Since I start masuk kerja minggu lepas, PC untuk urusan account memang problem sangat. Since I jenis cepat rimas, I mengadu lah benda ni buat kerja I lambat walaupun I exaggerate je tapi sampai bila kan nak buat kerja dengan benda bermasalah ni.
'Dengan PC ni kau kena bersabar, key point dia tenanggggg'
Memang tak lah nak habiskan masa dengan menunggu, sekarang tengah tak banyak kerja okay lah. Nanti dah bertimbun, mula la I nak mengamuk dengan semua benda.
So orang HQ datang office untuk buat backup semua kerja akaun dekat office ni. Dia dah call pakar IT untuk datang fix problem PC tu. Katanya sebab RAM dia dah rosak. I have no expertise in this field jadi kita biar pakar je yang buat kerja.
Before dia datang dia minta I backup semua kerja which is unnecessary pun sebab semua kerja dekat server. Cuma nak simpan folder account je lah tapi nak simpan tu bermasalah sikit since semua external hard disk rosak.
Ada satu incompatible with PC, satu lagi kena virus. Yang buat sakit hatinya perangai 'pakar IT' ni tau. I thought dia kerja firm I rupanya dah biasa guna khidmat dia. Kalau I tau I mintak orang lain yang buat sebab this one is so rude!
Sebelum dia datang pun my superior and colleagues dah pesan jangan dengar cakap dia sebab suka merepek dan charge harga mahal. Sebelum ni pun dah jadi kes tapi disebabkan orang HQ yang call without discussing this with us, terpaksa je lah layankan.
Yang buat sakit hatinya, I pernah mengadu pasal problem PC ni dekat orang HQ so dia bagitahu la 'pakar IT' ni problem tu. Pastu dia boleh kata 'Eleh Ana tu sembang je lebih, padahal takde benda pun'. The thing is he doesn't even know me pun.
I ada dekat belakang dia dan kemungkinan besar dia tak perasan pun I dekat situ. Agak terkejut la bila dia cakap macam tu sebab I bagitahu problem PC tu, supposedly dia ambil serious lah aduan I bukannya perlekehkan aduan I sebab dia datang dibayar tau bukannya free.
Sebelum ayat ni keluar pun, I ada bagitau external hard disk problem. Dia tanya I dah check storage, I said kosong. Dia tanya dengan nada yang sangat annoying
'Ye ke dah check? Dah tengok ke dekat properties? Tahu ke tengok?'
I was like eh kau ingat aku cap ayam ke tak pernah belajar IT? Setakat right click nak check berapa storage tu benda basic semua orang tahu lah. Biadap betul.
Memang hilang tau mood sebab dia biadap sangat. Dah la tak membantu pun, semua masalah kitorang yang berusaha fikir jalan untuk selesaikan. So apa guna dia datang? Semua solution kitorang bagi dia perlekehkan. Kita dah la banyak kerja sudahnya jadi stuck sebab benda ni.
Banyak sebab sangat untuk I marah tapi terpaksa diamkan sebab busy sangat hari ni. Dah serabut, dah penat kena perli pulak tu dengan orang luar. Dia perlekehkan aduan I satu hal, dia siap perlekeh I buat kerja sebab I hijau lagi. I was like, dude who are you? My boss pun tak complaint you datang tiba-tiba nak perli orang itu ini.
Dari jam 11 membawa ke jam 3 petang I stuck sana sini tumpang PC orang siapkan kerja. Faham tak betapa renyahnya nak berpindah randah sana sini. Of course not an issue pun tapi rimasnya ya tuhannn. I harap dia cepat keluar je dari situ.
Finally dah settle tapi I kena bayar RM300 for his service, I was like apa je dia buat? Format PC je itupun ada certain important apps tak masuk balik. Lagi satu hal dia minta cash sebab bank account kena block bila dia tak bayar cukai dengan LHDN. Pffttt dah nak balik pun menyusahkan orang.
I said hujung bulan petty cash memang kosong, nasib baik orang HQ settlekan. I dah malas nak cara dah dengan manusia ni. Memang lepas ni dah taknak pakai service dia dah. First and last for me. Kerja tak bagus mana, rude and unpleasant.
Habis lari mood jumpa orang macam ni. Memang lesu gila bila sakit hati sampai setengah hari. Balik pulak hadap jam, makin lemau lah jadinya. Thank God dah pukul 11, esok last day for the working days and I hope tak jumpa orang macam ni dah lepasni untuk minggu ni.
Ya Allah baca pun dah rasa annoying, kalau aku jadi Pana, aku hempuk je 'pakar IT' tuh dengan keyboard komputer. 🙎🙎🙎
ReplyDeleteannoying-nya org macam tu.
ReplyDeleteBila dia rasa dia tahu semua dan rendah2kan orang lain di sekeliling dia..itu la jadinya..hurmmm
ReplyDeletekalau laptop problem mmg buat kita sakit hati.
ReplyDeletemmg annoying org mcmni, lenkali sila black list je org2 yg tak berapa berguna mcmni
ReplyDeletedah la kita bayar perkhidmatan tp mcm tak berguna...
Sabar jelah, Kak Farhana. Semoga kita semua dijauhkan daripada orang macam tu.
ReplyDeletenegative vibes itu orang. mmg patut dinyahkan..
ReplyDeleteKerja banyak dan PC buat masalah memang rasa nak mengamuk..
ReplyDeleteKalau pakar dalam IT sepatutnya pandai cari masalah dalam PC tu tanpa tanya user apatah lagi memperlekehkan orang lain..
sepatutnya datang menyelesaikan masalah, tapi duk sakitkan hati orang plak
ReplyDeleteApa punya "IT expert" buat kerja macam tu? Tak boleh blacklist ke orang macam tu supaya tak datang lagi? Saya cukup benci orang berlagak macam tu.
ReplyDeletemanusia ke tu perangai mcm tu? eeee
ReplyDeletemenyampah bila jumpa spesis yang dia je tau semua, dan kuren macam nie..
ReplyDeleteSabar ye Farhana.. tak kemana pun orang macam nie..
Jangan marah Pakar IT, Sebab repair satu2 pc mengambil masa dan waktu agar lama. Nak repair benda rosak di dalam komponen pc agar rumit. be cool ja.
ReplyDelete-juruteknik it- haha
faham ke tak apa orang sembang sebenarnya ni?
Deletemahalnyaaa charge tu... format ke kot kan..sedih betul kalau macam ni..huhu
ReplyDelete