Kalau bosan dan nak spend time dengan nature memang lepak dekat Taman Botani, Bukit Cerakah Shah Alam je. Before this dah pernah up entri pasal
Bukit Sapu Tangan.
Kali ni lepak dekat tempat yang sama dengan orang yang berbeza. Kalau sebelum ni pergi jalan kaki, kali ni try berbasikal pulak tapi cuak jugak nak berbasikal since my weight increased and housemates zaman study dulu pernah jatuh dari basikal and injured teruk jugak lah.
Pukul 8.15 dah turun pergi dekat tempat berkumpul padahal dah terlambat dengan kucar-kacir nak ke sana sebab terlupa kasut sukan simpan dekat mana.
Nampak tak, dah lama tak buat any fitness activity haihhh.
Nak masuk jam 9 baru dapat gerak ke sana sebab tunggu yang lain bersiap dan sandwich sampai. Cuaca quite nice walaupun dah start jerebu. Masa ni tak heavy lagi so tak ada masalah sangat nak beriadah dekat luar.
Sampai sana sebelum beli tiket, bergambar dulu dekat entrance. Dah settle bab ticket, cari tempat makan sebab semua dah kebulur.
Settle breakfast, pergi beratur dekat kaunter tiket basikal. Bila memasing bangun awal pagi, ada yang tertinggal stokin lah, tertinggal purse lah, tertinggal macam-macam, nasib baik dekat Bukit Cerakah ni boleh pakai satu nama je untuk beli tiket basikal.
Tapi yang tak bestnya kalau lambat, dapat la basikal yang tinggi. Kita kaki pendek ni memang tak terkayuh la basikal kalau dapat yang tinggi. Masa pergi ni time cuti birthday Agong yang lama so memang ramai lah manusia lain sewa basikal jugak.
But okay lah, we managed to get suitable bike for each of us. Cerita dia masa awal kayuh memang cun la memasing tapi bila part berbukit tu haaa nangis!
Memasing tak mampu dah nak kayuh, berapa kali pancit lepak tepi jalan ambil nyawa.
Masa part turun bukit kemain memasing muka naik sheikh. Kemain laju serupa manusia tak ada masalah. Bahagia jugak sebab dapat rasa angin hutan. Lepastu berkerut muka la tuntun basikal tu naik ke atas.
Tak banyak pun tempat kitorang boleh pergi sebab kebanyakan jalan dan tempat dekat Taman Botani Shah Alam ni tutup untuk penambahbaikan dan penyelenggaraan. Sedih tak dapat menyinggah dekat Empangan Air Kuning dengan Perkampungan Budaya sebab both places ni my fav places dekat sini.
Ni tempat last masa pergi haritu sebab hujung sana dah kena tutup. Kalau ikutkan boleh tembus ke Perkampungan Budaya tapi disebabkan tutup, kitorang terpaksa patah balik kalau nak pergi ke starting point. Nasib tak panas sangat haritu so muka boleh tahan bahagia lagi lah walaupun memasing dah merah.
Kalau dulu tempat memanah ni kecil je tapi sekarang dah ada spot sendiri dah dan lagi besar dari sebelum ni which quite nice lah sebab ada kelas memanah sekali. Next time kalau datang memang nak main archery.
Perasan jugak sekarang ni Taman Botani dah banyak snake plants di lereng bukit, tepi jalan and certain places. Mungkin sebab nak berjualan kot sebab demand untuk snake plants dah makin meningkat sekarang lepas viral yang indoor plants boleh improve oxygen dalam rumah.
Its great lah for Taman Botani ni generate revenues dari tanaman dekat sini sebab kalau nak harapkan duit tiket Rumah 4 Musim, Perkampungan Budaya dengan tiket masuk memang tak lepas. Lagi syahdu bila Skytrex dah tutup.
Baca dekat Twitter haritu nursery dekat Sungai Buloh akan berpindah ke sini which is great sebab lokasi nursery dekat Sungai Buloh ni agak bahaya, dekat tepi main road pastu buat sesak lah bila ada sales. Kalau dekat sini selamat lah sikit. Hopefully boleh dapat harga murah sikit sebab tanam dekat kawasan yang sepatutnya.
Newest attraction dekat sini ada wall climbing, flying fox dengan berkayak but I tak try lah sebab malas. Maybe next time kot. I tak pernah wall climbing lagi so yupp, a new challenge to crossed out!
Aktiviti menunggang kuda masih ada tapi tak tahu lah berapa round dibenarkan. Please breed more horses and enlarge their stable. I'm not sure how talented these horses tapi ada nampak banner kuda dekat sini pernah masuk championship memanah berkuda so I hope they're taken care with love here.
Dah habis berbasikal, kitorang rest dekat Taman Haiwan habiskan sandwich pagi tadi dan selfie lah apa lagi.
Dah pulangkan basikal, minta tolong ambilkan gambar last dekat sini. Susah nak dapat peluang keluar ramai-ramai macam ni. Spend time beriadah di kawasan nature macam ni memang a gem opportunity lah. Hopefully lepas ni boleh lepak lagi.
Bye!
wah bestnyer beriadah dekat taman botani.banyak aktiviti riadah yang boleh buat.
ReplyDeleteada masa boleh laa singgah blog nuna https://www.nunaabdullah.com/
rindu nak pegi sana lagi. Tapi skrg sky trek dah pindah kan? Yg angkat basikal tu mesti perangai gila2 kan hahaha best sesekali buat aktiviti mcmni dgn kawan2
ReplyDeletebestnya spend time dengan kawan cenii
ReplyDeletebestnye dpt beriadah ngn kwn2 mcm ni..
ReplyDeleteseronok!
aktivit yang bermanfaat, sihat dan menarik. nice
ReplyDeletebestnya sekali sekala dapat buat aktiviti riadah macam ni :)
ReplyDeleteseronoknya laa kalau dapat riadah macam ni juga.. friendship forever gitu :-)
ReplyDelete
ReplyDeleteayo tes keberuntungan kamu di agen365*com :D
WA : +85587781483
tak larat mengayuh kat sini.. besar betul taman dia.. tapi best untuk outing tak kiralah family atau kawan-kawan..
ReplyDelete