Movie Review : The Doll

Saturday, 17 August 2019


Pengarah : Rocky Soraya
Penulis Skrip : Riheam Juniati, Rocky Soraya
Pelakon : Shandy Aulia, Denny Sumargo, Sara Wijayanto, Vitta Mariana, Faiza Mahnur
Genre : Seram/Misteri
Durasi Tayangan : 104 minit
Tarikh Tayangan : 27 Oktober 2016
Syarikat Produksi : Hitmaker Studios
Pengedar : Netflix
Trailer :

Karya seram misteri Rocky Soraya di bawah produksi Hitmaker Studios mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang baru berpindah ke Bandung tapi diganggu hantu anak kecil. Kejadian ni bermula bila Daniel (Denny Sumargo) bawa balik anak patung dari tapak pembinaan untuk dihadiahkan kepada isteri dia, Anya (Shandy Aulia) yang minat dan juga membuat patung.

Jiran mereka berdua, Niken (Vitta Mariana) terkejut tengok anak patung tu sebab kepunyaan Uci (Faiza Mahnur), budak kecil yang mati bersama parents dia dalam satu rompakan yang kemudiannya berakhir dengan pembunuhan. Kebetulan rumah Uci sama dengan rumah Anya dan Daniel.


Tak tahan dengan gangguan tu, Anya dapatkan bantuan dari pak ustaz untuk halang gangguan Uci dan anak patung tu kemudiannya ditanam kembali tapi sia-sia usaha mereka sebab anak patung tu datang balik.


Kalau Anya dengan masalah gangguan dari Uci dan anak patung, Daniel pula dengan masalah di tapak pembinaan dia bila semua pekerja mogok taknak teruskan kerja-kerja pembinaan bila diganggu hantu lepas Daniel paksa mereka tebang pokok tempat anak patung tu disimpan.


Buntu dengan masalah gangguan, Daniel dan Anya minta bantuan Bu Laras (Sara Wijayanto) yang terkenal dengan kelebihan dia berkomunikasi dengan alam lain. Bu Laras cuba untuk tenangkan Uci tapi Uci tetap dengan keputusan dia untuk buat Daniel dan Anya mati.


Jalan cerita The Doll ni ada mirip jalan cerita The Conjuring dan Annabelle tapi tak lah sama sangat. For horror movie lovers boleh lah perasan persamaan tu. Walaupun dekat hujung tu nampak macam dah jadi movie genre thriller tapi cantik lah pengarah susun supaya terungkai misteri dendam kesumat Uci dengan pasangan suami isteri ni.


Visual The Doll ni agak cantik lah untuk movie seram, VFX pun not bad especially scene kelawar serang rumah Anya dan Daniel tapi nampak lah macam tak synchronize je gaya dengan position kelawar but still a minor glitch je since movie ni pun low budget je. Agak kejam jugak lah bila director biar 2 orang ustaz mati dek kelawar ni padahal  boleh je buat diorang lari keluar sebab injured.


Movie seram ni agak tak sesuai sebenarnya nak buat tontonan family sebab cara Uci balas dendam tu agak ekstrem especially part Niken dan Daniel kena rasuk dengan roh Uci. Sama jugak dengan scene keluarga Bu Laras. Kalau lemah semangat tak mampu tengok scene gory, elok jangan tengok sebab hantu dia tak menyeramkan pun.

1. Team Production +0.9, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.3/10

1 comment

  1. banyaklah pula sequel movie the doll ni, so ni yg first la ke ada lagi?

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.