Wait, What?!

Friday, 26 July 2019

Kalau semalam I bermuram durja dengan perangai 'pakar IT', harini lain pulak kejadiannya. Since semalam dah format PC, lepas dah siap tu terus call company Cannex untuk minta dia link PC dengan photocopy machine. 


Dah set date and time semua, dia supposedly datang pagi around 10am tapi pagi tadi dalam jam 11 baru dia sampai tapi okay la sebab awal pagi I agak busy. Dia datang just nice je la timing tu. 

Kalau semalam I menyampah, hari ni I happy sangat sebab dia punya kerja memang wow! Dia kata ada je device tu dalam PC so boleh terus guna je. Ughhh 'pakar IT' tu la beria suruh call. Apa benda lah. Nasib baik la ada masalah lain yang perlukan bantuan dia. Kalau tak kesian dia kena datang setup benda yang dah memang ada. 

Masalah lain tu bila print document, ada keluar logo penuh satu paper. Rugi la kertas terbazir macam tu je. Kalau kertas baru boleh buat recycle paper tapi kalau dah guna recycle paper pun keluar jugak memang membazir sangat lah. 



Dia kata tu bukan masalah photocopy machine tapi masalah dari PC and suprisingly dia pandai fix problem tu. Dia just tekan tekan tekan pap dah siap! Tak sampai 5 minit pun. I was like wei cepatnya! Dia tergelak tengok I terkejut. 

Kau gila tak terkejut sebab semalam 'pakar IT' tu ambil masa setengah hari sebab nak settlekan masalah yang kononnya dia pakar tu. I tahu format PC ambil masa lama tapi berbeza sangat karakter masing-masing. 

This girl datang siapkan kerja and tak perlekehkan aduan I pun, dia tanya I baru lagi ke sebab tak pernah nampak sebelum ni. Memang bagus la service dia and kalau dia claim service charge tinggi pun I tak kisah sangat sebab dia buat kerja bagus and settlekan my problem within minutes! 


Nampak tak beza orang ikhlas buat kerja dengan tak ikhlas? Lagi satu hal bila ramai yang momokkan jangan guna service dengan bangsa lain nanti kena tipu bla bla bla but my case bangsa sendiri yang buat perangai sebab tu I jarang berpegang sangat dengan pesanan masyarakat yang satu ni. 

3 comments

  1. Betul tu, Kak Farhana. Beza orang yang kerja ikhlas dan kerja tak ikhlas. Bagi saya, tak apa bayar lebih sikit kalau saya memang puas hati dengan kerja orang tu. Kalau murah, tapi kita stress, baik tak payah. Nampaklah akak happy dalam entri ni berbanding entri lepas. Semoga lepas ni tak ada masalah dengan PC dah.

    ReplyDelete
  2. bangsa tu momok je.. ada je yang okay.. nama pun manusia.. tak boleh pegang dah pesanan masyarakat tu..
    Seronok bila jumpa orang yang suka dan ikhlas dengan kerja mereka.. nak berurusan pun senang..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah selesai jugak kan. ..
    Nasib xda apa yg problem Sgt. .Kecil ja

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.