Beauty Light Shopee

Sunday, 29 September 2019

Haritu ada up entri beli beauty light sebab nak selfie dengan ambil gambar product untuk review so minggu lepas saja test power tak power. Bab service bagus lah, cepat je dia deliver siap dengan bubble wrap supaya barang sampai elok. 


Beauty light ni tak besar mana so cahaya dia tak la menyinar sangat pun but just enough la untuk improve lighting dalam gambar tu. Kalau MUA memang benda wajib ada lah. 


Untuk on lampu ni kena connect dekat kepala charger sebab dia pakai USB. Senang la kalau ada powerbank. Convenience lah nak bawak pergi travel. 


Cahaya dia boleh control tau, kalau rasa menyinar sangat, tekan la button (-) tu. Kalau rasa nak bercahaya umpama bidadari gittew press la button (+) sampai lenguh. 

cahaya paling malap sekali


 Gambar ni selfie biasa tak guna beauty light. Nampak shadow semua yang ada dekat kawasan selfie tu kan?


Yang ni guna beauty light, nampak jugak lah shadow tapi tak la banyak macam gambar selfie dekat atas. Warna baju pun berubah nampak lagi cantik hshshshs

Kalau ambil gambar product guna beauty light memang cantik la kot pergi dia tapi kalau nak selfie elok tak payah guna lah sebab nampak sangat muka banyak jerawat. Kbai.

7 comments

  1. Omg kak.. lawa betul.. sy pun nak cari juga lampu nie tapi tak tau apa namanya.. thanks for sharing ..

    ReplyDelete
  2. Cantiknyaaaa farhana. nak beli pun mcm takdak kegunaan. Tapi mana tahu oneday guna kan.

    ReplyDelete
  3. wah cantiknya lightning. boleh guna untuk buat tutorial makeup..

    ReplyDelete
  4. wahh best ni.. mcm kene beli jgk je..

    ReplyDelete
  5. wah.. berbeza betul.. memang berguna la beuty light tu..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.