Movie Review : Dendam Azalea

Friday, 30 August 2019


Pengarah : Sein Qudsi
Penulis: Sein Qudsi
Pelakon : Khir Rahman, Vanidah Imran, Nam Ron, Kodi Rasheed, Zain Hamid & Zulaika Zahary
Pengedar : Netflix
Genre : Seram/Misteri
Masa Tayangan : 205 minit
Tarikh Tayangan : 8 Ogos, 2019
Trailer :


Ada ternampak someone tweet pasal movie ni released dekat Netflix. Ingatkan movie ni dah lama rupanya baru je release bulan ni so tak ramai lagi yang tahu pasal movie genre seram misteri karya Sein Qudsi. Fun fact, ni movie Malaysia yang pertama under Netflix.

Mengisahkan tentang Suraya dan Azman yang baru kehilangan anak bila Suraya keguguran disebabkan masalah kompilasi dan alami trauma sampai murung. Lepas kejadian tu Suraya berubah jadi pendiam dan suka termenung. Pakar psikatri suggest untuk Azman cari persekitaran baru untuk Suraya pulih. 

Azman dengan Suraya bercadang untuk ambil anak angkat and that's when Arif came into the picture. Walaupun Suraya nampak macam tak berminat dengan idea untuk ambil anak angkat tapi dia cepat jatuh sayang dengan Arif.

Otw balik dari Rumah Anak Yatim Sri Cempaka, Arif ternampak rumah vila usang dan paksa untuk berhenti. Suraya faham yang Arif nak tinggal di rumah tu so dia minta Azman untuk berpindah ke situ. 

Masalah yang timbul bila Suraya selalu kena ganggu dan nampak lembaga hitam. Awalnya nampak macam bayang tapi makin lama makin munculkan diri dalam rupa sebenar. Of course Azman tak percaya tapi dia bersabar je sebab faham dengan kesihatan Suraya. 

Dalam masa yang sama, Samad (Kodi Rasheed) dengan Shahidan (Nam Ron) plan untuk rompak rumah orang kaya. Bukan setakat kena intip dengan Inspector Bakri (Zain Hamid) tapi Samad kena ganggu dengan hantu perempuan.


Walaupun you guys dah boleh teka siapa hantu perempuan tu tapi ada beberapa misteri yang director simpan sampai hujung movie. Cuma jadi persoalan besar lah macam mana Inspektor Bakri, pegawai polis terbaik di branch tu tak mampu jumpa mayat Azalea (Zulaika Zahary) walhal spot mudah je. 

Lagi satu hal macam mana Suraya yakin Azalea takkan claim hak dia sedangkan dia sentiasa ada untuk jaga anak dia? Nak mention tapi nanti jadi spoiler bab ending pulak so kita sembang macam ni je lah. 

Karya Sein sebelum ni adalah movie Bangunan dan sampai sekarang pun I still teringat scene seram movie tu so bila ada movie DA ni, makin bertambah lah slot teringat tu. I suka jalan cerita and yes, memang rasa meremang cuma tak creepy macam Bangunan lah. 

I hate the pace, seriously I tak faham kenapa movie Malaysia suka sangat guna slow pace. Since I tengok dekat Netflix memang tak ada pilihan lah untuk increase speed and it was a painful experience to deal with.


Overall movie ni best cuma banyak lagi boleh improve sebab boleh kata jalan cerita agak cliche dan scene jumpscare quite predictable. Anyway congrats for breaking the Netflix.

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7.1/10

24 comments

  1. akak mampu baca kt sini jelah, nk nengok rasa nya tak berani hehehhehe

    ReplyDelete
  2. pelakon gempak2 ni.. tapi akak xde netflix. Iflix ngan netflix sama ke? Tetiba blur disini

    ReplyDelete
  3. serius laaa produksi dia salman khan films??? 😱😱😱

    ReplyDelete
  4. Teringin nak tengok tp biasanya filem seram melayu mengecewakan. Tgk la kalo berkesempatan nnt kte trybla tgk gak haha

    ReplyDelete
  5. Kak pip mmg tak boleh layan cerita seram, haha
    Tak pa, baca mi pun dah rasa seram,
    mcm rasa tengok movie dah ...
    nasib baik tiada gambar seram dlm artikel ni,
    boleh masuk mimpi nnt.

    ReplyDelete
  6. Hehe memang minat yang seram seram ni.. Lps baca ni, macam wajob tonton je. Nice sharing. Thank you ya!

    ReplyDelete
  7. Tq share filem pertama malaysia yg masuk dlm netflix. Sekarang jarang sgt dapat layan movie. Boleh laaa suruh suami jagakan anak jap sementara layan movie seram. Lama tak layan movie genre seram ni. Mesti best kan?

    ReplyDelete
  8. Genre sebegini memang banyak peminat. Walhal storyline seakan sama filem yang lain. Tak pasti ia copy scene @ skript

    ReplyDelete
  9. Belum lagi tengok movie ni. Suka cerita thrill macam ni.tapi takut plak citer hantu

    ReplyDelete
  10. Wah. Lain mcm rating bagi satu2 . Teliti2. Belum pernah layan movie nk. Kejap lg nak layan la dkt netflix. Layan malam2 best ni dgn bini. Huhu

    ReplyDelete
  11. Haaaa..malam ni jugak sis akan tengok. Memang suka cite seramw cam ni. Terima kasih atas perkongsian ya. Nak siapkan cekodok jap..hehehe

    ReplyDelete
  12. duduud. tak berani nak tengok cukup baca sinopsis sini je la. heheh. mek tak berani sangat, kang tahan kencing malam malam. rela tak bangun dari katil.

    ReplyDelete
  13. Hahaha slow pacing ke? Aduh.. syira pun tak minat. Story line macam dah biasa tengok. Hehe tapi boleh layan nanti

    ReplyDelete
  14. Ok. Pasni nak tengok Bangunan dan Dendam Azalea.
    Rawlins sejenis gemar tengok citer seram. Dah cuti2 nie best la nak tengok movie

    ReplyDelete
  15. Agree! It's predictable and mengikut acuan yg sama. Villa usang, new people, police, perempuan keguguran etc etc. And the slow pace mmg pain tu I understand! Wish they can make something else. It's good to break into netflix but the representation to lack sangat sbb we've seen a lot of movie with similar plot.

    ReplyDelete
  16. trailer nampak emnarik dan mendebarkan. jadi teringin nak tahu misteri dan kesudahan cerita ini. okay boleh masukkan dalam list. semoga ada lah movie nie dlm netflix.

    ReplyDelete
  17. cerita melayu memang slow sikit..hehe

    ReplyDelete
  18. wahhh ada movie baru kat neftlix?! dah lah banyak lagi movie dalam list tak tertengok2 sekali ada movie baru review best

    ReplyDelete

  19. ayo tes keberuntungan kamu di agen365*com :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  20. the poster looks so scary... full of mystery.. wonder how the ending of this show...

    ReplyDelete
  21. Dah tengok movie ni memang best terutama kelibat hantu tu. Cuma ending cam alaaa kenapa vee mati hahahaha. Tapi byk nak kena improved terutama scene antara plot mcm tergantung. Plot penyebab pembunuhan sgt biasa

    ReplyDelete
  22. Ergh!! Memang tak tengoklah.. Ada nampak iklan dia.. Tapi keberanian itu tak ada.. kikiki..

    ReplyDelete
  23. wow macam best je..ciktom mmg suka tgk crite seram..lg2 pelakon hebat mcm vanida plk berlakon

    ReplyDelete
  24. BC dh tgk movie ni...mmg best...bnyak suspen...mmg boleh bg 6⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ ....cerita mmg best...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.