Drama Review : Hotel De Luna

Sunday, 22 September 2019


Director : Oh Choong-Hwan
Writer : Hong Jung-Eun, Hong Mi-Ran
Cast :  Lee Ji-eun, Yeo Jin-goo, Shin Jung-geun, Bae Hae-sun, Pyo Ji-hoon, Kang Mi-na, Jo Hyun-chul, Park Yoo-na, Lee Do-hyun, Lee Tae-sun,   Jung Dong-hwan, Kim Joon-Hyun
Genre : Romance/Drama
Running Episodes : 16 episodes
Release Date : 13 July – 1 September, 2019
Production Company : GT:st
Distributor : tvN
Trailer:


Lepas Sky Castle, K-drama kedua yang kecoh dekat Twitter drama Hotel De Luna yang mengisahkan tentang hotel untuk roh si mati berehat sebelum buat keputusan untuk pergi ke Hari Kiamat dan dilahirkan semula.


Jang Man-wol (Lee Ji-eun) dari era  Goguryeo dipilih oleh deities untuk menjadi penjaga hotel "Guest House of the Moon" disebabkan dosa-dosa dia membunuh orang. 1000 tahun kemudian, dia berjumpa dengan Koo Chan-Sung (Yeo Jin-Goo) dan dilantik sebagai manager lepas Man-wol buat pertukaran nyawa dengan ayah Chan-sung (Oh Ji-ho).

Pertemuan Man-wol dengan Chan-sung bukan kebetulan bila ayah Chan-sung tak sengaja datang ke hotel dan merayau dalam hotel bila receptionist Ji Hyun-joong (Pyo Ji-hoon) tak jaga kaunter tapi dah ditakdirkan oleh deities disebabkan hati Chan-sung yang baik dan mampu mengubah takdir hidup Man-wol. Nyawa Man-wol terikat dengan pokok tua di taman Hotel De Luna.


Bila hati Man-wol yang keras berubah jadi lembut, pokok tua akan berbunga dan bila bunga akan gugur bila Man-wol takut dengan something. Dari masa dia hidup sampai jadi penjaga Hotel De Luna, Man-wol memang sejenis yang berani tapi bila dah jatuh cinta dengan Chan-sung, hati senang risau dan takut.


Selain kisah silam Man-wol, kisah cinta Man-wol dan Chan-sung dan tugas deities, terselit jugak la kisah customer yang datang ke Hotel De Luna. Bukan setakat roh manusia biasa je datang tapi ada juga haiwan dengan penjaga telaga (Nam Da-Reum) dengan masalah mereka.


Skrip Hotel De Luna ni dikarang oleh Hong Sisters yang famous dengan drama hit My Girl dan My Girlfriend Is A Gumiho so dah boleh nampak lah kenapa drama ni jadi K-drama ke-8 tertinggi viewers dalam sejarah K-drama.


Drama Hotel De Luna ni mungkin agak slow pace tapi makin lama makin rasa connected dengan setiap staff hotel terutamanya Ms Choi Seo-hee (Bae Hae-sun) bila dia sanggup tunggu semua keturunan dia mati disebabkan dendam bila anak dia dibunuh tanpa belas. Scene dekat farmasi bila waris terakhir keturunan dia dalam bahaya tu emosi habis. Menangis jugak bila tengok scene Kim Sun-Bi (Shin Jung-Keun) bersungguh nak bersihkan nama dia lepas berkurun lama.


Kisah cinta Man-wol dengan Chan-sung tak banyak mana pun dan tak ada scene yang scringe dan tu antara sebab suka tengok pasangan sama cantik sama padan ni. Antara faktor lain yang buat drama ni best sebab bond antara staff Hotel De Luna ni sweet sangat. Malaikat Maut (Kang Hong-Suk) pun nampak je garang tapi pandai juga buat kelakar.


Gaya penceritaan drama ni quite nice lah bila director bagi a glimpse of flashback untuk penonton rasa curious sangat nak tahu apa perkaitan Man-wol dengan Ko Choeng-Myung (Lee Do-Hyun), Yeon-Woo (Lee Tae-Sun) dengan sang puteri (Park Yoo-Na) sampai Man-wol kena denda jaga hotel sampai 1000 tahun.


Walaupun drama ni berkisar tentang roh si mati tapi banyak juga pengajaran tentang kehidupan kita boleh ambil dan mesej utama tentang dendam dengan manusia lain walau teruk macam mana pun kita dianiaya, sebagai hati yang baik susah untuk kita bertindak jahat. Banyak lagi mesej pengajaran yang lain for you guys to watch.


Drama Hotel De Luna ni memang visual treats kepada audience bila setting hotel nampak elegan dan stylish, outfit Man-wol yang trendy dan tempat-tempat cantik di Korea jadi set lokasi drama ni. Mesti ramai yang pergi melawat location HDL dekat Korea lepasni. Shot dalam drama ni dengan lighting and colour grading pun cantik, memang terbaik lah team visual drama HDL ni.





Bukan setakat jalan cerita je menarik, lagu OST Hotel De Luna pun best nyanyian Punch, penyanyi yang famous dengan OST Goblin, Scarlet Heart & Descendant Of The Sun so vibe soundtrack tu lebih kurang sama. Paling suka lagu Done For Me dengan Another Day sebab bila lagu ni keluar rasa sebak sangat especially scene bila Man-wol takut dan risau dengan Chan-sung. Lirik dia tu macam bagi hint dekat current scene.


Tahun 2019 macam meriah dengan K-drama yang best, lepas dah layan Doctor Prisoner, Sky Castle dengan Hotel De Luna ni nak layan Doctor Joh pulak sebab ada Jisung! Hotel De Luna ni walaupun ending dia macam bagi hint season 2 bila Kim Soo-Hyun jadi penjaga hotel yang baru tapi director and team HDL dah bagi kata putus takkan ada yang kedua.


Well I think it’s better that way sebab semua pun dah cukup cantik diolah dan setiap watak dah dapat happy ending except Sanchez (Cho Hyun-Chul). Kenapa entah director kena kacau Sanchez padahal boleh je kembangkan scene puteri ataupun Mira. Kim Yuna (MiNa) pun kesian tapi takpe, dia muda lagi. Jauh lagi perjalanan dia.


Excited tengok episod 6 sebab Lee Yi-kyung dari Eulachacha Waikiki buat special appearance dalam Hotel De Luna, jadi pelakon. Sama je karakter sengal ubi dia macam dalam Waikiki. Comel! Anyway, Hotel De Luna dah buka branch dekat Malaysia, siapa yang nak apply jadi manager boleh walk in dekat KL haha


1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.7/10

23 comments

  1. comei je cita ni..leh layan nanti. tq for sharing!

    ReplyDelete
  2. Anak saudara suruh tengok cerita ni katanya best hhahahha

    ReplyDelete
  3. Byk kdrama aida lom sempat duduk & layan.
    Weekends lom sempat seat down aman-aman depan tv.
    Mcm menarik ni.
    Nampak santai ajr jalan citernya...

    ReplyDelete
  4. Dah dengar ramai orang cakap pasal ni.Nak kena tengok sebab macam best je.Cerita flashback2 ni best tengok sebab kena berfikir.hehehe

    ReplyDelete
  5. Hehehehe antu pun ada hotel persinggahan juga kan wakakaka kita kurang minat cerita Korea ini hehehe kita tengok pun githuw-githuw jer lah penyanyi pun sama tak minat wakakakaka cuma hari tu tonton movei Train To Busan jer wakakaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menyesal tengok citer Train To Busan. Teringat berminggu minggu.

      Delete
  6. Nak tengok one day! Saya memang peminat korean dramas. Sekarang tengah layan satu series kat Netflix. Tapi ni citer pasal roh roh ni, tak menakutkan macam citer hantu kan? Saya takut tengok citer hantu ni. Haha

    ReplyDelete
  7. wa I want to watch Hotel De Luna too. The artist here all so handsome and pretty. the storyline looks interesting too. must watch one day

    ReplyDelete
  8. Entah bila laaaa kita punya kesempatan nonton drama K ni
    Banyak citer best dalam list tapi belum kesampaian nontonnya
    Huhuuu... Doakan satu masa tercapai eh..

    ReplyDelete
  9. Lain dari yang lain jalan cerita ni ya.. Saya tak layan K-drama tapi saya dengar dari kawan2 kalau cerita korea ni memang best sebab unik. Contoh macam cerita Hotel De Luna ni. At least tak cliche macam drama melayu yg asyik2 kisah cinta dengan anak orang kaya hehe

    ReplyDelete
  10. Samalah.. sep sikit.. Kak Sha pun suka sangat dengan drama ini..
    Sekarang tengah tengok doctor John..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaahah yeayyy! Sama lah next drama dah aim dah Dr. John tu hihi

      Delete
  11. Wah. Rajin betul ikut episod dari july ke september ni. Abam xde masa pulak nk setia dpn tv haha. Mesti best kan jalan cerita hotel del luna ni. Siap2 bunuh2 sampai warisan terakhir pulak baca. Seramm

    ReplyDelete
  12. Wow cerita ni tengah famous la.. saya sendiri tak sempat lagi nak tengok. Nanti saya tengok okay

    ReplyDelete
  13. Teruja terus nak tengok sampai habis... haritu ada tengok sikit but seriously, memang kena mengadap betul-betul baru la syiok... well, for me, normally akan marathon time weekends... okay, weekend ni nak tengok lah... thanks untuk review yang power ni ya...

    ReplyDelete
  14. Best tak, best tak. sejak sibuk dalam alam pekerjaan ni rasanya dah lama tak lepak tengok wayang or drama.

    ReplyDelete
  15. Ramai cakap best ceriat Hotel D eluna ni, tapi nad tak tengok lagi..kene tengokla juga gamaknya ye..hehee..cerita pun nampak menarik je

    ReplyDelete
  16. Ramai kata cerita ni best kan. Tapi tak tengok lagi. Kena save and tengok ni.

    ReplyDelete
  17. Agak tak berapa nak faham tentanng sinopsis drama ni. Nampak gayanya nak kena tonton sendiri drama ni nnti. Dah lama jugak tak layan drama korea. Thanks share ya.

    ReplyDelete
  18. Tak pernah tgok pun..tapi ramai yg kata best. Nanti nak tgol lah bila ada masa free

    ReplyDelete
  19. Best ke cite nie?belum berkesempatan lg nk tgok..pelakon pn boleh tahan..nnt kite tgok ea..

    ReplyDelete
  20. Mixed feeling dgn series nie sbb banyak yg kata best dan banyak jugak yg ckp x best. Nak tengok tp belum ada masa lagi. Nanti nk cuba lah layn satu dua episode

    ReplyDelete
  21. I suka sangat this drama!! Iu is so gorgeous in this drama, all of her outfits I likey! Glad that the ending wasn't so bad at all.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.