Terrorist attack antara isu yang agak besar dan sensitif di India tambah pula bila kebanyakan movie ni diinspirasikan dari peristiwa besar seperti Mumbai Blast 1993, 26/11 Attack, dan lain-lain.
1. Dil Se
Journalist India, Amar yang jatuh cinta dengan Meghna, perempuan yang terlibat dalam misi rahsia untuk letupkan beberapa tempat bersempena National Day India. Disebabkan Meghna pergunakan Amar untuk complete mission dia, Amar jadi buruan CBI.
2. Mission Kashmir (2000)
Movie ni quite famous back then dengan lagu Bumbro & storyline agak unik bila ketua polis yang ditugaskan untuk hapuskan sekumpulan terrorist but end up ambil anak terrorist, Altaaf sebagai anak angkat. Bila Altaaf dapat tahu ayah angkat dia yang bunuh keluarga kandung, dia lari dan join group terrorist. Lepas 10 tahun, Altaaf ditugaskan untuk bunuh PM India.
3. Fiza (2000)
Mengisahkan tentang seorang adik berusaha mencari abang dia yang hilang lepas terrorist attack di Mumbai tahun 1993. Dia guna semua medium untuk cari abang dia tapi sedih hati bila abang dia join group terrorist dan ditugaskan untuk bunuh dua politician India.
4. 16 December (2002)
Satu team ditugaskan untuk halang serangan terrorist dari Pakistan yang menyamar sebagai musician band dalam misi meletupkan Delhi dengan bom nuklear. Kalau tengok trailer movie ni agak kelakar lah bab VFX dia. 16 Disember actually tarikh kemenangan untuk tentera India yang berjaya kalahkan Pakistan untuk dapatkan kemerdekaan kepada negara Bangladesh.
5. Zameen (2003)
Kolonel Ranvir dan Anti-Terrorist Squad (ATS) ACP Jaideep berkerjasama untuk track down kumpulan pengganas Pakistan, Al-Tahir yang hijack flight Indian Airlines dan demand supaya ketua mereka dibebaskan.
6. Black Friday (2007)
Bertemakan terrorist attack di Mumbai tahun 1993 yang diketuai oleh Tiger Memon dan orang kanan dia, Badshah Khan. ACP Rakesh Maria ditugaskan untuk siasat kes ni. Movie ni diadaptasikan dari novel Black Friday: The True Story of the Bombay Bomb Blast.
7. A Wednesday! (2008)
Mengisahkan negotiation antara pihak polis dan seorang lelaki biasa yang tanam 5 bom di bandar Mumbai & demand 4 orang terrorist dibebaskan. Dalam masa yang sama dedahkan maklumat kepada pihak media tentang operasi ni.
Kisah ni diinspirasikan oleh tragedi letupan oleh kumpulan pengganas dalam train di Mumbai pada 11 Julai 2006 yang mengorbankan 209 orang dan 700 orang cedera. 12 pengganas yang terlibat berjaya ditangkap, 5 mati dan 7 dihukum penjara seumur hidup.
8. Mumbai Meri Jaan (2008)
Mengisahkan kehidupan tentang 5 orang berbeza yang mengalami kesan yang berbeza selepas peristiwa Mumbai train blast tahun 2006. Movie ni menang Filmfare Critics Award for Best Movie dan beberapa award dalam kategori lain.
9. New York (2009)
Mengisahkan kehidupan 3 sekawan di bandar New York, study & grad di sana tapi kehidupan diorang berubah lepas tragedi terrorist attack 9/11 WTC. Kesan trauma ditahan dan disoalsiasat dalam concentration camp diketengahkan dalam movie ni.
10. Kurbaan (2009)
Sama macam movie New York yang bertemakan trauma keluarga Muslim dalam serangan 9/11 di US bilamana Avantika berkahwin dengan Ehsan dan berpindah ke US. Kebahagiaan rumahtangga Avantika berubah bila dapat tahu jiran & suami dia sebenarnya terrorist.
11. My Name Is Khan (2010)
Kebahagiaan satu keluarga kecil di US hancur bila anak dibuli sehingga mati di sekolah lepas serangan terrorist 9/11 di US. Rizwan Khan yang menghidap Asperger's syndrome berusaha untuk jumpa Presiden US untuk bagitahu yang dia bukan terrorist.
Tagline My Name Is Khan..and I’m not a terrorist quite famous back then dan movie ni bantu naikkan semangat kelompok imigran terutamanya Muslim yang hadap kecaman dari rakyat US.
12. The Attacks of 26/11 (2013)
Movie yang menceritakan pengalaman sebenar bila Mumbai ditawan selama 60 jam dalam ketakutan oleh 10 orang pengganas. Storyline movie ni antara jam 9 malam hingga jam 1 pagi hari kejadian dan ketika pengganas Kasab disoalsiasat oleh pihak polis.
Movie ni dibikin berdasarkan temuramah dengan saksi terlibat, mangsa, pihak polis dan media. Even Nana Patekar sendiri pernah rasa kehilangan ahli keluarga dalam serangan kumpulan pengganas di Mumbai tahun 1993.
13. D-Day (2013)
Satu team Ejen RAW ditugaskan untuk bawa pulang seorang terrorist yang terlibat dengan illegal drugs and alcohol . Mengambil masa selama 9 tahun untuk tangkap India Most Wanted, D-company leader. Movie ni kena ban dengan Pakistan disebabkan beberapa dialog yang melibatkan negara Pakistan.
14. Holiday (2014)
Remake movie Tamil, Thupakki yang mengisahkan tentang Virat Bakshi dalam operasi jejak sekumpulan pengganas yang plan untuk buat beberapa letupan di Mumbai. Dalam masa yang sama perlu cari pegawai polis yang bersubahat dengan terrorist ni.
15. Haider (2014)
Diadaptasikan dari novel Hamlet karya Shakespeare dan diolah mengikut tema terrorist attack di Kashmir bila Haider cuba siasat dengan bantuan jurnalis, Arshia tentang perkaitan antara suami baru mak dia dengan kematian ayah dia.
16. Phantom (2015)
Pegawai askar, Daniyal yang digantung tugas diberi satu tugas khas untuk menjejak ketua pengganas bernama Hafeez Said bila terlibat dalam serangan 26/11 di Mumbai. Dia perlu bekerjasama dengan Nawaz, undercover agent di Pakistan.
Movie ni kena ban oleh Pakistan sebab rakyat sana angkat Hafeez Said sebagai manusia berhati mulia sebab charity works dia walaupun UN klasifikasikan Hafeez sebagai terrorist berbahaya.
Scene Daniyal attack Hareez Said cuma fiksyen semata. Director tambah part tu sebab nak tunjukkan perasaan marah rakyat India yang mahukan keadilan bila India dihalang untuk tangkap Hafiz Saeed di Pakistan walaupun ada bukti.
17. Baby (2015)
Satu unit khas, Baby ditubuhkan untuk menangkap dalang Mumbai 2008 terrorist attack iaitu Maulana dan misi perlu dijalankan secara rahsia selepas sesi soal siasat berakhir dengan tragedi letupan berani mati.
Sama macam Phantom, movie Baby pun kena ban di Pakistan walaupun director dah highlight dalam movie & promo events yang terrorist tak ada agama dan warganegara.
18. Neerja (2016)
Kisah sebenar hero Neerja Bhanot, stewardess India yang selamatkan seramai 340 penumpang bila flight Pan Am 73 yang dinaiki kena hijack selama 16 jam dengan terrorist group, Abu Nidal Organization di Karachi, Pakistan tahun 1986.
19. Tiger Zinda Hai (2017)
Diinspirasikan kisah sebenar 46 orang nurse India dan Pakistan yang dijadikan tawanan oleh sekumpulan pengganas. Ejen Tiger dari India dan Ejen Zoya dari Pakistan ditugaskan untuk selamatkan semua nurse dalam misi rahsia bersama team yang lain.
Walaupun movie ni agak crap and overstretched tapi bertemakan terrorist so yupp and Katrina fighting scene worth to watch for.
Ada movie Malayalam yang buat based on kisah nurse ditawan di Iraq tahun 2014 ni jugak with better script & characters portrayal - Take Off.
20. Mulk (2018)
Bila si anak terlibat dalam serangan bom berani mati dan mengorbankan nyawa orang lain, keluarga yang menanggung derita hadap segala pertuduhan & dibawa ke muka pengadilan. Director gambarkan perasaan keluarga yang terkejut dengan aktiviti anak yang senyap-senyap terlibat dalam terrorism, cemuhan dari masyarakat sekeliling dan juga perpaduan antara dua agama.
Based on true story of Sartaj Khan, ayah kepada Saifulla yang join kumpulan terrorist & Sartaj taknak claim mayat anak dia lepas ditembak mati oleh UP Anti-Terrorism tahun 2017.
Sartaj kata pembelot bukan anak dia bila perbuatan tu menyimpang dari agama dan norma masyarakat.
21. URI : The Surgical Strike (2019)
Diinspirasikan oleh tragedi sebenar bila kem tentera India di Uri diserang oleh sekumpulan terrorist dan mengorbankan beberapa askar terbaik India. Satu surgical strike dilancarkan oleh Kerajaan India untuk musnahkan kem terrorist di Pakistan.
Tagline famous dari movie ni ‘How the Josh?! High Sir!’ digunakan sebagai slogan sebagai tanda patriotik dan bangga dengan kejayaan surgical strike ni.
22. India’s Most Wanted (2019)
Inspired by true event bila letupan di Pune German Bakery, India pada 13 February 2010 yang mengorbankan seramai 17 orang dan 70 orang cedera. Ghost merupakan dalang dalam beberapa letupan sebelum dan selepas di Pune tu.
Dalam movie ni memang banyak letupan yang terrorist Ghost buat untuk buktikan yang tiada agama lain kecuali agama dia boleh bertapak di bumi ni. Boleh nampak berapa banyak badan khas yang terlibat untuk tangkap terrorist di India.
Disebabkan Ghost guna nama SRK sebagai rakan dia, SRK kena tahan dekat airport US. Antara sebab lain ialah sebab muka SRK sama dengan wanted list Interpol
Team Prabhat berjaya tangkap Yusuf dengan Maachis sebelum diorang sempat buat letupan terakhir di India.
23. Aamir (2008)
Kehidupan Dr. Aamir Ali berubah lepas balik dari vacation bila dia berjumpa dengan dua orang lelaki misteri yang serahkan handphone dan suruh Aamir ikut arahan ketua terrorist kalau taknak family dia dibunuh.
Upcoming movie oleh produksi Vivek Oberoi yang diadaptasi dari Pulwama Attack Februari 2019 lepas yang mengorbankan 44 orang askar di sempadan Kashmir disebabkan serangan pengganas kumpulan Jaesh-e-Muhammad hingga Pakistan nak lancarkan nuclear war.
Production house SRK, Red Chillies Entertainment pun akan keluarkan web series di Netflix, Bard Of Blood lakonan Emraan Hashmi sebagai bekas ejen RAW menentang kumpulan terrorist. Series ni diadaptasi dari novel karya Bilal Siddiqi yang diterbitkan pada 2015.
That's all for now. Thanks for reading.
Yang last sekali tu nampak macam menarik..
ReplyDeleteMy name is khan tu sedih lah juga..
banyak lagi sy tak tengok ni
ReplyDeleteBanyak yang tak pernah tengok tapi yang Mulk tu nampak menarik. Filem baru kan? Okey nanti nak cari.
ReplyDeleteAnd ya, mungkin boleh masukkan filem Faana (lakonan Aamir Khan dan Kajol) juga dalam list ni.
:)
...
Byk movie dlm list ni yg sy dah tengok.. Tapi dah lame, rase mcm nak tengok semula haha...
ReplyDeletetak sangka ek banyak jugak cerita bollywood yang bertemakan terrorism ni...my name is khan tu popular gila kot lepas 9/11 dulu...
ReplyDeletetak sangka pulak SRK ada kena tahan kat airport US..hahahhaha
3 jer aida da tgk.
ReplyDeletepaling suka = kurbaan.
cuti sekolah nanti, free weekend, nak ajak anak2 layan yg lain2.
Deletebyk lagi movie hindi gini yg aida lom tgk.
Kurbaan pun best
ReplyDeletePaling sedih tengok My Name is Khan masa anak kajol kena buli kena pukul dengan kawan sekolah dia. SRK memang lejen
ReplyDeletebestnyaaaa.. lama tak layan movie bollywood sebab taktahu nak tengok kat mana :/
ReplyDeleteayo daftarkan diri anda di a*g*e*n*3*6*5 :D
ReplyDeleteWA : +85587781483
Cerita macam ni memang mengundang air mata dan sedih kalau kita cuba masukkan diri kat tempat orang yang teraniaya. Ni juga kadang2 inspirasi dari kisah benar tau
ReplyDeleteBanyak rupanya..sebab dah lama sangat tak layan bollywood . Teringat zaman muda remaja dulu , panggung Sabtu tak pernah miss ..
ReplyDeleteDalam senarai ni satu pun kita tak pernah tonton lagi hehehe mungkin sebab kita kurang sikit filem Hindustan ni kita suka yang seram wakakak tak apa nice nanti mana tahu kita boleh tonton sikit2 mula jatuh hati ker kan wakakaka...
ReplyDeleteWahhhh banyak ya movie yang berkonsepkan terrorist nie. Nampak menarik lh utk ditonton. Bagus bila dah classify kn movie ikut genre mcm nie. Mudah nak cari mana yg sesuai dgn cotarasa kita
ReplyDeleteRuby peminat cerita hindustan. If movie tu ada Aksi atau adegan yang lasak/ganas lagilah ku suka. Hehe.
ReplyDeleteBanyak rupanya yang berkisaran terrorist ni ya, Dalam banyak² tu, Dil Se je pernah tengok,FJ
Dalam bnyk2 movie2 nie satu pn saya xpena tgok.mf la da lama tak layan cite bollywood..btw thanks sharing..mana tau satu hari nnt trgerak nk tgok boleh cari balik artikel nie.😊
ReplyDeleteNo 2 tu pelakon hritik roshan ke? Pergh. Rasa macam my name is khan je dah tengok. Tq sharing. Nk save dalam files. Kena layan satu2 ni. Fanatik hindustan ni 😅
ReplyDeleteMak oi bestnya semua. Macam netflix dah senarai ni. Farhana cari filem fiksyen sains. hehehe
ReplyDeleteKena save ni. Boleh rujuk bila nak tengok movie hindi yang bertemakan terrorism. Nur pernah tengok 2 je. Dil Se dgn My Name is Khan
ReplyDeleteKadang citer mcm ni xsampai hati nak tgk...xsampai hati nk tgk keganasan...lebih lagi banyak berlaku skrg ni kt negara luar realitynya....semangat xkuat nk tgk cerita mcm ni...tp kekadang best sbb hero dia xkn mati walau dh cedera teruk
ReplyDeleteDah lama sgt tak layan cerita hindustan skrg ni. Even drama melayu pun tak tgk sangat.. tp dalam byk2 cerita Fiza tu dah tengok dulu.. tunpun sbb hiteik roshan
ReplyDeleteWahhh... I rasa I hanya pernah tengok satu filem je antara semua yang tersenari ni. My name is Khan best, so if plot cerita lain lebih kurang macam cerita tu mungkin boleh layan jugak kot.
ReplyDeleteBank juga bolywood yg dah tgk, tp cik abg suka tgk movie tamil, sekali sekala lyn gak bolkywiid nk klu cite hantu lg suka
ReplyDeleteBanyaknya cerita yang boleh ditengok. Rasanya macam tak pernah tengok
ReplyDeletemana mana movie ni.
Tak sempat nak layan kut.
Tapi kalau dapat layan ni mesti best kan.
Lagi lagi dapat hayati jalan cerita dia.
wahh.. banyak rupanya movie best-best yang TB tak pernah tengok lagi.. semuanya punya sinopsis yang menarik untuk buat TB rasa nak tengok.. tapi kena marathon satu satu la.. haha.. banyak niii..
ReplyDeleteWah banyak juga movie yang lia tak tengok lagi. kena tunggu cuti hujung minggu nak layan movie ni.
ReplyDelete