Housemate's Wedding Di Tulip Banquet Hall

Monday, 9 September 2019


Jarang nak pergi jemputan kahwin sebab Sabtu selalunya kerja tapi sejak kerja di office baru memang tak jadi masalah dah kalau majlis di sekital KL dengan Selangor. So this time around wedding housemate yang still keep in touch di socmed. 

My junior actually sempat tinggal sekejap for one semester tapi tak lah rapat sangat sebab semester akhir memang dah busy dengan FYP. Ada masa tegur, makan sekali, tengok tv sama-sama, bergosip pasal yuaitiyem dan hal-hal lain lah. 

Jarak nak ke Desa Latania, Seksyen 26 ni agak mencabar lah sebab Waze bawak jalan bandar baru buka dengan jalan kampung. Waze memang asal boleh je. Walaupun sesat sebab salah jalan, selamat jugak lah sampai dan berjaya dapat parking sebab Tulip Banquet Hall ni satu bangunan dengan kedai dan gudang.

Image result for tulip dewan banquet hall

Dekat luar nampak je macam tersepit dan sempit tapi bila masuk dalam kemain luas itupun ada ruang besar lepas ruang meja makan tetamu. 



Area stage pelamin ada spotlight audio semua siap. Nak buat event, wedding ataupun mini concert memang sesuai sangat dekat sini. Siap ada screen besar lagi dekat belakang dengan PA system control room.



Since kitorang sampai lambat sebab tunggu adik habis kerja, redha je lah makan apa yang ada sebab side dish mostly dah habis dah masa ni. Nasib main dish banyak lagi. Katering dia sedap okay tapi jangan tanya katering apa sebab dah lupa nama dia. 




Dia siap bagi air balang tak jemu refill sebab musim panas kan, memang sesuai sangat. Dah la air dia kemain letops. Service katering ni terbaik. 



Dah kenyang makan, sebelum bergambar singgah ke tandas dulu. Dekat dewan ni tak payah nak berebut tandas sebab kiri kanan ada tandas yang agak luas dan bersih. Siap dengan shower & nappy change station lagi. 


Now its time to bergambar! Bersepah port nak bergambar sementara tunggu turn bergambar dengan pengantin.


Brother photobooth pun pandai bergurau ye bila dah habis posing, dah dapat printed pictures dia kata satu keping RM10. Tetap jugak kitorang korek purse walaupun tak mampu nak brain betapa mahalnya gambar sekeping tu. 

Nasib dia cakap gurau je, kalau tak dah nangis dalam kereta apahal mahal sangat gambar ni.


Lepas dah settle semua, lastly sampai la turn jumpa pengantin untuk bergambar. Nak sembang lama pun tak boleh sebab ramai tunggu turn so kita sembang ala kadar je lah. Nisrin cantik sangatttt on her wedding day. Even gambar nikah dia pun cantik. Pandai betul cari photographer. 



Bukan bahagian dalam dewan je cantik dekat Tulip Banquet Hall ni, dekat area tangga dan pintu masuk pun cantik diorang decorate. Rate harga untuk dewan ni tak tahu lah berapa tapi boleh je Google contact number in case you guys berminat. Sis tolong promote. 




Anyway it's a great pleasure in this Tulip Banquet Hall and thanks to Nisrin for the invitation, pray you a happy married life and wishing you a long last relationship till Jannah. Mabruk alaik!

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.