Cast :Namkoong Min, Kwon Nara, Kim Byung-chul, Choi
Won-young, Kim Jung-Nan, Ryeo Un, Park Eun-suk, Jin Hee-Kyung, Lee Da-in
Genre : Medical
Drama/Thriller
Running Episodes : 32
Release Date : 20
March – 15 May, 2019
Production Company : Jidam
Inc.
Distributor : Korean
Broadcasting System
Teaser :
Drama di bawah KBS Drama
Production ni diterbitkan pada awal tahun 2019, bulan Mac sampai Mei and rating
untuk drama ni agak tinggi so we decided to watch during weekend. Mengisahkan
tentang Dr. Na Yi-je (Namkoong Min) yang gifted dalam bidang medical tapi
dibuang kerja disebabkan Lee Jae-hwan (Park Eun-suk), anak kedua Taekang family
buat kacau masa pembedahan berjalan.
Jae-hwan cari pasal dengan
pasangan OKU yang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Dr. Na Yi-je tapi
meninggal disebabkan kemalangan yang agak teruk. Walaupun sempat sampai ke
hospital tapi Dr. Na Yi-je banyak kali diganggu disebabkan Jae-hwan sakit hati
Yi-je taknak check adik dia yang cuma luka di dahi.
Disebabkan Yi-je dibuang dari
hospital tu, pembedahan mak dia dalam waiting list hospital tu pun dibatalkan
serta-merta sampai menyebabkan mak dia meninggal dunia. Disebabkan dendam,
Yi-je apply untuk masuk jadi doktor di Penjara West Seoul dengan recommendation
dari klien dia, Oh Jung-Hee (Kim Jung-Nan).
Konsep drama ni sama dengan drama
Cross tahun 2018 bila menggunakan tema balas dendam dengan banduan dalam
penjara. Cara Yi-je masuk dalam penjara walaupun kena reject dengan Dr. Sun
Min-Sik (Kim Byung-Chul) pun lebih kurang sama je dengan Cross.
At first ingatkan momentum drama
tu akan sama dengan Cross tapi of course lah ada kelainan dia tersendiri bila
Yi-je daripada seorang doktor yang baik hati berubah kepada doktor yang licik
dalam pertarungan dendam dia terhadap Taekang family.
Bukan Lee Jae-hwan yang dia kejar
tapi ketua Taekang business masa tu, Lee Jae-Joon (Choi Won-Young) tapi sebab
apa tak boleh cerita sini nanti jadi spoiler la pulak. Kena layan sendiri baru
dapat feel suspense tu.
Plot jalan cerita drama ni memang
cantik walaupun sarat dengan permainan politik antara doktor dan businessman.
Entah berapa kali Yi-je bertukar pihak semata nak kejar musuh utama dia. Bab
tikam belakang tak payah cakap lah sebab masing-masing ada agenda tersendiri
bukan Yi-je seorang je.
Dalam drama ni director dah
highlight tak ada hitam putih dalam pertarungan, tak ada moral compass pun.
Situasi dalam drama ni sama la dengan sumpah doktor bilamana sebagai doktor tak
kisah lah penjenayah ataupun orang baik, dia tetap kena jalankan tugas dia sebagai
doktor. Menguatkan lagi mesej yang dibawa oleh team DP ni dengan dialog Yi-je :
“There is no right or
wrong path. You just go down the path that’s in front of you.”.
Sakit hati jugak sebenarnya masa layan drama ni bila Dr Yi-je senang je bagi suggestion penyakit apa banduan boleh guna untuk keluar guna stay of execution sebab kesian dekat polis dengan peguam yang penat buat kerja untuk tangkap penjenayah besar macam ni. You guys boleh nampak frustation tu dekat watak Jang Ui-sik (Jang Hyun-Sung)
This is my first time watching
all the stellar actors such as Namkoong Min, Kim Byung Chul and Choi Won-Young.
Disebabkan drama ni jatuh cinta terus dengan 3 pelakon ni. Mimik muka dan body language masing-masing memang sangat mainkan peranan ye. Lepas ni boleh layan
drama diorang bertiga selain Jisung.
Though leading actors looks
promising, watak heroin dan supporting cast perempuan yang lain agak lemah
dalam drama ni. Even Han So-Geum (Kwon Na-Ra) seorang doktor psikatri yang
bagus tapi watak dia in person agak mengacau matlamat Yi-je. Lambat jugak la
watak dia nak transform jadi kuat and unnecessary sangat bila director letak
scene So-Geum angau dengan Yi-je walhal boleh kembangkan scene So-Geum dengan adik Han Bit (Ryeo Un).
Watak Mo Yi-ra (Jin Hee-Kyung) dengan
Lee Jae-in (Lee Da-in) sebagai mak dan anak yang licik pun tak berapa
diketengahkan sangat walaupun dua watak ni agak powerful dan bantu Yi-je.
Hopefully season 2 nanti director bagi screentime lebih sikit sembang pasal
Taekang family.
Since ada season 2 bakal keluar
nanti, I tak rasa drama ni ada banyak kekurangan sebab harapan tinggi jugak lah
untuk director kembangkan plot mana yang kurang dalam season 1 ni. All in all I
truly enjoy this drama with high level of suspense and plot twist. You predict
macam ni tapi Yi-je dengan Min-suk buat cara lain and at some scenes boleh rasa
nak berpihak pada Min-suk bila watak Yi-je nampak dark sangat. Recommended to
watch for all thriller lovers.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4.
Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9.
Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.7/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
mcm best plak drama ni..
ReplyDeletemcm kene tgk jgk.. haha
Eh.. Ada season 2 ke.. Yes.. Suka tengok drama ini.. TQ Farhana untuk info tu..
ReplyDelete