekat sini, bergerak balik ke kaunter basikal sebab dah tengahari, perut pun dah lapar. Kalau tengok dekat papan tanda atas tadi, ada jalan ke Rumah 4 Musim tapi tak tahu belah mana since banyak jalan ditutup. Mungkin tasik ni connected dengan tasik dekat Rumah 4 Musim. 

Idk, hopefully next time kalau pergi sini semua dah dibuka dan boleh round tanpa patah balik. 

4 comments

  1. Dulu masa akak kecik nilah tempat paling trendy orang melepak. Tapi tengok sekarang macam tak terjaga pulak

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaaa. eh menara tinjau dia mcm menara tinjau dkt bukit larut taiping hehe ke mmg semua menara tinjau sama jee

    ReplyDelete
  3. penah pergi laman nie tapi beberapa tahun dulu. time tu pon banyak tempat yg dah tutup.

    ReplyDelete
  4. Besar betul taman dia.. pernah pergi sekali.. tu pun tak habis jalan..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.