Movie Review : Bharat

Sunday, 4 August 2019


Director : Ali Abbas Zafar
Writer : Ali Abbas Zafar, Varun V. Sharma (dialogue)
Cast : Salman Khan, Sunil Grover, Katrina Kaif, Disha Patani, Jackie Shroff, Nora Fatehi, Tabu (In Special Appearance)
Production Company : Reel Life Productions, Salman Khan Films, T-Series
Distributor : AA Films
Genre : Drama/Romance
Running Time : 155 minutes
Release Date : 5 June 2019
Trailer :


Movie perjalanan kisah kehidupan Bharat yang dibikin semula dari movie Korea, An Ode To My Father tahun 2014 bertemakan zaman pemisahan India-Pakistan pada tahun 1947.


Bharat (Salman Khan) merupakan anak sulung kepada Gautam (Jackie Shroff) yang bekerja sebagai pegawai stesen kereta api di Lahore. Disebabkan ramai yang menjadi mangsa riot Hindu-Muslim, Gautam buat keputusan tinggalkan Lahore dan berpindah ke India dengan keretapi.


Bad luck bila Gudiya yang berpaut pada belakang Bharat terjatuh dari tangga keretapi so Gautam minta Bharat jaga keluarga sementara dia stay untuk cari Gudiya. Dia bagi jam tangan dia dan janji akan datang ke kedai adik perempuan dia – Hindi Ration Store.


Taknak membebankan keluarga makcik dia dan untuk tunaikan janji ayah dia, Bharat yang terjumpa Vilayanti (Sunil Grover) bekerja keras untuk sara keluarga. Tapi tak banyak pun yang diorang dapat dan tak best. Satu hari Vilayanti ternampak Radha (Disha Patani) buat performance sarkas di tepi jalan.


Vilayanti yang syok dengan Radha ajak Bharat join bekerja di The Great Russian Circus. Vilayanti sebagai hos acara while Bharat buat stunt dengan motor di The Dead Well dan bersaing dengan Jimmy. Dia happy kerja di sarkas tu tapi bila adik lelaki dia, Junior patah kaki lepas curi-curi naik motor dia, Bharat ambil keputusan untuk berhenti sebab taknak adik dia terikut dan idolakan kerja bahaya.


Lepas 6 bulan menganggur, Vilayanti ajak Bharat bekerja di tanah Arab sebagai buruh kasar gali minyak. Masa tu dia jumpa dengan cinta hati dia, Kumud Raina (Katrina Kaif). Dekat sana bekerja dan jatuh cinta tapi dia ambil keputusan untuk balik bila hampir mati terkambus dalam lombong masa letupan gas.


Bharat tinggalkan Kumud sebab dia nak jaga family dia since dia dah berjanji dengan ayah dia. Sampai lah umur dia 70 tahun pun dia tetap dengan keputusan untuk tak berkahwin dengan Kumud dan Kumud pun dah minta kebenaran Jhanki, mak Bharat untuk live-in relationship dengan Bharat sebab dia terlampau sayangkan Bharat.


Jalan cerita movie ni tak ada apa yang menarik sangat pun for me, cuma kisah kehidupan someone yang berjiwa patriotic sometimes dan berpegang kuat pada janji ayah dia. Betul kata Kumud, Bharat bukan Tuhan, dia cuma manusia biasa. Tak semua benda dia boleh control. Kecewa betul jadi Kumud bila Bharat nak kahwin dengan dia sebab nak dia jaga kedai makcik dia.


Dalam movie ni ramai cast dari awal sampai hujung tapi masing-masing pandai serlahkan watak masing-masing especially Katrina Kaif dan Sunil Grover. Pandai betul Aryan Prajapati match energy dan perangai kelakar Sunil bila dia lakonkan Vilayanti masa kecil. Disha looks great as Radha, I wish dia boleh dapat screentime panjang as heroin dalam next movie dia nanti.



Visual movie ni cantik ditambah dengan shooting location yang cantik walaupun soundtrack agak hambar. Lagu Chashni dengan Bharat title track lah yang menarik, yang lain agak mengecewakan. Kalau movie under Ali Abbas Zafar ni dah boleh agak dia akan kurangkan bajet untuk lagu.


Masa edit movie ni Salman dengan Adi bergaduh pasal length movie Bharat sebab ramai yang kritik movie ni terlampau stretch for a drama genre dan tak banyak entertainment element. For me its better kalau potong je scene Salman bergaduh dengan anak buah Gulati yang nak beli tanah kedai makcik Bharat tu dengan scene lanun Afrika suka Amitabh Bachchan.


For family entertaining mungkin boleh lah nak layan untuk hiburan santai but this movie got nothing much pun to offer.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 6.7/10

7 comments

  1. lama dah tak tonton filem Salman Khan ni , tengok macam best gak ni FJ :)

    ReplyDelete
  2. aci tak, kalau tengok pun sebab Katrina kaif.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Dapatkan SUPER BONUS NEW MEMBER 150% dan mainkan permainan kesukaanmu hanya dalam 1 user id. Ikuti juga promo menarik lainnya yang kami sediakan hanya di bbet99.fun . 100% TERPERCAYA. Mau daftar ??? hubungi Whataspp kami di +6282168281359
    – BONUS NEW MEMBER 150%
    – BONUS DEPOSIT KEDUA NEW MEMBER 50%
    – BONUS MINGGUAN SPORTSBOOK 0.35%
    – BONUS HARIAN CASINO 5%
    BOLA ONLINE , casino online , TARUHAN BOLA , JUDI ONLINE TERPERCAYA

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.