Eversoft Skinz : Timeless Youth Eye Face Serum

Saturday, 10 August 2019


Bulan lepas sign up untuk test serum terbaru dari Eversoft Skinz : Timeless Youth Serum ni sebab tengok rating agak tinggi. Eversoft dan SKINZ bergabung cipta serum yang guna formulasi dari Jepun untuk halang penuaan dan kekal cantik. Set ni dah lama keluar tau, around 2014 tapi mungkin serum dia baru keluar kot. 


RUMPAI LAUT WAKAME – Kaya dengan Kolagen-Phyto, Rumpai Laut Wakame membantu meningkatkan tahap kolagen dan secara jelas membantu mengurangkan kedutan serta mengembalikan keanjalan kulit untuk kontur wajah yang lebih menawan.

UME – Dikenali sebagai aprikot Jepun, Ume mengandungi bahan antiglisasi yang melindungi kulit dengan menyekat AGE (Advanced Glycation End) yang mengakibatkan kulit menjadi kusam dan kuning hasil daripada penuaan. Ume diguna secara tradisional dalam ubat-ubatan Jepun untuk mencerah dan menghilangkan kulit kuning serta menyamaratakan tona kulit untuk lebih cerah dan berseri.

ROSEHIP OIL - Kaya dengan vitamin A dan fatty asid untuk halang penuaan dan melembapkan kulit. 


Sepatutnya serum ni digunapakai dengan facial cleansit set but since I sign up untuk serum je so satu produk je la dapat. I test pakai untuk sebulan siang dan malam. 


Apa yang I suka dengan serum ni bila dia datang dalam bentuk pump-up bottle cap, senang terus picit je dekat muka. As long as you guys tak hilangkan cover penutup dia, no worries untuk masalah tumpah ke apa. 


Sembang pasal tekstur dia, sangat lah lembut dan wangi. Memang nice sangat bila apply sebab dia cepat meresap ke dalam kulit. Tak melekit langsung bila pakai sebabtu tak ada masalah untuk apply siang dan malam. 

Apa yang tak bestnya tentang serum ni bila dia tak sesuai dengan kulit muka I yang berminyak. Bila apply dekat muka untuk dua atau tiga hari pertama memang okay tak ada masalah tapi hari seterusnya akan naik jerawat bernanah kecil dan banyak.


So bila naik macam ni, I akan stop kejap lepastu tunggu reda then pakai balik sebab masa tu tak sure apa punca. Stress, makanan, kuantiti air, pencemaran since I baru start kerja tapi bila stop pakai memang jerawat ni akan hilang. 

Agak sedih jugak lah sebab serum ni best bila pakai tapi tak sesuai dengan kulit muka. Nasib baik sample dia 30ml je, so dah nak habis lah bila pakai sebulan lebih. Taknak membazir I apply dekat tangan sebagai losyen sebab wangi dan lembut. 

You guys boleh dapatkan dekat Watson dengan harga RM50+ tak silap. 

5 comments

  1. nice info.. pernah jugak terfikir nak beli,, tapi kulit muka ekin sensitif sikit,, kena fikir 155 kali jugak lah sebelum nak pakai apa2 produk.. ahahaaha

    ReplyDelete
  2. tngok pun dpt rasa yang dia best.. melembapkan kulit. btw nice info awk..

    ReplyDelete
  3. pernah pakai satu dermalogical product. selang 2-3 hari naik macam jerawat pasir kat muka. Memang akak contact clinic tu tanya..dia kata sebenarnya kulit kita tengah bekerja untuk keluarkan apa yang tersumbat kat dalam. Impurities ke apa ntah haritu katanya.

    So, akak continue pakai and alhamdulillah. Tapi sekarang dah tak pakai sebab rasa cam mahal nau lah pulak.

    ReplyDelete
  4. susah juga nk beli produk yang terus suit dengan kulit kita kan :-)

    ReplyDelete
  5. ada rumpai laut ye.. menarik..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.