Movie Review | What Happened To Monday (2017)

Wednesday, 3 July 2019


Director : Tommy Wirkola
Writer : Max Botkin, Kerry Williamson
Cast : Noomi Rapace, Willem Dafoe, Glenn Close, Marwan Kenzari, Christian Rubeck, PÃ¥l Sverre Hagen, Tomiwa Edun, Cassie Clare
Production Company : SND Films (world), Vendôme Pictures (world), Netflix
Distributor : Netflix
Genre : Sci-fi/Action/Thriller
Running Time : 123 minutes
Release Date : August 5, 2017 (Locarno), August 18, 2017 (United States)
Trailer :


Bila dunia dah overpopulation, sumber makanan akan kurang, climate change pula kerap jadi sampai rosakkan sumber alam. Kerajaan terpaksa buat something untuk kawal masalah ni. Dalam movie WHTM ni pada tahun 2043, kerajaan kenalkan program Child Allocation Bureau di mana jabatan ni akan kawal populasi negara.

Setiap keluarga cuma dibenarkan memiliki seorang anak. Kalau ada yang beranakkan kembar, yang seorang dikekalkan dengan keluarga, yang seorang lagi akan dibekukan dalam kapsul Cryosleep.


Jadi masalah bila Karen Settman lahirkan kembar 7 dan meninggal. Ayah dia, Terrence(Willem Dafoe) jaga kesemua anak dan beri nama ikut hari – Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday & Sunday. Dan masing-masing akan keluar pada hari mengikut nama masing-masing.


Walaupun kembar 7 tapi personality masing-masing dan tahap kepandaian pun berbeza. Terrence modified data bracelet yang wajib dipakai semua penduduk di negara tu. Kesemua 7 beradik tu hidup dengan identity ibu diorang, Karen Settman (Noomi Rapace) dan dilatih untuk sebarang worst-case-scenario.


Semuanya berjalan lancar sampai la umur masing-masing menginjak 30 tahun bila Monday tiba-tiba hilang lepas pergi ke bar bersama rakan pejabat, Jerry (PÃ¥l Sverre Hagen). Monday tak pernah lewat dan paling berdisiplin sekali sebba dia sulung.


Keesokannya Tuesday cuba untuk cari mana Monday tapi dia ditangkap oleh pegawai Child Allocation Bureau. Rupanya rahsia diorang dah terbongkar tapi Ketua C.A.B, Nicolette Cayman (Glenn Close) taknak hebohkan perkara ni sebab ada election.


Friday cipta tracker supaya yang lain dapat tengok live video dekat rumah sebab diorang tahu ada something yang tak kena. Turn Wednesday keluar dan jejak Jerry sebab Tuesday bagitahu benda ni ada kaitan dengan Jerry sebelum dia kena tangkap.


Tak banyak yang Wednesday dapat korek sebab tentera C.A.B dah kepung dan cuba bunuh dia. Adrian (Marwan Kenzari ), pegawai C.A.B  yang bercinta dengan Monday pergi ke rumah untuk jumpa Karen bila dia nampak Karen dekat pejabat C.A.B.


Saturday cuba distract perhatian Adrian masa dia cua sync bracelet untuk data C.A.B.  dan dalam masa yang sama Thursday dengan Friday cuba selamatkan Wednesday daripada C.A.B. Berjaya ataupun tak 7 beradik ni lawan pihak C.A.B kena tengok dalam movie ni.

Lakonan Naomi paling menyerlah dalam movie ni sebab dia lakonkan 7 watak berbeza dalam waktu yang sama. Tak nampak langsung pun yang 7 karakter tu datang dari orang yang sama. Lucky for her semua bentuk badan sama so tak perlu letak extra makeup atau extra weight dalam movie.


Part action memang cantik sebab dia buat sendiri semua stunt cuma tak banyak la since askar semua pakai teknologi dan senjata. Teknologi dalam movie ni habis kuat pun skrin nipis dengan bracelet. Tak ada teknologi macam dalam Black Mirror ataupun kereta terbang or else. Nothing much improved for the future pun untuk audience amazed.


Walaupun tema masa depan kena atasi masalah overpopulation atau kekejaman CBA tapi suka dengan ayat Nicolette Cayman sebelum dia masuk mahkamah. Sekarang mungkin orang akan bersorak sebab salah dia tapi nanti dorang akan sakit cari siapa yang mampu tanggung masalah overpopulation ni. Manusia tak nampak kesilapan diorang yang satu ni.


Well, dalam tanda akhir zaman pun dah ada mention tentang ni so its quite exciting lah bila negara Barat dah start sebar awareness through their entertainment medium meanwhile kita dekat sini masih lagi dengan cinta dua darjat.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.2/10

2 comments

  1. Malaysian still stuck kalau bab-bab macam ni. Tak habis-habis dengan duk bercinta je, cinta terhalang lah apa lah erghh

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.