Movie Review : The Doll 2

Saturday, 17 August 2019



Pengarah : Rocky Soraya
Penulis Skrip : Riheam Junianti, Rocky Soraya, Fajar Umbara
Pelakon : Herjunot Ali, Luna Maya, Sara Wijayanto, Maria Sabta, Rydhen Afexi, Ira Ilva Sari, Mega Carefansa, Shofia Shireen, Wati Sudiyono, Princess Martinez
Genre : Seram/Misteri
Durasi Tayangan : 117 minit
Tarikh Tayangan : 20 Julai 2017
Syarikat Produksi : Hitmaker Studios
Pengedar : Netflix
Trailer :


Sequel kepada The Doll ni menggunakan anak patung berbeza dengan kisah keluarga yang berbeza tapi masih mengekalkan penyelamat angker yang sama iaitu Bu Laras (Sara Wijayanto). Untuk movie TD2 ni Rocky Suraya brainstorm dengan dua orang lagi penulis untuk make sure lagi best dari TD1.


Movie ni start dengan kebahagiaan kehidupan bekeluarga Maira (Luna Maya) dan Aldo (Herjunot Ali) dengan anak perempuan tunggal kesayangan diorang selepas 7 tahun berusaha untuk dapatkan anak. Kayla (Shofia Shireen) pula sayang dengan anak patung dia, Sabrina dan suka main game Harta Karun.


Maira tak bekerja, memang sepenuhnya spent time dengan Kayla but still diorang ada pembantu rumah Yani (Ira Ilva Sari) untuk uruskan house chores dan tinggal di tingkat bawah. Aldo dapat jemputan untuk makan malam dengan boss so diorang plan nak hantar Kayla ke rumah nenek tapi dalam perjalanan, diorang accident kena langgar dengan bas sebab brek tak makan.


Emosi tengok diorang kena langgar dengan bas sebab jalan tu luas tapi bas nak jugak langgar diorang. Punya lah nak buat cerita tu khennn. Lepas 9 bulan Kayla meninggal, Maira memang murung dan abaikan Aldo. Aldo pula wish supaya Kayla bantu Maira happy balik masa birthday Kayla.


Lepas Aldo tiup lilin, malam tu Maira mula diganggu dengan roh Kayla. Dia nampak bilik air basah macam baru lepas digunakan orang. Habit Kayla masa hidup, dia suka bangun pergi bilik air untuk kencing lepastu tengok TV sorang-sorang sampai tertidur.


Bff Maira, Elsa (Maria Sabta) menyinggah ke rumah bawa hadiah gamelan mini untuk Kayla. Maira buat upacara untuk seru Kayla datang dan nyanyi lagu Lengsir Wangi. Yani bantah sebab lagu tu ikut kata orang tua Jawa akan panggil balik roh yang dah pergi.


Maira yang ketawakan Yani jadi seriau sebab kena kacau dengan roh Kayla yang cuba bagi klu untuk game Harta Karun. Maira dah cuba pujuk Bu Laras untuk bantu tapi Bu Laras masih trauma dengan insiden kematian dalam The Doll. So adik Bu Laras, Bagas (Rydhen Afex) yang cuba selesaikan misteri keluarga ni.


Sama je macam The Doll bila cerita hantu berubah jadi thriller tapi kali ni berganda thriller dia. Dah macam tengok cerita psychopaths pun ye jugak. Ajaibnya bila nyawa masing-masing liat kemain, dah jatuh dari tingkat atas, kena serpihan kaca, kena belasah, kena tikam dengan pisau pun masih teguh berdiri ya.


Scene paling amazed sekalia bila Yani tambat kipas dengan tali dan gantung diri dia. Ingatkan nak mati bila kena bilah kipas yang laju tapi happy je dia bangun cuba untuk bunuh diri lagi. Mata di adah keluar pun still ganas lagi tau. Nak tahu kenapa Yani yang jadi mangsa Kayla, kena tengok lah movie ni hshshs


Movie The Doll 2 ni movie ke9 paling tinggi jumlah kutipan di cinema Indonesia dan tercalon untuk kategori Tata Efek Visual Terbaik di Filem Festival Indonesia 2017. So you guys dah dapat satu sebab kenapa best layan movie ni selain jalan cerita yang kelakar.


Dia jadi kelakar sebab scene Kayla kacau Yani sebab nak balas dendam. Movie ni tak seram pun sebab team TD2 beratkan genre thriller lebih dari horror sampai banyak scene tak masuk akal. But me and my family have fun lah sebab kitorang perlukan movie kelakar untuk berdekah bersama.


Again, tak sesuai untuk yang lemah semangat sebab scene dia kebanyakannya gory. Anyway, I suka ending dia – terima kesilapan pasangan dengan hati yang terbuka dan sama-sama berubah jadi yang terbaik.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought 1 = 8.5/10

3 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.